widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label BERITA Sinar Harian Kelantan. Show all posts
Showing posts with label BERITA Sinar Harian Kelantan. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

DUA DAS TEMBAKAN MENGENA !!!!!!!!



TUMPAT - Seorang lelaki mati manakala anak saudaranya cedera parah selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kastam ketika mempertahan dirinya dalam satu pergelutan di pintu pagar Hospital Tumpat, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, mangsa terbabit, Said Mat Hassan, 56, dari Kampung Bendang Pak Yong meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Tumpat selepas mangsa dibawa oleh empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, mangsa (Said) yang Justify Fullmenaiki sebuah kereta Perodua Kancil terserempak dengan anggota UPP yang berpakaian preman menaiki pacuan empat roda ketika mereka menjalankan tugas rondaan penyeludupan.

Menurutnya, anggota UPP mengekori kereta mangsa kerana mengesyaki lelaki terbabit membawa barangan seludup dan berjaya menahan di Kampung Wakaf King untuk pemeriksaan.

Katanya, sebaik tiga anggota UPP keluar dari kenderaannya untuk menahan lelaki terbabit, kelihatan mulutnya berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit, anggota UPP turut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Selepas menghantar lelaki terbabit ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat, empat anggota UPP keluar dan minum di sebuah kedai yang terletak di hadapan Hospital ini.

“Tiba-tiba anggota UPP didatangi lima kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli keluarga lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan lelaki tersebut kemudiannya bertindak menyerang anggota UPP dengan menggunakan cota tetapi tiga daripada anggota UPP sempat melarikan diri.

Abdul Rahim berkata, manakala seorang lagi anggota yang tidak sempat melarikan diri, demi mempertahankan dirinya, telah bertindak melepaskan dua das tembakan dan mengena ke arah seorang anak saudara mangsa, Ahmad Nazamuddin Mohamad, 19, di hadapan Pondok pengawal Hospital Tumpat, kira-kira jam 9.20 pagi.

Katanya, remaja terbabit terkena tembakan di dada dan perut dan terus mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan sudah stabil.

Menurutnya, anggota UPP tersebut yang berpangkat Pegawai Kastam UPP Pengkalan Kubor berumur 29 tahun turut cedera di kepala dan muka selepas diserang oleh sekumpulan lelaki terbabit, sudah dibenarkan pulang sebaik menerima rawatan di Hospital Tumpat.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada anggota UPP terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kita juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata api dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu, kenderaan UPP turut mengalami kerosakan dipercayai dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

Sementara itu, seorang saksi yang berusia 30-an berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di dalam pondok kawalan dan hanya menyedari selepas terdengar dua das tembakan.

“Saya bergegas keluar dan mendapati seorang remaja berlumuran darah sambil berlari masuk ke dalam Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan. Sebelum itu, saya ternampak lima kereta memecut masuk ke kawasan hospital dan terdengar suara yang bising,” katanya.

rujukan : Sinar harian

Sunday, October 3, 2010

PENYELESAIAN MAKIN SUKAR


Beberapa kali sahaja rundingan langsung antara rejim Zionis Yahudi dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berlangsung. Kini, rundingan itu terhenti semula apabila pembekuan pembinaan penempatan baru Yahudi selama 10 bulan di Tebing Barat tamat pada akhir September lalu.

Sebagai simbolik penamatan tersebut, orang-orang Yahudi membawa jentolak dan alat-alat lain serta bahan pembinaan bagi merangsang semula pembinaan penempatan baru Yahudi di Tebing Barat yang kini mencapai jumlah 500,000 orang.

Pihak PA memberi syarat tegas tidak akan berkompromi untuk meneruskan rundingan langsung jika rejim Zionis meneruskan penempatan mereka dan meramaikan penduduk Yahudi di Tebing Barat.

Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza dikenal pasti sebagai wilayah PA yang bakal menjadi wilayah Palestin dalam pelan damai yang dibroker jawatankuasa empat penjuru, termasuk Amerika Syarikat (AS), bagi menyelesaikan isu Palestin dengan mewujudkan Negara Palestin beriringan dengan rejim Zionis haram yang telah dilahirkan pada 1948 dengan merampas dua pertiga bumi milik rakyat Palestin.

Tetapi, wilayah-wilayah Palestin ini terus diceroboh dengan penempatan baru Yahudi. Rejim Zionis tidak mempedulikan tentangan antarabangsa terhadap aktiviti penempatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta mencabul perjanjian-perjanjian damai antara rejim Zionis dan Palestin serta negara-negara Arab yang diwakili Liga Arab.

