widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, February 28, 2011

KURSUS ASAS FOTOGRAFI MARA NEGERI KELANTAN 2011


MARA NEGERI KELANTAN DENGAN KERJASAMA DIGIMARCH NETWORK AKAN MENGADAKAN KURSUS FOTOGRAFI SEPERTIMANA BERIKUT:-


TARIKH : 04hb - 06hb March 2011 (Jumaat - Ahad)

TEMPAT : Dewan PUSMA Kota Bharu,

Tingkat 4, Kompleks MARA

Kota Bharu,Kelantan.

MASA : 08.30 pagi - 04.30 petang

BIL.PESERTA : 30 Orang (lebih boleh dipertimbangkan)

BAYARAN : RM 150.00 Seorang


MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI PUSMA KELANTAN

Isi kandungan kursus

  1. Pengenalan/Apresiasi kepada dunia dan industry fotografi
  2. Peranan fotogarfi dalan industry multimedia
  3. Elemen fotografi (Hardware & software)
  4. Anatomi sesebuah kamera DSLR serta fungsi setiap elemen
    1. Camera body
    2. Lensa
    3. Flash /Denyar
    4. Tombol dialer mode
    5. Bateri
    6. Camera Shoe
    7. View Finder
    8. Camera Mount
  5. Kaedah kawalan setiap butang dari aspek fungsi dan kesan terhadap foto
    1. Shutter speed
    2. Aperture
    3. ISO
  6. Memahami pelbagai genre fotografi
    1. Portraiture
    2. Landscape
    3. Fine Arts
    4. Sports
    5. Macro
  7. Memahami komposisi, sudut pandang,mod-mod rakaman (Manual, Auto, Shutter Priority, Aperture Priority, Macro, Program dsb
  8. Memahami ketetapan (setting menu) sesebuah kamera berdasarkan subjek dan keperluan seseorang jurufoto
    1. Metering
    2. Depth of Field
    3. Histogram
  9. Memahami teknik pengcahayaan dalam fotografi merangkumi ‘low key dan high key lighting’
    1. Sumber cahaya semulajadi
    2. Reflektor dan diffiuser
    3. Speedlite
    4. Studio light
    5. Creative Lighting System (CLS)
  10. Fotografi studio dan studio elemen
  11. Pemindahan data digital ke media storan
    1. Memahami pelbagai format fail digital (JPEG, TIFF, RAW)
  1. Pos produksi dalam fotografi
  2. Pendedahan kepada keperluan konvensional dan kontemporari dalam industry fotografi

Tuesday, February 22, 2011

MUTIARA KATA

Perjalanan yang masih panjang,
Menagih seribu pengorbanan,
Tiada kemenangan melainkan berkat petolongan dari ALLAh

Surah Al-Imran: Ayat 126

Thursday, February 17, 2011

DUA DAS TEMBAKAN MENGENA !!!!!!!!



TUMPAT - Seorang lelaki mati manakala anak saudaranya cedera parah selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kastam ketika mempertahan dirinya dalam satu pergelutan di pintu pagar Hospital Tumpat, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, mangsa terbabit, Said Mat Hassan, 56, dari Kampung Bendang Pak Yong meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Tumpat selepas mangsa dibawa oleh empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, mangsa (Said) yang Justify Fullmenaiki sebuah kereta Perodua Kancil terserempak dengan anggota UPP yang berpakaian preman menaiki pacuan empat roda ketika mereka menjalankan tugas rondaan penyeludupan.

Menurutnya, anggota UPP mengekori kereta mangsa kerana mengesyaki lelaki terbabit membawa barangan seludup dan berjaya menahan di Kampung Wakaf King untuk pemeriksaan.

Katanya, sebaik tiga anggota UPP keluar dari kenderaannya untuk menahan lelaki terbabit, kelihatan mulutnya berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit, anggota UPP turut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Selepas menghantar lelaki terbabit ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat, empat anggota UPP keluar dan minum di sebuah kedai yang terletak di hadapan Hospital ini.

“Tiba-tiba anggota UPP didatangi lima kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli keluarga lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan lelaki tersebut kemudiannya bertindak menyerang anggota UPP dengan menggunakan cota tetapi tiga daripada anggota UPP sempat melarikan diri.

Abdul Rahim berkata, manakala seorang lagi anggota yang tidak sempat melarikan diri, demi mempertahankan dirinya, telah bertindak melepaskan dua das tembakan dan mengena ke arah seorang anak saudara mangsa, Ahmad Nazamuddin Mohamad, 19, di hadapan Pondok pengawal Hospital Tumpat, kira-kira jam 9.20 pagi.

Katanya, remaja terbabit terkena tembakan di dada dan perut dan terus mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan sudah stabil.

Menurutnya, anggota UPP tersebut yang berpangkat Pegawai Kastam UPP Pengkalan Kubor berumur 29 tahun turut cedera di kepala dan muka selepas diserang oleh sekumpulan lelaki terbabit, sudah dibenarkan pulang sebaik menerima rawatan di Hospital Tumpat.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada anggota UPP terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kita juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata api dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu, kenderaan UPP turut mengalami kerosakan dipercayai dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

Sementara itu, seorang saksi yang berusia 30-an berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di dalam pondok kawalan dan hanya menyedari selepas terdengar dua das tembakan.

“Saya bergegas keluar dan mendapati seorang remaja berlumuran darah sambil berlari masuk ke dalam Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan. Sebelum itu, saya ternampak lima kereta memecut masuk ke kawasan hospital dan terdengar suara yang bising,” katanya.

rujukan : Sinar harian

Wednesday, February 9, 2011

MUTIARA KATA

Adil ialah menimbang yang sama berat,
menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar,
mengembalikan hak yang empunya,
dan jangan berlaku zalim di atasnya...

HAMKA
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.