widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Friday, October 29, 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) & KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) SESI JAN 2011




Permohonan bagi kemasukan ke IKM dan KKTM adalah seperti dibawah:

1) Permohonan mengikuti SIJIL IKM ATAU Borang Permohonan
(Boleh dibeli di
PMN / PMD / IKM / KKTM berdekatan)
2) Permohonan mengikuti Diploma KKTM

Maklumat Kursus dan Syarat Kelayakan boleh layari : WEB MARA

Tarikh Tutup permohonan: 31 Oktober 2010

SEMOGA BERJAYA BAGI SIAPA2 YANG MEMOHON
amin
.....

Monday, October 25, 2010

MUTIARA KATA

"Mulai" adalah kata yang penuh kekuatan.
Cara terbaik untuk menyelesaikan
sesuatu adalah,“mulai”.
Tapi juga menghairankan, .....
pekerjaan apa yang dapat kita selesaikan... kalau kita hanya memulainya.

~ (Clifford Warren) ~

Sunday, October 24, 2010

MUTIARA KATA

Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal...
yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang...
Hendak seribu daya,mahu seribu upaya...
Dimana ada kemahuan, di situ ada kejayaan...
Orang cemerlang menunjukkan hasil...
Orang gagal memberi alasan...

kata-kata motivasi

MUTIARA KATA

" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu
bukanlah akhlak seorang muslim,
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"

~ Imam Hassan Al-Banna ~

AYAT MEMBARA...KATA-KATA PERLU DIKOTA!!!!!


Wahai anak Malaysia di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, tak bisa taat setia berbelah bagi!

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Bajet yang ‘memakmurkan’, ekonomi meningkat, ucapan Presiden hebat, reaksi hangat (walaupun bukan semua, lihat bahasa berlapik yang digunakan), isi perut hati yang dicurah oleh perwakilan, minima 80 peratus harus dilaksanakan oleh parti pemerintah kalau UMNO mahu terus mentadbir negara; semangat UMNO nampak sudah mulai pulih – zaman gemilang yang baru menanti!

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Hambamu juga teringat kepada sajak Usman Awang versa (verses) ini:

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai


Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti...


Bagaimanakah Melayu abad 21

Masih tunduk tersipu-sipu ?


Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Pidato Paduka Yang Mulia sudah hambamu menilik secara kasual dalam penerbangan dari Kota Bharu balik ke Kuala Lumpur (Jumaat, Oktober 22) dan memahami dan menghargainya. Kontrak sosial adalah ‘sacrosanct’ tegas Speaking. Sungguhpun Paduka Yang Mulia tidak menggunakan perkataan itu, maksudnya nyata dan jelas, iaitu kontrak sosial ‘sacrosanct’ yakni sesuatu yang suci tidak boleh diubah dan dipertikaikan lagi! Mengapa pula selepas 53 tahun (zaman kolonial pun sudah wujud kontrak sosial dalam konteks dan idiom ketika itu) kontrak sosial terus dipertikaikan?

Tegas seorang pengkritik Jumaat malam, ‘kerana pendukung sosial kontrak dan perlembagaan lembik, kerajaan tidak tegas dan ketandusan daya berfikir dan iltizam untuk berdebat secara ilmiah bagi membela apa yang sudah ada precedent, legal dan diterima sejarah. Mereka yang anti kontrak sosial berani, suara mereka amat lantang, networking antarabangsa dan media kukuh. Mereka tuduh Melayu ‘rasis’, dulu Melayu ‘ultra’, Melayu ‘ekstremis’ dan Melayu ‘perkauman’. Mereka mengulangi strategi lama dan yang berkesan...the best defence is to attack – sebaik pertahanan ialah menyerang.’ Tambahnya, ‘Melayu suka bertahan. Nasib Melayu di bumi sendiri!’ sambil menggeleng-geleng kepala botaknya.

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Reaksi kepada madah Paduka Yang Mulia seperti biasa, tiada beza dengan zaman Tunku, semasa ayahanda, ketika Hussein, waktu Dr Mahathir dan kala Badawi – semua setuju, yang tidak setuju pun beri pujian! Tiada yang mengeji sehinggalah mereka (bekas-bekas Perdana Menteri) itu hampir hilang kuasa apa lagi setelah mereka bersara (suka hati atau dipaksa). Hulubalang, temenggung, laksamana, bendahara dan pengiring-pengiring mereka dalam Dewan Merdeka PWTC dan di luar, cheerleaders kata orang Amerika, tidak bisa lagi, tidak harus lagi gundah-gulana kerana parti mereka tidak akan lagi mendukalarakan hati mereka yang tidak malu mengakui mereka Melayu apa pun takrifnya. Iltizam dan resolusi Paduka Yang Mulia akan terus diuji!

Kata seorang sinik (cynic): ‘kota segera yang dituturkan oleh Najib... itu sebaik dalil. Kalaupun manusia percaya Najib melakukannya bagi tujuan kelangsungan kerjaya politiknya’. Langsung hambamu mengingatkannya (pengkritik) apa Usman Awang berkata dalam puisinya ‘Melayu’:

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Melayu, dalam keseronokan, sanggup menghadiahkan apa pun pada siapa pun sehingga tercipta, terang Usman Awang, sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran

Golongan tertentu dalam sejarah dan yang baru memang mahu status quo dihapuskan, atau sekurang-kurangnya dipinda mengikut irama muzik mereka. Mereka tahu risikonya tapi mereka juga sedar tiada risiko tiada untung! Mereka telah mencabar status quo sepanjang sejarah moden Malaysia - 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan (jawapan mereka darurat), 1957 (ada yang tidak mahu kita merdeka), 1959 (dalam Pilihan raya Parlimen pertama), 1963-1965 (semasa Singapura dalam Malaysia) dan 1969 dan semuanya gagal. Mereka akan terus cuba dengan gigih. Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Kata sejarawan kepada hambamu kalau tidak waspada sejarah akan berulang!

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Nasihat sejarawan tadi gunalah dengan bijak dalam masa yang masih ada, waktu matahari masih cerah. Berapa lama lagi matahari dan bulan purnama akan menyinari? Ujian segera, sama ada mesej Paduka Yang Mulia sampai ke bawah, difahami dan dihargai adalah pada 4 November di Galas dan Batu Sapi.