Wilayah-wilayah ini di bawah naungan dan penjajahan rejim Zionis dan kerana itu mereka mampu berbuat apa sahaja. Masyarakat antarabangsa tidak berupaya menyekatnya dan menjadi pengetahuan umum bahawa rejim Zionis tidak pernah tunduk kepada sebarang resolusi yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu Palestin.

AS dan barat sebagai pendukung dan pelindung rejim Zionis menggunakan kuasa pembatal atau veto dalam Majlis Keselamatan bagi menyekat sebarang resolusi yang menyentuh keutuhan dan survival rejim Zionis. Sesiapa atau mana-mana negara yang cuba mencabar rejim Zionis akan menerima padah tindakan AS dan sekutu baratnya. Iran adalah contohnya.

Inilah hakikat yang tidak mudah diselesaikan dan ia menjadi batu penghalang kepada kewajaran sebarang penyelesaian Palestin. AS dan barat bertindak sebagai peguam bela dan pada masa sama menjadi hakim dalam isu Palestin, memberi ruang kepada rejim Zionis mencapai matlamat dan cita-citanya.

Rakyat Palestin sentiasa berada dalam kerugian dalam sebarang perbincangan dengan rejim Zionis. AS dan sekutu barat pula terus mengasak supaya Palestin meneruskan rundingan tanpa sebarang syarat dengan rejim Zionis, walaupun ketika pembinaan penempatan baru terus mengambil tempat. Sepanjang rundingan, setakat ini tiada sesuatu yang konkrit dan berisi dapat dihasilkan yang menyebelahi pihak Palestin.

Kini, dengan jumlah penempatan Yahudi seramai 500,000 di Tebing Barat dan penempatan di Baitulmuqaddis Timur yang sentiasa berkembang, apakah mampu dilakukan oleh Palestin terhadap penduduk Yahudi jika sebuah Negara Palestin akan lahir?

Jumlah penduduk Yahudi yang begitu ramai di wilayah Palestin, akan menjadi duri dalam daging kepada pihak berkuasa Palestin dan ini memberi gambaran negara Palestin sebenarnya satu omong kosong yang sengaja diada-adakan pihak kuasa AS dan barat dalam penerusan agenda mereka di Asia Barat.

Pelan damai untuk mewujudkan negara Palestin sengaja ditimbulkan supaya pihak Palestin sentiasa berada dalam suasana rundingan dengan rejim Zionis sedangkan hakikatnya rejim Zionis tidak mungkin membenarkan sebuah negara Palestin wujud mengikut acuan rakyat Palestin sendiri.

Rejim Zionis mahukan negara Palestin yang bakal wujud mestilah tertakluk kepada kehendak dan acuannya, iaitu berada di bawah naungannya tanpa mempunyai ketumbukan tentera dan sistem pertahanan sendiri dan pelbagai lagi syarat yang tidak mempamerkan ia sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Apakah rakyat Palestin akan menerima hakikat ini? Ia jauh dari kehendak dan keperluan sebuah negara berdaulat dan dalam situasi sebegini tidak akan muncul sebuah negara menjadi idaman rakyat Palestin yang telah berjuang selama lebih enam dekad untuk melepaskan diri dari penjajahan dan penaklukan rejim Zionis.

Apabila terhentinya rundingan langsung yang ditaja AS dan jawatankuasa empat penjuru, maka AS dan sekutunya akan meneruskan usaha secara tidak langsung pula dan ia bagaikan memaksa pihak Palestin kembali ke meja rundingan tanpa sebarang syarat, sementara rejim Zionis meneruskan perluasan penempatan baru Yahudi di wilayah-wilayah yang dimenangi mereka dalam perang 1967.

Terlalu sulit dan rumit untuk mencari penyelesaian Palestin. Ia menjadi bertambah rumit apabila rejim Zionis menambahkan penempatan baru penduduk Yahudi di wilayah-wilayah yang ingin dijadikan wilayah bumi negara Palestin.

Isu ibu negara Palestin dan ibu negara rejim Zionis dan hak untuk rakyat Palestin yang menjadi pelarian untuk kembali ke bumi Palestin adalah isu-isu kritikal yang kelihatan tidak ada jalan penyelesaiannya.

