widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, November 30, 2010

MUTIARA KATA



Senyumlah...

Jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu...

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !!!!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
Justify Full
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom

KERETA UNTUK DIJUAL - PERDANA V6 MODEL BARU



KERETA UNTUK DIJUAL PERDANA V6 Model Baru
Kereta masih Tip Top lagi, eksesori dah ada, dalam pun cantik ...
HARGA 38K
MASIH BOLEH DIRUNDING lagi...

Tahun 2003, tiada hutang dibank
WKY 5320, Warna Hitam

JIKA BERMINAT,BOLEH HUBUNGI
MOHD SHAM - 013-920 4746


Monday, November 29, 2010

Erti Kawan Sebenarnyer



kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

If I dont get this back I understand... I have a ga me for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you.
if you recieve at least 7 back then you are AMAZING


walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

kirim balik jika kamu anggap aku teman selamanya, kirim ke semua teman mu.

lihat berapa banyak teman yg sayang kamu....

Sunday, November 28, 2010

Ubat saranan Rasullullah SAW



Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? "

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang
murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai
mamak sahaja.



Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
(
Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang
sedang sakit.. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan
Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)


KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.



MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di
pasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang
berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

BATMAN & SUPARMEN KITA


INILAH HERO TERAKHIR ORANG KITA...
TIADA LAGI YANG BAKAL MENJELMA....
JANGAN SALAH SANGKA.....INI MEMANG HERO ...

Saturday, November 27, 2010

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.



Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Gaji & Elaun Agong, PM, Sultan, Menteri

Sebelum ni ramai yang tanya pasal allowances ni semua termasuk allowances untuk kerabat. Aku pun tak boleh bagi info yang lengkap. But now aku dah dapat info yang lengkap untuk share dengan you all.

So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi pada orang orang ni semua.

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Thursday, November 25, 2010

MUTIARA KATA

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu,
juga tidak memandang kepada harta kamu,
akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

( Hadis Sahih Riwayat Muslim)

MUTIARA KATA

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu
yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup, iaitu......
MATI "

( Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi, Nasaai, Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Wednesday, November 24, 2010

MUTIARA KATA

" K elmarin memberikan pengalaman dalam
setiap inci langkah kita,
S emalam adalah teladan serta pengajarannya,
dan untuk menghadapi hari esok...
J adikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman
dalam menerokai sebuah penghidupan..."

mutiara kata

MUTIARA KATA

Bila Anda ingin bahagia...
buatlah tujuan yang bisa mengendalikan fikiran....,
melepaskan tenaga...,
serta mengilhami harapan Anda...

(Andrew Carnegie)

MUTIARA KATA

Muslim yang paling bahagia tidak selalu
memiliki hal-hal yang terbaik...
Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
dari setiap yang hadir dalam hidupnya...

mutiara kata

MUTIARA KATA

KEBERHASILAN adalah.....
kemampuan untuk melewati
dan
mengatasi dari
satu kegagalan ke kegagalan berikutnya
tanpa kehilangan SEMANGAT.

~ Winston Chuchill~

FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Festival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) merupakan acara kemuncak dan penutup bagi MI2010 di bawah teraju Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Melalui festival ini, semua kementerian/agensi/jabatan berpeluang untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti inovasi yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian/agensi/jabatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memilih sebanyak 12 inovasi dari MARA untuk dipamerkan bersama agensi-agensi lain di bawah KKLW ke festival ini yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 November 2010. Inovasi-inovasi dari MARA juga telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan.

Maklumat lanjut berhubung festival ini bolehlah merujuk di laman web berikut:

MUTIARA KATA



Orang yang paling TIDAK bahagia ialah, ....

mereka yang paling takut pada PERubahAN...

(Mignon McLaughlin)

muti

Tuesday, November 9, 2010

CHENG HO EXPO & KELANTAN-CHINA INTERNATIONAL TRADE FAIR 2010

Salam,

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MITI , MIDA, DPMM, DPCM, DPIM dan RTM akan menganjurkan CHENG HO EXPO & KELANTAN-CHINA INTERNATIONAL TRADE FAIR 2010, yang akan berlangsung pada 21 hingga 26 November 2010 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

Pameran/Expo ini bertujuan mewujudkan platform peluang perniagaan dan pelaburan kepada peserta dan pengunjung, tempatan dan antarabangsa berlatarbelakangkan pelayaran Laksamana Cheng Ho sebagai contoh mewujudkan kerjasama perniagaan dan hubungan diplomatik di antara negara.

Adalah dijangkakan tidak kurang dari 15 negara pemamer dari serata dunia akan menyertai pameran/expo ini, dimana 200 booth adalah pemamer dari negara China dan dianggarkan 360 pemamer dalam negara/negeri.

Harga booth yang berhawa dingin ( 10' X 10' ) Margue Tent, adalah RM 2,000.00 ( International & Local )
Harga booth biasa (10' X 10') Arabian Canopy, adalah RM500.00 ( Local Sahaja )

MARA Negeri Kelantan telah ditawarkan oleh penganjur satu Margue Tent yang mempunyai platform ( tidak berhawa dingin) yang boleh menampung sebanyak 40 buah booth.(10' X 10')
dan pihak kami bersetuju untuk menerima penyertaan dari mana-mana usahawan dari negeri tuan/puan untuk menyertai booth MARA Kelantan pada kadar hanya RM400.00 setiap booth
dan terhad kepada 20 buah booth sahaja kerana selebihnya kami akan tawarkan kepada usahawan MARA Kelantan.