Berwaspadalah dengan mereka yang licik dan bertopeng:

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati adat

Jangan mati anak


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan.


Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan...


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara merdeka!


Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Siapa pun perdana menteri dan siapa pun bakal pengganti Paduka Yang Mulia dia menghadapi ketegangan atau tensions antara pegawai, rakyat dan politikus; antara tradisi dengan matlamat politiknya, iaitu memenangi pilihan raya. Konflik moral dan etika melibat kepentingan negara, parti dan peribadi berterusan. Ketiga-tiga pilihan dan tensions menjadikan politik segar, negara maju, bangsa selamat atau sebaliknya!

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri! Orang Melayu – Islam, mereka yang benar-benar beriman bergembira bila melakukan kebaikan dan berduka cita bila mengerjakan kejahatan. nasihat yang baik wajib didengar dan diikuti dan yang buruk dicabar dan tidak payah dipatuhi!

Yes, Prime Minister, tabik Perdana Menteri.

sumber : sinar harian

Tuesday, October 19, 2010

AKU DAPAT EMAIL ????

Hello with love,
How is everything with you,
I picked interest on you after
going through your short profile at
(www.speakkorean.net). I really
want to have a good friendship with you.
Beside i have something very vital to disclose to you,
but I found it difficult to express myself here,
since it's a public site. I will be very happy,
If you can get back to me through my e-mail
(junia.andrew@yahoo.com)
So we can get to know each other better
and i well give you my pictures and also
tell you more about me ok. Please write me here
(junia.andrew@yahoo.com)
Sincerely
Miss Junia.

HUHUHU....AKU DAPAT EMAIL MACAM NIE LAGI?

BOLEH PERCAYA KE? kawan-kawan

Salam,

Saya Hanim binti hassan, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (ZEOLITE PURIFYING LIQUID). Para Zeolite Purifying Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,200.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Wassalam...

Hanim binti hassan.


AKU DAPAT EMIAL MACAM NIE....
BOLEH PERCAYA KE????

MUTIARA KATA

Inginkan mutiara,..... selamilah lautan
Inginkan bahagia,....... tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan,...... relailah pengorbanan
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu....
sebenarnya
..... terkandung seribu kemanisan..

~ mutiara kata ~

Monday, October 18, 2010

PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA MARA (IPMa)

Align Centre

Adalah dimaklumkan Permohonan Terbuka UPIM untuk kemasukan ke IPMa bagi sesi Januari 2011 akan diadakan di semua negeri secara berperingkat bermula 18 Oktober 2010 hingga 4 November 2010.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang belum memohon secara online.

Mohon sebarkan maklumat Program Permohonan Terbuka ini kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang berminat.

Permohonan Online :
http://online.mara.gov.my/upimonline

MUTIARA KATA

Umur tidak menjadikan seseorang itu matang...
Dewasa mungkin, tetapi belum tentu matang...
Orang yang matang dinilai dari segi percakapan,
perbuatan serta pemikirannya...
Oleh itu, berbuat baiklah sehingga....
orang bawahan menghormati kita
dan orang atas menyenangi kita...

~mutiara kata~

Thursday, October 7, 2010

MASJID & AL-QURAN DIBAKAR

RAMALLAH - Penyerang tidak dikenali membakar sebuah masjid dan beberapa naskhah kitab al-Quran selain menconteng dinding masjid dengan kata-kata kesat yang ditulis dalam bahasa Hebrew di sebuah kampung di Tebing Barat, Isnin lalu.

Pendatang haram Yahudi dilaporkan bertanggungjawab atas perbuatan yang meningkatkan lagi ketegangan dalam proses damai Timur Tengah yang tergendala selepas dimulakan, awal bulan lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu dalam percubaan menyelamatkan imej Israel selepas dikritik pemimpin dunia kerana enggan melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pembinaan penempatan haram Yahudi menjadi halangan utama dalam proses damai Palestin-Israel apabila negara rejim itu terus membina rumah di atas tanah milik Palestin bagi 300,000 warga Israel.

Tiada sebarang tahanan atau dakwaan berhubung serangan itu dibuat.

Sementara itu, wakil pendatang Yahudi yang mengecam serangan itu menghadiahkan beberapa naskhah baru al-Quran kepada mas-jid tersebut, kel:marin.

sumber : sinar harian

SYAITAN MANA YANG TELAH MENGINA DAN MEMBAKAR
MASJID DAN AL-QURAN KU?

SALAH GUNA AYAT AL-QURAN


BAGUS TINDAKAN KDN
KLUANG- Sebanyak 369 barang hiasan yang mengandungi kesilapan ayat al-Quran dirampas Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor dalam operasi bersepadu bersama Pejabat Kadi Kluang, semalam.

Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi bersepadu ini ke tiga premis yang menjual barang-barang hiasan al-Quran yang mengandungi kesilapan dari segi ayat al-Quran dan sebagainya.

“Operasi dijalankan di sekitar bandar Kluang dan dalam operasi tersebut, kami telah berjaya merampas barang-barang hiasan al-Quran di salah sebuah premis menjual barangan serbaneka.

“Sebanyak 369 barang hiasan dirampas kerana pemilik kedai bukan Islam dan menjadi satu kesalahan apabila orang bukan Islam menjual barang-barang hiasan yang mengandungi ayat al-Quran

“Malah, ianya juga terdapat dalam garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun 2008 bagi garis panduan pembuatan, pengendalian dan penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan dan perhiasan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang menggariskan bahawa semua aktiviti pengendalian dan penjualan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilakukan oleh hanya orang yang beragama Islam,” katanya kepada: Sinar Harian:.

Mohd Khalil berkata, kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan itu juga katanya, telah terkandung dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-13 pada 1 dan 2 Julai 1985.

Dalam keputusan tersebut orang bukan Islam adalah diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

“Dalam operasi yang dijalankan pada hari ini (semalam), kessemua maklumat yang diperoleh adalah hasil daripada maklumat orang awam dan juga siasatan yang kita dijalankan,” katanya.

sumber : sinar harian

Bagus tindakan yang dijalan oleh KDN JOHOR...
dapat juga membendung ajaran al-quran yang silap tu....
tapi yang malang nya....
siapalah yang membeli haisa al-quran yang salah tu??????