Ibu negara Palestin ialah Baitulmuqaddis Timur dan ibu negara rejim Zionis ialah seluruh Baitulmuqaddis. Mana mungkin ada penyelesaian dan dalam keadaan serumit ini tentulah gendang perang akan dipukul oleh kedua pihak. Hak untuk rakyat Palestin kembali dinafikan dan ini tentu menyulitkan proses perdamaian.

Isu-isu yang menyangkut Palestin hampir mustahil untuk dicari penyelesaian. Ia ditambah pula dengan isu penempatan baru Yahudi ,menjadikan penyelesaian Palestin bagaikan tidak ada jalan keluar yang munasabah untuk dicari.

Penambahan penduduk Yahudi di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis Timur sengaja dicipta oleh rejim Zionis untuk menambahkan halangan sedia ada bagi menggagalkan usaha mewujudkan sebuah negara Palestin sebagaimana terkandung dalam pelan damai.

Di samping halangan-halangan berkenaan yang sangat sukar untuk mencari penyelesaiannya, status Mesjid Al-Aqsa dan pelbagai tempat suci di persekitaran Baitulmuqaddis tidak dapat dirundingkan dan tiada kompromi. Ia lebih mengundang persengketaan dari perdamaian. Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis bagi umat Islam adalah benteng iman dan takwa yang tidak dapat dikompromikan.

*Penulis Ialah Perunding Media Di Kuala Lumpur.

sumber : sinar harian
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESENANGAN BAGI MENYELESAIKAN KEKUSUTAN DI PALESTIN...DIDATANGKAN KEMERDEKAAN UNTUK ORANG ISLAM..JAUH DARI KESEKSAAN KEPADA KANAK-KANAK KECIL DAN MASYARAKAT ORANG ISLAM... amin

MUTIARA KATA


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu, Maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

kata Saidina Ali:

"Sifat pemarah adalah musuh utama akal"

ANTARA JAHIL DAN BERBOHONG



Dua bulan lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disoal pelajar mengenai kedudukan darurat di Malaysia. Soalan itu dikemukakan dalam satu persidangan dianjurkan sebuah kesatuan pelajar kita yang sedang menuntut di United Kingdom. Menurut seorang peserta yang kemudiannya menghubungi saya, Hishammuddin berkata, darurat itu sudah tidak wujud dan tidak timbul soal sesiapa boleh ditahan di bawah undang-undang darurat.

Jawapan itu memeranjatkan saya kerana ia tidak betul. Ada dua keadaan sahaja yang boleh saya fikir berhubung dengan jawapan menteri berkenaan; yakni sama ada beliau jahil atau beliau berbohong dengan pelajar-pelajar itu. Saya rasa lebih baik saya kategorikan beliau dalam kumpulan pertama kerana kalau saya letakkan beliau dalam kumpulan kedua lebih teruk kesannya kepada beliau. Ini kerana Hishammuddin ialah anggota pentadbiran kerajaan.

Mungkin ada yang bertanya: sebagai seorang peguam takkanlah Hishammuddin tidak tahu undang-undang? Jawapan saya ialah pengetahuan manusia tidak sempurna. Kita tidak tahu semua benda. Seorang peguam terpaksa membuat pengkhususan dan setahu saya menteri itu bukan seorang yang terlibat dengan isu-isu perlembagaan sewaktu beliau mengamalkan undang-undang sebelum menyertai politik. Selain itu beliau belajar undang-undang di England dan pastinya tidak belajar undang-undang perlembagaan kita. Seperti yang kita maklum Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis dan peruntukannya cukup banyak. Dan mengelirukan pula.

Undang-undang mengenai darurat ketika ini diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini kuasa mengisytiharkan darurat terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Secara umum, dan setakat yang berlaku, baginda bertindak di atas nasihat kerajaan.

Apa maksud dan kesan darurat di sisi undang-undang? Sebagaimana yang kita faham tentang perkataan ‘darurat’ itu sendiri ia membawa maksud huru-hara yang ekstrem dan apa-apa yang biasanya tidak boleh dilakukan menjadi harus. Di sisi perlembagaan apabila darurat diisytiharkan maka perlembagaan, sebahagian besarnya, boleh digantung dan dilanggar oleh kerajaan atau Parlimen. Ketika ini kerajaan, bukan sahaja Parlimen, boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke Parlimen. Ia juga boleh mengambil alih pentadbiran negeri.

Demikianlah dahsyatnya implikasi darurat kepada struktur perlembagaan. Pada hakikatnya darurat ialah sejenis mekanisme untuk menggantung perlembagaan. Walaupun ada hal-hal yang dikecualikan, contohnya perkara-perkara berhubung dengan Islam, adat istiadat Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, ini semua bukanlah sesuatu yang utama dalam konteks demokrasi dan pentadbiran buat masa ini.

