widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label kerja kosong. Show all posts
Showing posts with label kerja kosong. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

JAWATAN KOSONG GLOCAL LINK

JAWATAN KOSONG GLOCAL LINK ANAK SYARIKAT
MAJLIS AMANAH RAKYAT....
NAK MEMOHON BOLEH RUJUK PADA PIC TERSEBUT....
ALAMAT DIA :-

GLOCAL LINK (M) SDN. BHD
A2-2-01, Solaris Dutamas
No 1 Jalan Dutamas 1
Solaris Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tuesday, August 31, 2010

PELUANG PERKERJAAN - JAWATAN KOSONG MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

HJAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik. BIDANG /SUBJEK :

 Bahasa Melayu  Ekonomi  Bahasa Inggeris  Money & Banking  Bimbingan & Kaunseling  Undang – undang  Biologi  Pengurusan & Perniagaan  Fizik  Pemasaran  Kimia  Mandarin  Matematik  Keusahawanan @ Enterpreneurship  Pendidikan Jasmani & Kesihatan  Logistik  Pendidikan Islam & Tahfiz  Kemahiran Hidup  Perakaunan  Geografi  Sains Komputer  Media  Sejarah/Sivik

A. SYARAT LANTIKAN
Calon- calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

c. Kelayakan

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM 1967.20)

d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e. Calon-calon yang tidak memiliki Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/ Kontrak atas lantikan Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan jawatan atau subjek yang dipohon.

B. TARAF JAWATAN:
Tetap / Sementara / Kontrak

C. CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.

sumbar : Majlis Amanah Rakyat

JAWATAN KOSONG MARA LINER


[Sebuah Projek Majlis Amanah Rakyat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah KKLW]


JAWATAN KOSONG


MARA Liner sebuah projek MARA yang sedang berkembang pesat pada masa ini melalui rangkaian perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres menawarkan kepada WARGANEGARA MALAYSIA untuk mengisi kekosangan jawatan-jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:


1. Penolong Penyelia - Gred N11

2. Pemandu - Gred R3

3. Mekanik - Gred R11


KELAYAKAN


JAWATAN 1


1. Memiliki sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dengan kepujian Bahasa Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


JAWATAN 2


1. Tamat Tingkatan 3 di peringkat Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan

2. Memiliki Lesen E serta Lesen Perkhidmatan Awam )PSV) pemandu


JAWATAN 3


1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu dan Dua


FAEDAH DAN KEMUDAHAN


Gaji pokok bulanan tetap tidak termasuk elaun:


JAWATAN 1 – RM 709.59 – RM 1,750.21 Sebulan

JAWATAN 2 – RM 823.94 – RM 1,354.86 Sebulan

JAWATAN 3 – RM 892.54 – RM 1,647.28 Sebulan


- Kenaikan gaji Tahunan - skim Insuran Perlindungan Diri

- Imbuhan Tahunan - Cuti Tahunan

- Ganjaran - Panel Klinik

- Caruman KWSP/PERKESO - Pakaian Seragam Percuma

- Kemudahan Perubatan dan Hospital - Skim Khairat


Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Kenderaan MARA dan di Pejabat-Pejabat Projek MARA Liner. Sila sertakan sijil, lesen dan lesen PSV yang telah disahkan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Borang permohonan yang lengkaphendaklah dikemukakan ke alamat berikut :


Unit Sumber Manusia

Bahagian Kenderaan MARA

Tingkat 6, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

Tel : 03-26915111 sambungan 3363/3369 No. Faks : 03-26912925


sumbar : MARA

Sunday, August 22, 2010

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

SENARAI JAWATAN KOSONG
Tambah Video
Sila klik jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat.
1. AHLI FOTOGRAFI B11
2. JURUSOLEK B11
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11
4. PEKERJA AWAM R1
5. PEKERJA AWAM KHAS R3
6. PEMANDU KENDERAAN R3
7. PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1
8. PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3
9. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
10. TUKANG K2 R11
11. TUKANG K3 (KAYU / JAHIT) R9
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - Tiada Tarikh Tutup Permohonan (Sistem Mengisi Sepanjang Masa).
Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan.

Sumber : Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.