BERDAY KU HARI MENGUNDI DUN GALAS


MARI MENGUNDI WEH...MARI..MARI...MARI
PUTRAJAYA – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan 4 November ini, manakala penamaan calon dijadualkan pada 26 Oktober.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkannya pada sidang media berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas mengenainya diadakan.

Menurutnya, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Che Hashim Sulaima 27 September lalu.

“Kita telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.

“Dengan ini saya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Galas akan diadakan pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula pada 4 November (Khamis),” katanya, semalam.

Wan Ahmad berkata, SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.:

“Sebanyak 11 buah sekolah, satu balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan satu dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 25 saluran tempat mengundi.

“Seramai 323 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini,” katanya.

SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemas kini sehingga 27 September lalu.

SPR juga melantik Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Paya manakala Penolong Pegawai Pengurus pula terdiri daripada Mohammad Yusoff Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang), Mohd Helmi Mat Zin (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Hasnul Hariz Abd Llah (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Bagi pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya pula SPR melantik Muhamad Rasani Ramli (Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang), Mohd Khiril Hazmie Yusof (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Norhalis Mohamad Noor (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang).

Beliau berkata, peruntukan bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil DUN Galas dianggarkan sebanyak RM1.3 juta.

“Kita anggarkan lebih RM1 juta, mungkin RM1.3 juta kerana terdapat empat pusat pengundian memerlukan perkhidmatan helikopter,” katanya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendapatkan khidmat pemantau bebas termasuk Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) bagi memantau Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Wan Ahmad berkata SPR tidak akan melantik mana-mana pertubuhan untuk menjadi pemantau.

sumber : sinar harian

SIAPA AKAN MENANG DI DUN GALAS PADA
4 NOVEMBER 2010 ini...

PAS ATAU BARISAN NASIONAL (BN) ?

aku tidak kisah sapa yang menang....
yang aku kisah perlu jangan negaraku
dengan baik bersama rakyat..
itu je aku mahu.....
JANJI BUAT KERJA ADIL....tidak pilih parti atau RM!!!!!!

yang mana menjadi wakil rakyat...
tolong turun padang tengok rakyat juga
di bawah.....jangan duk dalam bilik beracon je..
INGIT PESANAN INI KEPADA WAKIL RAKYAT...

pesanan rakyat kepada rakyat yang berpangkat...

KERA-KERA PEMBUNUH????


BAYI TERBUNUH ANGKARA KERA
SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berumur empat hari mati dipercayai diserang kera liar di rumahnya di Taman Happy, dekat sini, semalam.

Bayi malang yang belum diberi nama itu ditemui keluarganya di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan di badan, leher dan kepala.

Datuk bayi berkenaan, A Valayuthum, 70, berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri dan ibu bayi terbabit berada di dalam rumah.

“Kira-kira jam 1.15 tengah hari, saya menjaga cucu yang sedang tidur di ruang tamu, sementara isteri dan ibunya berada di dapur serta bilik air.

“Ketika cucu tidur, saya ke dapur untuk minum air. Kemudian, anak saya, V Revathi menjerit menanyakan di mana anaknya selepas melihat bayinya tiada di ruang tamu," katanya ketika ditemui di luar bilik mayat, Hospital Tunku Jaafar (HTJ), dekat sini, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga terus mencari dan menemui bayi terbabit berhampiran pokok bunga di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah.

"Kami segera membawanya ke HTJ tetapi bayi berkenaan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.

Sementara itu, bapa bayi terbabit, V Naru, 29, yang bekerja pemandu lori berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Saya mengetahuinya selepas mendapat panggilan daripada isteri beberapa minit selepas kejadian.

“Saya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anak namun dimaklumkan pihak hospital bahawa anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

V Naru berkata, dia sedih kerana bayi itu adalah anak sulungnya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Anak saya baru saja dilahirkan Ahad lalu tetapi dia ‘pergi’ hari ini (semalam) sebelum sempat mendaftarkan namanya.

“Lebih menyedihkan melihat dia ‘pergi’ dalam keadaan menyayat hati,” katanya.

Menurutnya, terdapat sekumpulan kera liar di kawasan rumahnya di Taman Happy, dekat sini, yang sering mengganggu penduduk.

“Sebelum ini, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menembak mati beberapa kera tetapi sejak dua bulan ini, binatang itu masih kelihatan di kawasan ini," katanya.

sumber: sinar harian

Kasian keluarga dia kan...
dah la baru dapat anak sulung dalam 4 hari baru....
dah meninggal disebab KERA......
menyayat hati je rasa......
kurang lagi rakyat MALAYSIA seorang...

SABAR ye kepada keluarga dia....

Wednesday, October 6, 2010

PERTAMA DI MALAYSIA BAYI SEKOLAH HARAPAN



IBU DAN BAYI SEKOLAH HARAPAN
BANDA HILIR - Sekolah Harapan, sebuah sekolah khas yang menempatkan remaja mengandung, mencatatkan satu lagi sejarah apabila bayi pertama penghuninya selamat dilahirkan Isnin lalu.

Bayi lelaki seberat 3.6 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Jasin, kira-kira jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan kelahiran itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayi berkenaan tidak akan diserahkan kepada keluarga angkat walaupun ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Ini kerana, katanya, keluarga pelajar berkenaan telah bersetuju untuk menjaga dan membesarkan bayi terbabit.

“Ini satu kejayaan bagi kita dalam usaha men- yelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa daripada dibuang begitu sahaja,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pengurusan (iMEC 2010), anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, semalam.

Sekolah Harapan yang terletak di Jasin kini menempatkan 10 remaja perempuan hamil telah mula beroperasi bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, ibu kepada bayi terbabit adalah seorang pelajar berumur 17 tahun dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penghujung tahun ini.

Walaupun enggan menyatakan secara terperinci mengenai pelajar terbabit, beliau berkata, kedua-dua ibu dan anak kini berada dalam keadaan sihat.