Berbalik kepada soalan para pelajar tadi sebenarnya Malaysia masih lagi berada di dalam kerangka darurat. Ini kerana perisytiharan-perisytiharan darurat yang dibuat sebelum ini, khususnya yang dibuat pada 1964 dan 1969, masih belum ditarik balik. Undang-undang yang dibuat di bawah perisytiharan itu juga masih berkuat kuasa. Ertinya undang-undang itu masih boleh digunakan. Salah satu daripada undang-undang itu ada digunakan di dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari Kabinet dan UMNO pada 1998.

Nampaknya ramai menteri – termasuk mereka yang berkelulusan undang-undang – tidak sedar akan kedudukan yang saya sebutkan itu. Tetapi walau apa pun undang-undang yang ada itu sering digunakan oleh kerajaan. Malahan apabila mereka tersepit dalam soal royalti minyak pun mereka gunakan undang-undang darurat untuk menepisnya.

Saya harap para pemimpin Pakatan Rakyat sedar dan tahu masalah yang sedang kita hadapi ini. Saya yakin Barisan Nasional tidak akan berbuat apa-apa. Mereka telah dan akan terus mempertahankan darurat yang amat berguna buat mereka ini. Sebagaimana mereka mempertahankan ISA dan Auku. Apa yang Pakatan perlu lakukan? Jika mereka menang dalam PRU yang akan datang mereka perlu nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat yang masih hidup dan bernyawa itu.

Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah mengkritik Perisytiharan Darurat 1969 yang turut menyumbang dalam penyingkirannya. Beliau juga membayangkan bahawa Raja-Raja tidak selesa dengan apa yang berlaku. Ini bermakna ada begitu banyak alasan mengapa perisytiharan darurat yang mengerikan itu tidak harus dikekalkan.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama 21 tahun

sumber : sinar harian

AKU TIDAK BOLEH BERKATA APA....
DUA-DUA CERDIK PANDAI.....
DUA2 BELAJAR UNDANG-UNDANG....

Wednesday, September 29, 2010

ADOI...KENA DENDA LA PULAK!!!!!!!

KUALA LUMPUR – M:ahkamah Majistret semalam menjatuh hukuman denda RM15,000 ke atas pelakon Nasreen Ngasri atas Darling, 27, setelah mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu secara tulen.

:Hakim Jagjit Singh, berpuas hati hujah diberikan peguam bela tertud:uh A Kailesh dan Amir Feisal Ariff dan memutuskan Darling bebas tuduhan jaminan RM15,000.

:Darling, pada 16 Ogos 2007, melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak dengan membawa resolusi dokumen untuk membuka akaun bagi Syarikat Nasridz Picture.

:Dokumen mengandungi tandatangan pengadu Mohd Ridzuan Mat Husin, tandatangan tertuduh sebagai pengarah bersama serta tandatangan Mohd Khirul Amin A Ramli sebagai setiausaha.

:Darling maklum tandatangan pengadu dipalsukan tetapi menggunakannya sebagai tulen dan laporan kimia mengesahkan mungkin pengadu tidak menandatangani dokumen itu.

Pegawai Pandakwa Raya, Aishah K M Abu Bakar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Namun A Kailesh mengemukakan bukti di mana saksi iaitu pengadu hadir mengesahkan laporan polis dibuat pengadu ditarik balik.

Pada 10 Mei 2010, tertuduh dan pengadu menandatangani satu perjanjian menyelesaikan pertikaian termasuk kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

sumber : sinar harian

HABIS DUIT DEMO..KENA BANYAK TU RM15K...husssss...
itu la..lain kali..jangan nak kenakan atau nak tipu orang k...
pengajaran untuk smua sekali la...

Sunday, September 26, 2010

PERKASA..oh...PERKASA

Perkasa tidak bercadang jadi sebuah parti politik
PASIR MAS – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, Perkasa bukanlah sebuah parti politik seperti mana parti politik yang ada di negara ini.

Beliau berkata, sejak mula Perkasa ditubuhkan tidak ada usaha atau niat untuk menjadikan Perkasa sebuah parti politik.

Menurutnya, Perkasa akan tetap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belum ada sebarang keputusan untuk menjadikannya sebuah parti politik.

“Kita akan terus menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan seperti ini kerana khuatir sekiranya menjadi sebuah parti politik akan menyebabkan perpecahan.