Tarikh akhir permohonan adalah sebelum 15 November 2010.

Kerjasama dari tuan/puan untuk menghebahkan kepada usahawan negeri tuan/puan yang berminat adalah sangat di hargai.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PUSMA Kelantan di talian 09- 7482091, 09 7443806 dan 09 741 9158
atau hubungi telefon tangan En Sham 013 9204746.


Terima kasih

Monday, November 8, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MUDA ANJURAN MARA

Justify FullDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa UniKL MIIT melalui MIIT Professional akan menganjurkan KURSUS KEPIMPINAN MUDA khusus bagi remaja sekolah menengah tingkatan 3 & 4 seperti berikut:

Tarikh : Sesi I (22hb – 26hb Nov 2010)
Sesi II (29hb – 3 Disember 2010)
Sesi III (13- 17 Disember 2010)

Masa : 5 hari; 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Universiti Kuala Lumpur, Kampus Kota

Yuran Penyertaan : RM350.00* (sijil penyertaan, bahan kursus, makan & minum utk 5 hari)

*Penginapan tidak disediakan.
*Diskaun 10% bagi penyertaan berkumpulan min 3 org


Sila kemukakan permohonan dengan mengisi borang yang dilampirkan. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi:

En. Megat Mohd Farieq bin Megat Abdul Malek
Eksekutif
Alumni, Entrepreneurship & International Student Unit
Student Affairs Department (HEMs)
University Kuala Lumpur City Campus.

Tel : 03-21754000 (GL)
03-21754432 (DL)
H/P: 0193071281
Fax: 03-21754441.
Email: megatfarieq@miit.unikl.edu.my

Saturday, November 6, 2010

BERMULA KURSUS DIANJURKAN OLEH MARA

KEHIDUPAN SEORANG STAFF MARA

Esok start la sibuk...sibuk mengenai kursus yang akan dijalankan...
sebelum nie aku sibuk dengan untuk buat baget....skrang sibuk nga handle la pulak...
tapi x pe..seronok tetap ada jika ada kursus mcm nie...
duk kat resort pula aku slama 3 hari...huhuhu...

pada tarikh yang sama(08-11 nov 2010), ada 4 kursus aku kena handle....
kena perti tegok semua tempat yang berlansung kursus iaitu daerah pasir mas,pasir puteh,tumpat dan kota bharu sendiri...
sibuk kena pergi mari la pulak...hari tu sibuk depan komputer kena buat baget....
sekarang sibuk kena buat L.O bayaran dan tegok kursus pulak.....

hujung tahun nie je MARA baru dapat nak buat kursus untuk keusahawanan....
sebelum nie buat kursus untuk kemahiran IBS je....sebab dapat baget dari KKLW untuk
habis peruntukan RM85K dalam masa tiga minggu....tu aku jadi hebat kejap nak buat kursus gapa nie...nak habiskan juga untuk usahawan aku...
guna peruntukan untuk naik bumuputera ku...
itu la azam aku...nak tegok orang kita sama2 berdiri dengan bangsa lain dalam binsess...
tapi x tercapai secara keseluruhan...

AKU harap agar MARA terus RELEVEN untuk membantu BANGSAKU...
penat aku, ditolak ke tepi...tapi bangsa sentiasa dihati...
untuk terus menjulang tingi di bumi sendiri..itu la matlamat aku di MARA kini...


MAJU MARA..MAJU JAYA....

Monday, November 1, 2010

KURSUS USAHAWAN BERSAMA MARA

Minggu nia aku amat sibuk...
x sempat nak makan pagi nga nak tegok blog...
malam tubuh penat...siang kerja banyak kat ofis..
aku kena buat bajet untuk 7 kursus yang akan dijalankan dalam masa 3 minggu nie..
tu yang sibuk sangat tu...kepala pun pening nak cari consultant bahagian tenaga pengajar...
antara kursus yang akan dijalankan dalam masa 3 minggu nie ialah..
kursus mambaiki telefon bimbit, kursus window dressing, kursus asas perakauanan, kursus
penyelenggaraan bangunan, kursus khidmat pelangan, kursus pemasaran dan kursus penyewa...
banyak gila kena check n buat untuk hantar ke HQ..
hari nie baru siap..dari minggu lepas hingga hari nie...
buat bajet..lepas tu senarai peserta yang berminat, jadual kursus dan lain2..
aku kena handle semua ....banyak kerja pada hujung tahun nie...
BIASA LA NAK HABISKAN BAJET kan...

kerja banyak..tapi seronok sbb semua berkerjasama sekarang...
tidak macam dulu..sorang2 je kerja...dari A hingga Z..
kena buat...tapi sekarang tidak lagi
sbb kerani baru aku dah dapat..semua nya ok n sporting...
best...

oklah..sapa2 berminat..boleh la call aku ...



Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.