“Pelajar berkenaan kini dijaga kakitangan sekolah kerana masih dalam pantang.

“Ingin saya tegaskan bahawa secara langsung sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi hamil luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Ab Rahaman berkata, Sekolah Harapan akan memberikan kaunseling kepada pelajar dan keluarganya.

Selain itu, menurutnya, kes berkenaan akan turut dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.

sumber : sinar harian

AGAR-AGAR PANDANGAN KORANG ORANG KAN.
TERCAPAI KE MISI @ VISI SEKOLAH HARAPAN TERSEBUT?

aku tanya macam tu sebab apa......
ini kerana ibu dan bapa dia tahu anaknya mengandung...
tulah ibu/bapa dia pergi hantar ke sekolah ibu2 mengandung...
kalu ibu dan bapa x tahu anak dia mengandung ...
MACAM MANA PULA????

FIKIR-FIKIRKAN LAH????

MALAYS?? TIDAK ADIL????!!!!!



KENAPA MELAYU SAJA YANG SALAH???
Saya lahir sebelum merdeka di sebuah kampung terpencil dalam daerah Muar, dan membesar dalam suasana masyarakat majmuk, tanpa sebarang masalah. Baik di sekolah atau di luar sekolah kawan-kawan saya terdiri dari berbilang kaum – Cina, India, Benggali, Jawa dan lain-lain. Sekali lagi, tidak ada masalah.

Kita berkawan tanpa batasan kaum dan warna kulit. Malah, agama juga bukan penghalang. Memang, dari semasa ke semasa kita bergaduh, dan saling kata-mengata. Tetapi lepas ‘tidak kawan’ dua tiga hari, kita akan baik semula dan bermain seperti biasa.

Melayu dicap sebagai ‘bodoh makan belacan’. Cina dikata ‘berak tidak cebok’. Kawan-kawan India pula digelar ‘kicap’ atau ‘manggis’. Dan, ada ‘branding’ khas diberikan kepada orang Jawa yang menjadi penduduk majoriti di tempat saya: ‘Wak Tempe’. Tidak kira yang tua atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan, orang Jawa akan digelar seperti itu. Dulu-dulu tempe dianggap makanan paling koman. Siapa sangka kini tempe mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu sumber protein utama.

Tanpa prejudis dan tidak ada berasa hati atau dendam, baik Melayu, Cina, India, Jawa menerima panggilan dan gelaran seperti itu sebagai perkara biasa. Sebenarnya ada gelaran-gelaran yang lebih teruk, kalau saya tulis sekarang pasti ada orang buat laporan polis, dan tidak fasal-fasal saya disiasat.

Dulu gelaran-gelaran itu tidak pernah menjadi punca pergaduhan kami. Dalam majlis-majlis rasmi seperti kenduri kahwin, mesyuarat PIBG dan perayaan-perayaan kaum pun panggilan dan gelaran itu disebut untuk mengeratkan lagi persahabatan.

Itulah ‘1Malaysia’ zaman saya kanak-kanak lebih setengah abad lalu! Walaupun belum wujud dan tidak diuar-uarkan dalam iklan siang malam, semangat kekitaan itu sudah meresap di jiwa tanpa mengira kaum.

Hari ini setelah sekian lama merdeka, gagasan ‘1Malaysia’ terpaksa diwujudkan – dan diiklankan pagi petang siang malam hampir di mana sahaja – untuk menimbulkan rasa cinta dan harmoni masyarakat majmuk moden kita. Hairan makin lama merdeka kita seolah-olah makin renggang.

Hari ini kita tidak boleh sembarangan mengecap atau menggelar satu-satu kaum. Sikit sahaja kita tersilap cakap, ada pihak akan melenting, dan kita akan disiasat polis. Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, dituduh rasis hanya kerana dia menyebut Cina sebagai ‘Si mata sepet’ dan India sebagai ‘Si botol’.

Kenyataan itu yang dibuat pada satu majlis tertutup telah disiarkan di sebuah laman portal berita. Bagaimana perkara tertutup boleh disiarkan media? Patut sekali wartawan dan pemilik media tersebut disiasat, manalah tahu kalau-kalau ada muslihat di sebalik penyiaran perkara yang sepatutnya rahsia itu.

Tetapi, yang kena gasak ialah pegawai BTN berkenaan. Kepimpinan tertinggi cepat sahaja mengarahkan siasatan dilakukan secara terperinci. Laporan polis pun dibuat. Siasatan dalaman dilakukan, macamlah pegawai berkenaan telah melakukan satu jenayah besar.

Bukanlah saya menyebelahi Hamim. Tidaklah juga saya menyokong mana-mana pihak yang suka mengecap atau menggelar satu-satu kaum dengan gelaran-gelaran yang dikatakan rasis. Kalau betul kita tidak boleh lagi menerima gelaran ‘kicap’, ‘sepet’, ‘Wak Tempe’ dan sebagainya, semua orang mesti tidak boleh menyebut perkara itu.

Masalahnya ialah kita seperti bertindak tegas sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang Melayu. Sebelum kes pegawai BTN yang malang itu, beberapa orang kita, termasuk seorang pegawai khas Perdana Menteri, juga beberapa orang guru, telah diambil tindakan kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis.

Seperti yang dilaporkan media, seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berbangsa Melayu telah dihadapkan ke mahkamah kerana menulis komen yang dikatakan berunsur perkauman di Facebook.

Tetapi, betapa pula halnya jika yang mengeluarkan kenyataan negatif itu orang bukan Melayu. Sebagai contoh Katy Lim Li Nian yang terang-terang menghina Islam di internet, termasuk di laman sosial Facebook. Tidakkah itu dianggap menghina kaum juga? Sebenarnya itu lebih teruk dari menghina kaum. Kenapa pihak berkuasa tidak cepat bertindak dalam kes ini?
Dan betapa halnya dengan Wee Meng Chee, atau nama penanya ‘Namewee’ yang pernah tidak lama dulu dimaafkan kerana menghina lagu kebangsaan ‘Negaraku’, tetapi baru-baru ini berani pula mengeluarkan kenyataan yang lebih menghina menerusi internet. Laporan polis telah dibuat ke atasnya, tetapi apa tindakan selanjutnya? Bila pula dia akan dihadapkan ke mahkamah? Atau, apakah dia akan sekali lagi dimaafkan?