“Perpecahan ini bukan saja membabitkan kaum Melayu tetapi juga bangsa lain,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan Melayu Perkasa di pekarangan Stesen Kereta api Pasir Mas, di sini, semalam.

Beliau turut menegaskan Perkasa tidak pernah bertemu dengan UMNO dan lebih berdikari dalam mengerakkan pertubuhan itu.

Katanya, ahli UMNO juga terdiri dari pelbagai parti politik yang bersama dengan pertubuhan ini memperjuangkan Perlembagaan 153.

Ibrahim berkata, mengenai peranca- ngan akan datang, beliau tidak pasti sekiranya ahli pada lima hingga 10 tahun akan datang memutuskan untuk menjadikan pertubuhan itu sebagai sebuah parti politik.

Menurutnya, ketika itu terpulang kepada ahli dan generasi baru untuk membawa hala tuju Perkasa.

“Perkasa memperjuangkan Perlembagaan 153 dan mahukan kerajaan menterjemahkan Perlembagaan ini dalam bentuk tindakan.

“Ini termasuk dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan membolehkan kaum Bumiputera gembira seterusnya akan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

sumber : sinar harian

BERSATU LAH BANGSAKU..
UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARAMU..

PERKASA KU KENANG JASAMU..
UNTUK MENYATUKAN MELAYU..

MELAYU HARUS MAJU..
ELAK DARI LAYU...


MELAYU MASIH MIMPI @ BELUM SEDAR

PASIR MAS – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi pada masa kini.

Dr Mahathir berkata, jika sebelum ini Tunku Abdul Rahman menentukan supaya rakyat Malaysia ini yang majoriti 60 peratus lebih terdiri orang Melayu, tetapi kini orang Melayu sudah berpecah.

“Hari ini orang Melayu sudah berpecah kepada tiga puak. Dan, tak ada satu puak yang boleh mengatasi ataupun mempunyai jumlah peratusan Melayu yang boleh memberi kemenangan kepada kaum Melayu.

“Sebab orang Melayu berpecah sekarang ini adalah disebabkan kerana ada yang gila...gila nak jadi Perdana Menteri. Tak peduli apa pun...dia sokong semua. Semua yang bercorak perkauman di kalangan kaum lain, dia sanggup terima dan sokong,” katanya ketika berucap pada majlis Jemputan Terbuka Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan dengan tema 'Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Malaysia' di pekarangan Stesen Kereta api Pasir Mas, di sini, semalam.

Lebih 10,000 hadir pada majlis perhimpunan tersebut termasuklah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Hussin Ahmad, Tan Sri Aziz Shamsudin, serta pemimpin Perkasa di peringkat pusat dan negeri.

Beliau berkata, lebih teruk sekarang ini ada juga di kalangan orang Melayu yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu sebaliknya mereka dikatakan Melayu hanya kerana dilahirkan sebagai Melayu.

“Ada pula sekarang ini malu kerana mereka ini adalah orang Melayu. Mereka kata mereka bukan orang Melayu, ini terjadi saja. Mereka adalah orang Islam.

“Kita akui mereka orang Islam tetapi jika mereka utamakan Islam, berlagaklah sebagai orang Islam, tetapi hari ini mereka ini tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain khususnya dengan UMNO.

“Sebaliknya sokong orang yang dulu kata, kalau negara ini dijadikan negara Islam, maka mereka akan menentang dan langkah mayat mereka dulu baru boleh adakan negara Islam di negara ini,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin yang dahulu mempermainkan nilai Islam yang diperjuang UMNO kini telah menghalalkan segala-gala yang dibuat oleh parti pembangkang.

“Ini kerana nak dapat sokongan daripada mereka (DAP) sehingga benda yang tidak... oleh kita pun ianya sanggup menghalalkan kerana nak dapat sokongan daripada kaum parti-parti pembangkang.

“Maka berpecahlah orang Melayu antara UMNO dan Pas. Dan, apabila UMNO beri-kan pendapat untuk satukan orang Melayu dalam gabungan, mereka tolak bulat-bulat. Tetapi, mereka rela bekerjasama dengan parti yang pernah mengecam mereka kerana keislaman mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dilihat sebagai seorang tokoh politik ulama yang mudah bertolak ansur soal agama Islam dengan DAP, rakan sekutu Pas, demi mencari kepentingan mendapatkan undi pada pilihan raya umum.

