widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, November 9, 2010

CHENG HO EXPO & KELANTAN-CHINA INTERNATIONAL TRADE FAIR 2010

Salam,

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MITI , MIDA, DPMM, DPCM, DPIM dan RTM akan menganjurkan CHENG HO EXPO & KELANTAN-CHINA INTERNATIONAL TRADE FAIR 2010, yang akan berlangsung pada 21 hingga 26 November 2010 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

Pameran/Expo ini bertujuan mewujudkan platform peluang perniagaan dan pelaburan kepada peserta dan pengunjung, tempatan dan antarabangsa berlatarbelakangkan pelayaran Laksamana Cheng Ho sebagai contoh mewujudkan kerjasama perniagaan dan hubungan diplomatik di antara negara.

Adalah dijangkakan tidak kurang dari 15 negara pemamer dari serata dunia akan menyertai pameran/expo ini, dimana 200 booth adalah pemamer dari negara China dan dianggarkan 360 pemamer dalam negara/negeri.

Harga booth yang berhawa dingin ( 10' X 10' ) Margue Tent, adalah RM 2,000.00 ( International & Local )
Harga booth biasa (10' X 10') Arabian Canopy, adalah RM500.00 ( Local Sahaja )

MARA Negeri Kelantan telah ditawarkan oleh penganjur satu Margue Tent yang mempunyai platform ( tidak berhawa dingin) yang boleh menampung sebanyak 40 buah booth.(10' X 10')
dan pihak kami bersetuju untuk menerima penyertaan dari mana-mana usahawan dari negeri tuan/puan untuk menyertai booth MARA Kelantan pada kadar hanya RM400.00 setiap booth
dan terhad kepada 20 buah booth sahaja kerana selebihnya kami akan tawarkan kepada usahawan MARA Kelantan.

Tarikh akhir permohonan adalah sebelum 15 November 2010.

Kerjasama dari tuan/puan untuk menghebahkan kepada usahawan negeri tuan/puan yang berminat adalah sangat di hargai.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PUSMA Kelantan di talian 09- 7482091, 09 7443806 dan 09 741 9158
atau hubungi telefon tangan En Sham 013 9204746.


Terima kasih

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.