Saya bersetuju siapa sahaja yang melakukan tindakan, dan mengeluarkan kenyataan berbau rasis, patut dihukum. Tetapi, janganlah dalam menghukum kita seperti berat sebelah. Janganlah tindakan diambil hanya jika yang rasis itu orang Melayu. Orang bukan Melayu yang rasis pun perlu dikenakan tindakan. Lagi pun apa bezanya Namewee dan Katy dengan Hamim? Saya harap saya tidak dianggap rasis dengan tulisan ini.

sumber : sinar harian

Aku amat menyokong tentang luahan penulis ini.... memang negara kita nampak sangat benda macam tu.atau berat sebelah. tapi ramai yang berdiam diri... kalu bersuara...mesti kena PUNYA... itulah kelemahan orang kita....bersuara x boleh...berdiam diri bermaharajalela... lepas tu kena cekup pula..... sampai bila kita perlu jadi macam nie.... bunyi je orang melayu sebut pasal KAUM..terus bising geng2 tu... kalu dia punya....lagi berat dia kutuk NEGERA ATAU KAUM... malayu bising..terus buat siasatan....MEMANG TIDAK ADIL.. SAMPAI BILA MELAYU DIPERSALAHKAN????? orang lain buat hal(salah)....kita nak mempertahankan(kebenaran).... KITA YANG KENA SIASAT..pelik kan... MALAYSIAKU..JADI ADIL UNTUK SEMUA... AKU AMAT MENYAYANGI NEGARAKU.... TOLONG JANGAN NAMPAK SEBELAH SAJA YANG SALAH...

(YANG PENTING KITA HARUS HIDUP BERSATU)

JOM TEGOK GRO KELANTAN



KOTA BHARU –Tindakan nekad seorang Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) melarikan diri dengan terjun dari bangunan setinggi lima meter semalam membawa padah setelah cedera parah.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah hotel dekat Jalan Sri Cemerlang, GRO terbabit yang berasal dari Republik China berusia 37 tahun itu patah kaki kanan dan terseliuh di bahagian pinggang dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.

Ketika serbuan, GRO terbabit yang dalam keadaan separuh bogel meminta kebenaran untuk ke tandas menukar pakaian sebelum bertindak terjun dari tingkat satu untuk mengelak daripada ditahan oleh sepasukan pegawai Imigresen selepas berjaya masuk ke biliknya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Hasimie Musa berkata, sebelum serbuan pihaknya terserempak dengan seorang lelaki dipercayai pelanggannya keluar dari bilik berkenaan.

Beliau berkata, selepas mengesyaki sesuatu, pasukannya menyerbu ke bilik berkenaan sebelum menahan GRO terbabit untuk pemeriksaan.

Katanya, pada masa sama pasukannya turut menyerbu sebuah lagi bilik dan berjaya menahan dua lagi GRO yang berasal dari Republik China berusia 22 tahun hingga 30-an.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap dua GRO terbabit pihaknya mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan.

“Siasatan mendapati, kedua-dua mereka adalah kawan kepada salah seorang daripada yang terjun dari tingkat satu dan mereka dipercayai menginap di hotel berkenaan sejak 23 September lalu.

“Serbuan ini dilakukan setelah kita menerima maklumat berhubung kegiatan yang tidak bermoral dan segera menyerbu bagi membasmi kegiatan itu,” katanya semalam.

Katanya, sebelum itu pasukannya turut menahan seorang lagi GRO yang berusia 20-an dan dipercayai menjalankan kegiatan yang sama di sebuah hotel di Kota Bharu.

Katanya, empat termasuk seorang yang cedera ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan 1963.

sumber : sinar harian



BIAR DIA RASA SAKIT..nak lari ehhhhh..
GRO Kelantan nie..hebat nya dia boleh terjun bangunan ehhhh...
susah sangat nak tegok GRO kelantan nie..mari la sapa2 mahu tegok..dashyat kan...
banyak lemak tu..kalu goreng celup tepung pun ok ...heheheheh









PUKUL MATI LAGI..batu..batu..


ANGKARA BATU- MATI
IPOH - Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dipukul dengan batu dalam pergaduhan di Jalan Panggung Wayang, di Bidor tengah malam tadi.

Polis kemudiannya seorang suspek berusia 27 tahun, di Pekan Bidor, jam 5 pagi tadi dan menemui batu yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa yang berumr 20-an.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, tiada sebarang identiti ditemui pada mayat mangsa

sumber : sinar harian

Aku geram betul pasal pukul2 nie... sebab adik kawan aku pun mati kena pukul juga... hai sekarang nie ada lagi kes macam nie... x payah pukul la..baik tembak terus.... kes kawan adik aku pun belum settle lagi... tengah cari si pemukul tu... kalu jumpa SIAP LA DIA....

MAIN SUMAT NIE.....

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mahu pemainnya menunjukkan kebangkitan sebagaimana aksi menentang Negeri Sembilan baru-baru ini ketika melayan kunjungan pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS FC dalam perlawanan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

“Ini merupakan perlawanan yang cukup penting bagi kita. Sudah pasti kita tidak mahu kecewa lagi di halaman sendiri. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama saya tetap menghormati kemampuan pasukan pelawat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Saya menuntut semangat juang ketika bertemu Negeri Sembilan berulang dalam perlawanan ini. Di Paroi kita ketinggalan dua gol pada suatu ketika, tetapi pemain tidak hilang semangat dan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit bagi membolehkan kita berkongsi mata.

“Saya mengharapkan keputusan positif dalam perlawanan ini. Dalam saingan Piala Malaysia setakat ini, kita hanya mampu mengutip satu mata sahaja di Kota Bharu. Untuk itu saya menuntut pemain saya menghadiahkan tiga mata pada malam ini kepada peminat setia Kelantan,” katanya.

Sathianathan berkata, beliau turut memberi peringatan kepada semua pemain menumpukan sepenuh perhatian sepanjang aksi 90 minit perlawanan berlangsung.

