widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, August 31, 2010

PELUANG PERKERJAAN - JAWATAN KOSONG MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

HJAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik. BIDANG /SUBJEK :

 Bahasa Melayu  Ekonomi  Bahasa Inggeris  Money & Banking  Bimbingan & Kaunseling  Undang – undang  Biologi  Pengurusan & Perniagaan  Fizik  Pemasaran  Kimia  Mandarin  Matematik  Keusahawanan @ Enterpreneurship  Pendidikan Jasmani & Kesihatan  Logistik  Pendidikan Islam & Tahfiz  Kemahiran Hidup  Perakaunan  Geografi  Sains Komputer  Media  Sejarah/Sivik

A. SYARAT LANTIKAN
Calon- calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

c. Kelayakan

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM 1967.20)

d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e. Calon-calon yang tidak memiliki Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/ Kontrak atas lantikan Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan jawatan atau subjek yang dipohon.

B. TARAF JAWATAN:
Tetap / Sementara / Kontrak

C. CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.

sumbar : Majlis Amanah Rakyat

BEGINIKAH BALASAN ORANG YANG MENOLONG????



Rumah jurutera warga Malaysia di Indonesia dilempar batu

JAKARTA - Rumah seorang jurutera Malaysia dilempari batu besar dalam tindakan usir atau 'sweeping rakyat Malaysia' oleh sekumpulan lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad lalu.

Difahamkan dalam insiden jam 2 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pelekat di baju dengan tulisan 'Ganyang Malaysia' telah membaling seketul batu besar ke arah jurutera berkenaan yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan setelah mendengar bunyi bising di luar rumah.

Mereka menjeritkan kata-kata “You Malaysia balik!”

Jurutera berusia 60 tahun itu bagaimanapun sempat menutup pintu banglonya sebelum batu berkenaan menghentam pintu itu.

Beberapa anggota polis yang menyedari kejadian itu berjaya menghalang kumpulan lelaki berkenaan daripada memanjat pagar rumah itu untuk masuk dan melakukan tindakan lebih ganas.

Akibat kejadian itu, jurutera berkenaan kini dalam keadaan trauma dan meminta pihak syarikatnya membenarkan beliau pulang ke Malaysia lebih awal daripada jadual tugasnya di sana.

Semasa kejadian, beliau tinggal bersendirian di rumah itu kerana isterinya sudah dihantar pulang ke Malaysia.

Pihak syarikat ladang berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Pihak polis dikatakan telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden itu, namun belum ada sebarang maklumat bahawa mereka ditahan.

Difahamkan kumpulan lelaki itu mencari rakyat Malaysia di ladang berkenaan sejak Sabtu lalu, dalam aksi sweeping mereka, tetapi hanya menemui jurutera itu pada Ahad lalu. - Bernama

sumber : sinar harian

HADIAH YANG PALING BESAR YANG MANA BELUM MENGETAHUI



"Dimulai Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pernyayang" Sepuloh Surah Mujarab Dari Nabi Muhammad SAW

1. SURAH AL FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

PETUA SUPAYA ANAK BIJAK

Petua Yahudi Untuk Mendapatkan anak Yang Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

JAWATAN KOSONG MARA LINER


[Sebuah Projek Majlis Amanah Rakyat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah KKLW]


JAWATAN KOSONG


MARA Liner sebuah projek MARA yang sedang berkembang pesat pada masa ini melalui rangkaian perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres menawarkan kepada WARGANEGARA MALAYSIA untuk mengisi kekosangan jawatan-jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:


1. Penolong Penyelia - Gred N11

2. Pemandu - Gred R3

3. Mekanik - Gred R11


KELAYAKAN


JAWATAN 1


1. Memiliki sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dengan kepujian Bahasa Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


JAWATAN 2


1. Tamat Tingkatan 3 di peringkat Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan

2. Memiliki Lesen E serta Lesen Perkhidmatan Awam )PSV) pemandu


JAWATAN 3


1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu dan Dua


FAEDAH DAN KEMUDAHAN


Gaji pokok bulanan tetap tidak termasuk elaun:


