widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, March 22, 2011

MUTIARA KATA

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,
Maka, sesungguhnya keletihan itu akan hilang,
dan kebaikan yang di lakukan akan terus kekal...
Dan..sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
Maka, sesungguhya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal...

Saidina Ali r.a

Sunday, March 20, 2011

MUTIARA KATA

Insan yang berjiwa hamba,
perlu mempunyai dua mata di wajahnya,
untuk memandang semua urusan dunianya..
Dan...mempunyai lebih dari dua mata hati,
agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya..

mutiara kata

Wednesday, March 16, 2011

MUTIARA KATA

Kuasa adalah ibarat sungai yang besar,
Indah dan berguna selagi airnya mengalir dan tidak melimpah ke tebing,
tetapi, apabila airnya melimpah dan tidak dapat di bendung lagi,
ia akan merosakkan dan memusnahkan semua yang ada.

Andrew Hamilto

MUTIARA KATA

Orang yang hebat bertindak sebelum bercakap,
dan kemudian bercakap seperti mana tindakannya,
Orang yang hebat merendah diri dalam percakapan,
tetapi hebat dari segi tindakan..

~Confucius~

MUTIARA KATA

Ukhwah itu bagai seutas tasbih...
ada awal tiada penghujungnya,
dicipta untuk mengingatiNya,
dibahagikan untuk cintaNya,
dan di ratib untuk redhaNya...

mutiara kata

MANUSIA & KENTUT

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit" .

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk ".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....


Emmmm....so anda tergolong orang yang mana????

Tuesday, March 8, 2011

JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA


LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

‘JAWATAN KOSONG’

PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI

1. (A) Jawatan : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
(B) Gred Jawatan : E27
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1 RM1204.55-P1T26RM3027.10
P2T1 RM1274.13-P2T26RM3213.25
P3T1 RM1346.73-P3T26RM3405.26
Bidang Tugas:
Merancang, mengurus, mentadbir dan mengengalikan Pertubuhan Peladang diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pengurusan pertubuhan dan melapor kepada Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri.
Syarat-syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(i) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
(ii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6);
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi dan Pengajar Kraf adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PEMBANTU AKAUNTAN

2. (A) Jawatan : Pembantu Akauntan
(B) Gred Jawatan : W17
(C) Taraf Jawatan : Tetap
(D) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(E) Jadual Gaji : P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Bidang Tugas

Menguruskan perakaunan dan pengurusan kewangan Pertubuhan Peladang(PP) atau melaksanakan kerja pengauditan atau melaksanakan tugas-tugas kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang. Perlaksanaan tugas tertakluk kepada penempatan.

Syarat-syarat Lantikan

1. Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia.
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

3. (A) Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan
(B) Gred Jawatan : N17 (PKP)
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1RM820.38- P1T24 RM2151.35
P2T1RM871.81- P2T24 RM2272.50
P3T1RM924.75- P3T24 RM2397.95

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayan dan membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu, merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga kes selesai serta memaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Syarat-syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

PEMBANTU EHWAL EKONOMI

4. (A) Jawatan : Pembantu Ehwal Ekonomi
(B) Gred Jawatan : E17
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1 RM821.89-P1T2RM2152.86
P2T1 RM873.32-P2T24RM2274.01
P3T1 RM926.26-P3T24 RM2399.46

Bidang Tugas:

Membantu Pengurusan Pertubuhan Peladang, mengurus dan mentadbir Pertubuhan Peladang Kawasan dalam pelaksanaan projek-projek ekonomi, perniagaan, keahlian, kredit dan hal ehwal sosial Pertubuhan Peladang.

Syarat-Syarat Lantikan

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) (i) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8);
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan bagi calon yang mempunyai Sijil Institut Pertanian (SIP).

JURUTEKNIK

5. (A) Jawatan : Juruteknik
(B) Gred Jawatan : J17
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1T1RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Bidang Tugas:

Melaksanakan aktiviti penyelenggaraan alat jentera dan pengurusan alat ganti jentera di Pertubuhan Peladang serta mengendalikan perlaksanaan perkhidmatan kejenteraan ladang kepada ahli-ahli peladang setempat.

Syarat-syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sunber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my.
Semua permohonan tidak perlu dicetak/ di pos ke LPP.
Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.
TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.
TARIKH IKLAN: 28 FEBRUARI 2011 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 MAC 2011 (ISNIN)

Monday, March 7, 2011

MUTIARA KATA

Hidup ini hanyalah sementara,
Hanya amal yang akan menjadi bekalnya,
Andai hidup tiada matlamat dan cita-cita,
Terumbang-ambinglah hidup kita,
Dengan itu, bagi beramal dengan mengejar cita-cita,
perjuanganlah jalannya,
berjuang..aku akan terus berjuang...

Ibnu Muhammad
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.