“Saya menyedari pemain berada di bawah tekanan setiap kali turun beraksi. Mereka harus menerima tekanan seperti itu apabila bermain untuk Kelantan. Sudah pasti peminat mahukan yang terbaik dan pada masa yang sama meletakkan harapan yang tinggi terhadap kita.

“Semua pemain harus bersikap tenang. Tunjukkan yang terbaik dan saya percaya para peminat akan sentiasa berada di belakang kita memberi sokongan. Kita mempunyai 26 pemain yang terbaik dan kita adalah sebuah pasukan yang terbaik. Jadi, hadapilah lawan kita malam ini dengan semangat yang tinggi untuk mencatatkan kemenangan," katanya.

Ditanya mengenai persiapan pasukan menentang kelab dari Selangor pada perlawanan malam ini, beliau mungkin akan melakukan sedikit rombakan dalam menyenaraikan kesebelasan pemain yang akan diturunkan mewakili Kelantan.

“Beberapa kelemahan ketika pertemuan dengan Negeri Sembilan tidak harus berlaku lagi. Di Paroi, bila kita ketinggalan dua gol, kita bermain dengan baik. Tetapi sebaik sahaja kita menyamakan kedudukan, pemain kita jadi gelabah. Saya tidak mahu iaberulang," katanya.

Sementara itu, Sathianathan turut berharap peminat setia Kelantan terus memberi sokongan kepada pemain Kelantan bagi mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini.

sumber : sinar HArian

AKU HARAP PASUKAN AKU MENANG MALAM NIE LAWAN ...
kalu kalah ...aku x akan sokong lagi...puak2 kelantan pun akan benci...
main elok2 malam nie..jangan buat semangat penyokong dan peminat akan
RASA BENCI DAN KECEWA...

KELANTAN MESTI BOLEH..
GOMO KELATE GOMO...
KACE KELANTE KACE....
perkataan itu akan keluar jika kelate main baik...
kalu main tahap sumat...penyokong akan kata..
MAPUS MU LA...main mace tahiii...
aku x se dengar gitu..
tunjuk semangat juang THE RED WORRIORS

SEWA RUMAH RM10K..huhuhhuhuhu


PILIHAN RAYA DUN GALAS
GUA MUSANG - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas.

Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata, harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.

"Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi.

Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.

sumber : sinar harian

HUHUHUHUHU...KAYA..KAYA..PISANG GORENG PANAS...
ini kerana sewa rumah dari RM 200 sebulan menjadi RM 10K 2 minggu SEWA RUMAH...
aku tiada rumah kat sana..kalu ada jadi ribuan kejap je...

masuk OAIIIIIIIII RMMMMM....
jarang tu dapat rumah sewa seminggu @ 2 minggu harga RM 10K...
ini gara-gara PILIHAN RAYA DUN GALAS...dulu masa KUALA KRAI...
dengar macam nie juga...REBUT RUMAH
siapa la dapat rezeki puluh ribu dalam masa 2 minggu nie...macam pisang gorang panas la rumah kat sana..harga sewa pun tahap ISTANA MEWAH....
MARI SEWA RUMAH SAYA PULA LA...MURAH JE DALAM RM 20K...hhahaha...

Monday, October 4, 2010

TERBAKAR KERETAKU

TUMPAT - Akibat kereta kehabisan minyak, seorang pemandu melecur disambar api apabila kereta yang dinaiki meletup dan terbakar selepas dia mengisi petrol di dalam tangki kereta itu di hadapan Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi dekat Pasir Pekan di sini, pagi semalam.

Pemandu tersebut, Amiruddin Musa, 35, dari Kampung Kelaboran melecur di lengan dan di kepala ketika cuba menyelamatkan dokumen penting dalam kereta jenis Proton Saga miliknya itu.

Turut terbakar, telefon bimbit serta beg duitnya yang diletakkan di atas kerusi hadapan dan juga geran kereta yang disimpan di bawah kerusi dengan anggaran kerugian RM6,000.

Amirudin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi, dia dalam perjalanan ke Kampung Kutan untuk mengambil kawannya, Azhar untuk tampal tayar motosikal di Kota Bharu.

“Tiba-tiba kereta saya mati kehabisan minyak di hadapan sekolah ini lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Kebetulan saya ada simpan sebotol petrol untuk minyak motosikal saya di bonet belakang, lalu saya mengambilnya untuk mengisi ke dalam tangki kereta ini.

“Tidak sampai dua minit selepas mengisi minyak, tiba-tiba kelihatan api keluar di bahagian depan, sebelum meletup dan terbakar. Dalam keadaan api marak itu, saya cuba keluarkan dokumen penting dalam kereta tetapi gagal apabila tangan saya disambar api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, dia percaya ada lintar pintas berlaku pada keretanya itu.

“Nasib baik saya belum masuk ke dalam kereta lagi, kalau tidak dengan saya sekali ia meletup dan terbakar,” katanya yang bersyukur kerana tidak rentung dan hanya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.

Sementara itu, Ketua Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Tumpat, Ridhuan Harun berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim dan Tumpat dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 9.17 pagi.

sumber : sinar harian

Sunday, October 3, 2010

WANITA DISEBAT DEPAN MASYARAKAT

ACEH - Dua wanita Indonesia disebat di khalayak ramai selepas didapati bersalah menjual makanan semasa Ramadan, Ogos lalu.

Murni Amris, 27, menerima tiga sebatan dan Rukiah Abdullah, 22, menerima dua sebatan di hadapan ratusan orang awam yang berkumpul di perkarangan Masjid Al Munawwarah di Jantho, Aceh Besar, Jumaat lalu.

Kedua-dua wanita itu didapati bersalah melanggar undang-undang Syariah Islam kerana menjual makanan di sebuah gerai pada waktu siang di bulan puasa.

Rukiah ditahan pihak berkuasa semasa menjual makanan di gerai milik Murni.

Undang-undang Syariah mula berkuatkuasa di Aceh pada 2005, menjadikannya salah satu daripada beberapa wilayah di Indonesia yang menggunapakai peraturan Islam itu.

sumber : sinar harian

PENYELESAIAN MAKIN SUKAR


Beberapa kali sahaja rundingan langsung antara rejim Zionis Yahudi dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berlangsung. Kini, rundingan itu terhenti semula apabila pembekuan pembinaan penempatan baru Yahudi selama 10 bulan di Tebing Barat tamat pada akhir September lalu.

