widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, December 22, 2010

PERINGATAN....JANGAN KETUK?


JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang
mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung
sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila
kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan
menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga
apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki
supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak
tertumpah.

Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung
tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel
dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya
api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran
pula yang terjadi.

Dinasihatkan :-

Jangan ketuk, tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan
minyak telah berhenti mengalir.

1 comment:

Peguam Bisaya said...

wahh3x!! aye stuju!!! betol3x!!

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.