JAWATAN 1 – RM 709.59 – RM 1,750.21 Sebulan

JAWATAN 2 – RM 823.94 – RM 1,354.86 Sebulan

JAWATAN 3 – RM 892.54 – RM 1,647.28 Sebulan


- Kenaikan gaji Tahunan - skim Insuran Perlindungan Diri

- Imbuhan Tahunan - Cuti Tahunan

- Ganjaran - Panel Klinik

- Caruman KWSP/PERKESO - Pakaian Seragam Percuma

- Kemudahan Perubatan dan Hospital - Skim Khairat


Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Kenderaan MARA dan di Pejabat-Pejabat Projek MARA Liner. Sila sertakan sijil, lesen dan lesen PSV yang telah disahkan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Borang permohonan yang lengkaphendaklah dikemukakan ke alamat berikut :


Unit Sumber Manusia

Bahagian Kenderaan MARA

Tingkat 6, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

Tel : 03-26915111 sambungan 3363/3369 No. Faks : 03-26912925


sumbar : MARA

Sunday, August 29, 2010

Saturday, August 28, 2010

KASIH SAYANG @ KERJA ..????

Renungan : kasih sayang atau kerja
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni " Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ... ."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:

Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan
yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Kisah Pokok Epal ?????

KISAH POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehatlalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.


"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.*


* CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

JIKA ISTERI MENANGIS..apa perlu buat??????

Jika isteri menangis dihadapanmu,
“Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.

KASIH SAYANG HAIWAN SESAMANYA



tegok sampai habis...seekor harimau bintang menjaga seekor anak babun yang kematian ibunya...kasih sayang sessama haiwan..MANUSIA MACAM MANA PULA???

PESAN DUIT SERINGGIT



Dengan pesan ini untuk jimat .....

PUTIANAK ..hahahhahaha




TEGOK...HANTU LAWAK NIE..huhuh

ABANG JAHANAM HIDUPKU??

KOTA BHARU – Bukan sekali, tetapi didakwa berkali-kali tubuh mereka diratah abang kandung sendiri yang hanya untuk melepaskan nafsu serakah yang bermaharajalela dalam diri.

Itulah nasib malang yang menimpa lima adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia 5 hingga 16 tahun dari Kampung Saadur, Tawang, Bachok.

Lebih malang lagi, adik bongsu mereka yang berusia lima tahun juga turut menjadi mangsa.

Mereka bukan sahaja mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral secara bergilir-gilir, tetapi juga diugut bunuh sekiranya rahsia itu dibongkar.

Tidak tahan dengan sikap abang yang durjana itu tiga daripada lima beradik yang berusia 5, 14, dan 16 tahun itu tekad melarikan diri ketika umat Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menyediakan juadah berbuka puasa kira-kira jam 2.10 petang kelmarin, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketiga-tiga beradik ini ditemui dalam keadaan trauma dan kebuluran di Masjid Kedai Lalat Kota Bharu oleh penduduk kampung dan mereka kemudiannya dibawa ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Mat Rani Ibrahim kira-kira jam 8 malam, semalam.

Salah seorang daripada mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah menceritakan detik tragis itu dengan mendakwa dia dan kakaknya dirogol sejak 7 tahun lalu.

Katanya, sikap kejam abangnya yang juga seorang penagih dan kaki botol itu sampai ke kemuncak apabila dia turut merogol adik bongsunya yang berusia lima tahun di hadapan mereka sendiri. Lebih memilukan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan abangnya.

“Abang saya merogol adik bongsu saya tahun lalu di depan mata kami sendiri. Saya cuba menghalang tetapi dia bertindak ganas dengan memukul saya kembali. Akibatnya saya dan kakak hanya mampu melihat sahaja perbuatan abang itu.