Sebagai simbolik penamatan tersebut, orang-orang Yahudi membawa jentolak dan alat-alat lain serta bahan pembinaan bagi merangsang semula pembinaan penempatan baru Yahudi di Tebing Barat yang kini mencapai jumlah 500,000 orang.

Pihak PA memberi syarat tegas tidak akan berkompromi untuk meneruskan rundingan langsung jika rejim Zionis meneruskan penempatan mereka dan meramaikan penduduk Yahudi di Tebing Barat.

Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza dikenal pasti sebagai wilayah PA yang bakal menjadi wilayah Palestin dalam pelan damai yang dibroker jawatankuasa empat penjuru, termasuk Amerika Syarikat (AS), bagi menyelesaikan isu Palestin dengan mewujudkan Negara Palestin beriringan dengan rejim Zionis haram yang telah dilahirkan pada 1948 dengan merampas dua pertiga bumi milik rakyat Palestin.

Tetapi, wilayah-wilayah Palestin ini terus diceroboh dengan penempatan baru Yahudi. Rejim Zionis tidak mempedulikan tentangan antarabangsa terhadap aktiviti penempatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta mencabul perjanjian-perjanjian damai antara rejim Zionis dan Palestin serta negara-negara Arab yang diwakili Liga Arab.

Wilayah-wilayah ini di bawah naungan dan penjajahan rejim Zionis dan kerana itu mereka mampu berbuat apa sahaja. Masyarakat antarabangsa tidak berupaya menyekatnya dan menjadi pengetahuan umum bahawa rejim Zionis tidak pernah tunduk kepada sebarang resolusi yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu Palestin.

AS dan barat sebagai pendukung dan pelindung rejim Zionis menggunakan kuasa pembatal atau veto dalam Majlis Keselamatan bagi menyekat sebarang resolusi yang menyentuh keutuhan dan survival rejim Zionis. Sesiapa atau mana-mana negara yang cuba mencabar rejim Zionis akan menerima padah tindakan AS dan sekutu baratnya. Iran adalah contohnya.

Inilah hakikat yang tidak mudah diselesaikan dan ia menjadi batu penghalang kepada kewajaran sebarang penyelesaian Palestin. AS dan barat bertindak sebagai peguam bela dan pada masa sama menjadi hakim dalam isu Palestin, memberi ruang kepada rejim Zionis mencapai matlamat dan cita-citanya.

Rakyat Palestin sentiasa berada dalam kerugian dalam sebarang perbincangan dengan rejim Zionis. AS dan sekutu barat pula terus mengasak supaya Palestin meneruskan rundingan tanpa sebarang syarat dengan rejim Zionis, walaupun ketika pembinaan penempatan baru terus mengambil tempat. Sepanjang rundingan, setakat ini tiada sesuatu yang konkrit dan berisi dapat dihasilkan yang menyebelahi pihak Palestin.

Kini, dengan jumlah penempatan Yahudi seramai 500,000 di Tebing Barat dan penempatan di Baitulmuqaddis Timur yang sentiasa berkembang, apakah mampu dilakukan oleh Palestin terhadap penduduk Yahudi jika sebuah Negara Palestin akan lahir?

Jumlah penduduk Yahudi yang begitu ramai di wilayah Palestin, akan menjadi duri dalam daging kepada pihak berkuasa Palestin dan ini memberi gambaran negara Palestin sebenarnya satu omong kosong yang sengaja diada-adakan pihak kuasa AS dan barat dalam penerusan agenda mereka di Asia Barat.

Pelan damai untuk mewujudkan negara Palestin sengaja ditimbulkan supaya pihak Palestin sentiasa berada dalam suasana rundingan dengan rejim Zionis sedangkan hakikatnya rejim Zionis tidak mungkin membenarkan sebuah negara Palestin wujud mengikut acuan rakyat Palestin sendiri.

Rejim Zionis mahukan negara Palestin yang bakal wujud mestilah tertakluk kepada kehendak dan acuannya, iaitu berada di bawah naungannya tanpa mempunyai ketumbukan tentera dan sistem pertahanan sendiri dan pelbagai lagi syarat yang tidak mempamerkan ia sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Apakah rakyat Palestin akan menerima hakikat ini? Ia jauh dari kehendak dan keperluan sebuah negara berdaulat dan dalam situasi sebegini tidak akan muncul sebuah negara menjadi idaman rakyat Palestin yang telah berjuang selama lebih enam dekad untuk melepaskan diri dari penjajahan dan penaklukan rejim Zionis.

Apabila terhentinya rundingan langsung yang ditaja AS dan jawatankuasa empat penjuru, maka AS dan sekutunya akan meneruskan usaha secara tidak langsung pula dan ia bagaikan memaksa pihak Palestin kembali ke meja rundingan tanpa sebarang syarat, sementara rejim Zionis meneruskan perluasan penempatan baru Yahudi di wilayah-wilayah yang dimenangi mereka dalam perang 1967.

Terlalu sulit dan rumit untuk mencari penyelesaian Palestin. Ia menjadi bertambah rumit apabila rejim Zionis menambahkan penempatan baru penduduk Yahudi di wilayah-wilayah yang ingin dijadikan wilayah bumi negara Palestin.

Isu ibu negara Palestin dan ibu negara rejim Zionis dan hak untuk rakyat Palestin yang menjadi pelarian untuk kembali ke bumi Palestin adalah isu-isu kritikal yang kelihatan tidak ada jalan penyelesaiannya.

Ibu negara Palestin ialah Baitulmuqaddis Timur dan ibu negara rejim Zionis ialah seluruh Baitulmuqaddis. Mana mungkin ada penyelesaian dan dalam keadaan serumit ini tentulah gendang perang akan dipukul oleh kedua pihak. Hak untuk rakyat Palestin kembali dinafikan dan ini tentu menyulitkan proses perdamaian.

Isu-isu yang menyangkut Palestin hampir mustahil untuk dicari penyelesaian. Ia ditambah pula dengan isu penempatan baru Yahudi ,menjadikan penyelesaian Palestin bagaikan tidak ada jalan keluar yang munasabah untuk dicari.

Penambahan penduduk Yahudi di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis Timur sengaja dicipta oleh rejim Zionis untuk menambahkan halangan sedia ada bagi menggagalkan usaha mewujudkan sebuah negara Palestin sebagaimana terkandung dalam pelan damai.

Di samping halangan-halangan berkenaan yang sangat sukar untuk mencari penyelesaiannya, status Mesjid Al-Aqsa dan pelbagai tempat suci di persekitaran Baitulmuqaddis tidak dapat dirundingkan dan tiada kompromi. Ia lebih mengundang persengketaan dari perdamaian. Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis bagi umat Islam adalah benteng iman dan takwa yang tidak dapat dikompromikan.

*Penulis Ialah Perunding Media Di Kuala Lumpur.

sumber : sinar harian
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESENANGAN BAGI MENYELESAIKAN KEKUSUTAN DI PALESTIN...DIDATANGKAN KEMERDEKAAN UNTUK ORANG ISLAM..JAUH DARI KESEKSAAN KEPADA KANAK-KANAK KECIL DAN MASYARAKAT ORANG ISLAM... amin

MUTIARA KATA


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu, Maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

kata Saidina Ali:

"Sifat pemarah adalah musuh utama akal"

ANTARA JAHIL DAN BERBOHONG



Dua bulan lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disoal pelajar mengenai kedudukan darurat di Malaysia. Soalan itu dikemukakan dalam satu persidangan dianjurkan sebuah kesatuan pelajar kita yang sedang menuntut di United Kingdom. Menurut seorang peserta yang kemudiannya menghubungi saya, Hishammuddin berkata, darurat itu sudah tidak wujud dan tidak timbul soal sesiapa boleh ditahan di bawah undang-undang darurat.

Jawapan itu memeranjatkan saya kerana ia tidak betul. Ada dua keadaan sahaja yang boleh saya fikir berhubung dengan jawapan menteri berkenaan; yakni sama ada beliau jahil atau beliau berbohong dengan pelajar-pelajar itu. Saya rasa lebih baik saya kategorikan beliau dalam kumpulan pertama kerana kalau saya letakkan beliau dalam kumpulan kedua lebih teruk kesannya kepada beliau. Ini kerana Hishammuddin ialah anggota pentadbiran kerajaan.

Mungkin ada yang bertanya: sebagai seorang peguam takkanlah Hishammuddin tidak tahu undang-undang? Jawapan saya ialah pengetahuan manusia tidak sempurna. Kita tidak tahu semua benda. Seorang peguam terpaksa membuat pengkhususan dan setahu saya menteri itu bukan seorang yang terlibat dengan isu-isu perlembagaan sewaktu beliau mengamalkan undang-undang sebelum menyertai politik. Selain itu beliau belajar undang-undang di England dan pastinya tidak belajar undang-undang perlembagaan kita. Seperti yang kita maklum Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis dan peruntukannya cukup banyak. Dan mengelirukan pula.

Undang-undang mengenai darurat ketika ini diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini kuasa mengisytiharkan darurat terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Secara umum, dan setakat yang berlaku, baginda bertindak di atas nasihat kerajaan.

Apa maksud dan kesan darurat di sisi undang-undang? Sebagaimana yang kita faham tentang perkataan ‘darurat’ itu sendiri ia membawa maksud huru-hara yang ekstrem dan apa-apa yang biasanya tidak boleh dilakukan menjadi harus. Di sisi perlembagaan apabila darurat diisytiharkan maka perlembagaan, sebahagian besarnya, boleh digantung dan dilanggar oleh kerajaan atau Parlimen. Ketika ini kerajaan, bukan sahaja Parlimen, boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke Parlimen. Ia juga boleh mengambil alih pentadbiran negeri.

Demikianlah dahsyatnya implikasi darurat kepada struktur perlembagaan. Pada hakikatnya darurat ialah sejenis mekanisme untuk menggantung perlembagaan. Walaupun ada hal-hal yang dikecualikan, contohnya perkara-perkara berhubung dengan Islam, adat istiadat Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, ini semua bukanlah sesuatu yang utama dalam konteks demokrasi dan pentadbiran buat masa ini.

Berbalik kepada soalan para pelajar tadi sebenarnya Malaysia masih lagi berada di dalam kerangka darurat. Ini kerana perisytiharan-perisytiharan darurat yang dibuat sebelum ini, khususnya yang dibuat pada 1964 dan 1969, masih belum ditarik balik. Undang-undang yang dibuat di bawah perisytiharan itu juga masih berkuat kuasa. Ertinya undang-undang itu masih boleh digunakan. Salah satu daripada undang-undang itu ada digunakan di dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari Kabinet dan UMNO pada 1998.

Nampaknya ramai menteri – termasuk mereka yang berkelulusan undang-undang – tidak sedar akan kedudukan yang saya sebutkan itu. Tetapi walau apa pun undang-undang yang ada itu sering digunakan oleh kerajaan. Malahan apabila mereka tersepit dalam soal royalti minyak pun mereka gunakan undang-undang darurat untuk menepisnya.

Saya harap para pemimpin Pakatan Rakyat sedar dan tahu masalah yang sedang kita hadapi ini. Saya yakin Barisan Nasional tidak akan berbuat apa-apa. Mereka telah dan akan terus mempertahankan darurat yang amat berguna buat mereka ini. Sebagaimana mereka mempertahankan ISA dan Auku. Apa yang Pakatan perlu lakukan? Jika mereka menang dalam PRU yang akan datang mereka perlu nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat yang masih hidup dan bernyawa itu.

Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah mengkritik Perisytiharan Darurat 1969 yang turut menyumbang dalam penyingkirannya. Beliau juga membayangkan bahawa Raja-Raja tidak selesa dengan apa yang berlaku. Ini bermakna ada begitu banyak alasan mengapa perisytiharan darurat yang mengerikan itu tidak harus dikekalkan.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama 21 tahun

sumber : sinar harian

AKU TIDAK BOLEH BERKATA APA....
DUA-DUA CERDIK PANDAI.....
DUA2 BELAJAR UNDANG-UNDANG....

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.