“Kakak saya dirogol abang ketika dia berusia 9 tahun dan ketika itu abang saya baru berusia 11 tahun. Saya sendiri hampir 20 kali dirogol. Begitu juga dengan tiga lagi adik saya yang berusia 12, 10 dan 5 tahun. Mereka semua menjadi mangsa nafsu serakah abang,” katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Tidak cukup dengan sikap abang yang tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi keselamatan mereka adik-beradik juga terancam kerana bapanya adalah seorang penagih dan kaki botol yang tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan di kedai makan berhampiran rumahnya dengan upah RM10 sehari selepas pulang dari sekolah bagi mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

Turut memeranjatkan wang itu juga terpaksa dikongsi dengan bapanya yang sering memeras wang tersebut untuk membeli arak.

Katanya, dia tidak tahan dengan beban yang tanggung sekian lama lantas nekad membuat laporan polis minggu lalu berhubung kes tersebut dan kini abangnya yang digelar ‘abang setan’ itu ditahan di lokap Balai Polis Tawang, Bachok.

Tepat jam 1 pagi semalam, ketiga-tiga beradik ini dibawa ke balai polis binjai sebelum diserahkan kepada balai polis daerah Bachok untuk siasatan lanjut dan diberikan perlindungan sementara.

Sementara itu, Deputi Superintendan Yahya Salleh ketika ditemui berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kes terbabit dan kini siasatan mengenainya sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Sesyen 376 kanun keseksaan.

Salah seorang ahli keluarga terdekat yang ditemui di Kampung Wakaf Aik, Rohaya Mamat, 58, berkata, ketiga-tiga beradik itu pernah beberapa kali cuba melarikan diri kerana tidak tahan dengan perangai barang ayah mereka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka pernah lari ke rumah ibu saudara di Tanah Merah sebelum Ramandan, bagaimanapun dihantar kembali ke sini.

“Saya tidak tahu kes rogol berkenaan, tetapi kalau mereka kena pukul memang saya sedia maklum kerana ada datang mengadu kena pukul dengan ayahnya,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Rohaya berkata, sebelum ini beliau dan suami tinggal bersebelahan dengan rumah tiga beradik itu, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan dengan perangai abang sulung adik-beradik tersebut yang sangat nakal.

Beliau berkata, lelaki kepada tiga beradik itu seorang penagih dadah dan selalu mencuri barangan di atas rumahnya, sehingga menyebabkan beliau takut serta nekad untuk berpindah.

Menurutnya, tengah hari semalam, ayah tiga beradik itu datang ke rumah mencari anak-anak mereka yang dikatakan hilang.

“Memang saya akui, ayah dan anak sama-sama penagih dan anak-anak perempuan mereka selalu kena pukul,” katanya.

Jiran mereka, Aminah Dollah, 50, berkata, jerit pekik lima beradik itu sentiasa didengari dan ia perkara biasa.

Beliau berkata, mereka selalu dipukul ayah mereka dan ada kalanya ayah mereka berkata ingin memukul anak-anaknya hingga mati.

Aminah ketika ditemui tidak mengetahui mengenai kes rogol terhadap adik-beradik itu dan hanya mengetahui mereka semua sering dipukul saja.

“Kali terakhir saya berjumpa budak-budak itu pada tengah hari dan kata mereka hendak ke Sering untuk mengambil salah seorang adiknya pulang dari sekolah.

“Sehingga itu saya tidak melihat lagi kelibat adik-beradik tersebut, yang saya jumpa ialah ibu mereka yang bekerja di salah sebuah pasar raya di Kota Bharu yang keluar pagi dan hanya pulang lewat malam pada setiap hari,’’ katanya.

Sementara itu, Imam Muda Mukim Senak, Abu Hassan Abdul Hamid, 51, berkata, beliau sangat terkejut dengan berita tersebut dan tidak mengetahuinya.

“Lagipun keluarga itu baru berpindah ke sini tiga tahun lalu, dan ayah mereka sangat ramah dengan orang kampung,” katanya.

sumber : sinar kelate
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.