Sedangkan, katanya, DAP secara terang-terangan menentang perjuangan Pas yang ingin melaksanakan hukum Hudud dan menjadikan negara ini sebagai negara Islam, dengan DAP berkata “langkah mayat mereka dahulu”.

Beliau berkata, kerana hendak halalkan apa yang dibuat parti lawan ini maka Nik Abdul Aziz sanggup buat peraturan baru berkenaan dengan pantang larang orang Melayu dan Islam.

“Banyak lagi yang dibuat pemimpin Pas untuk menghalalkan segala yang dilakukan parti lawan kerana ingin sokongan politik daripada mereka. Bangsa sudah diketepikan dan agama juga sudah dilonggarkan supaya dapat bekerjasama dengan orang-orang berkenaan.

“Inilah kesan daripada politik yang terdapat kepada orang yang terlalu sangat ingin menjadi kerajaan memimpin negara ini. Kerana nak seorang menjadi Perdana Menteri segala kesalahannya sudah dihalalkan oleh pemimpin seperti ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat insaf mengenai bahaya yang dihadapi orang Melayu pada masa kini.

“Orang Melayu patut sedar supaya tidak berpecah belah semata-mata untuk mendapat jawatan Perdana Menteri. Jangan tamak, orang yang tamak akhirnya akan hilang segala-galanya.

“Sepatutnya orang Melayu bersatu padu dan sokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas hak kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka , tetapi hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu. Ini saja yang kita minta,” katanya.

sumber : sinar harian

ADAKAH MALAYU MASIH TIDAK NAMPAK????
semakin hari, semakin terhakis harta melayu hilang di bumi ini...
diasebab apa....jual,rampas,lelong,tidak mampu dan lain2 lagi..
itu yang biasa di dengar oleh orang kita...
disebabkan ...orang kita banyak ketinggalan dalam semua bidang tambahan
pula berlaku perpecahan ANTARA MELAYU DAN MELAYU..
mereka apa lagi bertepung tangan untuk kita...ishhhhh...
MAMBANGUNLAH MELAYU BAGI MEMBELA NASIB KITA..

Saturday, September 25, 2010

HILANG KUASA - ISLAM ATAU MELAYU??


JIKA BERLAKU PERPECAHAN
KOTA BHARU – Masyarakat Islam hilang kuasa apabila berlalu perpecahan di kalangan rakyatnya sendiri seperti yang berlaku di negeri pimpinan pembangkang sekarang.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, Kelantan masih kuat dengan pegangan agama Islamnya berikutan 90 peratus penduduknya Islam.

“Kelantan kita kuat tetapi tengok negeri lain perpecahan berlaku, akibat Islam sudah hilang kuasa. Jika pemimpin Islam sendiri gagal mengemudi rakyatnya mengikut Islam sudah pasti perpecahan berlaku.

“Sekarang pemimpin Islam pun cakap menipu. Pasal sumbangan RM4 bilion untuk Kerajaan Negeri mula-mula tidak mengaku, namun apabila gambar pertemuan antaranya (Menteri Besar Kelantan) disiarkan baru rakyat tahu,” katanya dalam ucapan perasmian Program Juara Rakyat peringkat UMNO Pengkalan Chepa di Kuala Besar, semalam.

Menurutnya, apabila pemimpin Pas menipu ketika bercakap masyarakat boleh menerimanya namun jika pemimpin Barisan Nasional yang melakukannya pasti dikutuk hebat.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa itu berkata, rakyat tengok sendirilah kesannya nanti jika amalan menipu di kalangan pemimpin Pas diteruskan dan penipuan yang berlaku boleh diterima bulat-bulat oleh rakyat.

Katanya, sekarang terdapat 60 peratus rakyat Islam di negara ini tetapi perlu diingatkan 60 peratus ini berpecah kepada pelbagai kelompok dan fahaman berbeza.

“Kuasa 60 peratus itu kian terhakis dan bangsa lain berani mempertikaikan masyarakat Islam seperti apa yang berlaku sekarang.

“Oleh itu BN giat menjalankan pelbagai program dalam usaha supaya rakyat merasai nikmat yang diberikan Kerajaan Persekutuan seperti program Juara Rakyat ini,” katanya.

Dali berkata, berbeza pula dengan Pas yang semakin rancak berceramah dan giat melakukan fitnah semata-mata ingin meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, situasi ini tidak memberikan faedah langsung kepada masyarakat kerana ia hanya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sendiri.

sumber : sinar Harian

AKU PERLUKAN PEMBAHARUAN dan PEMBANGUNAN
tapi aku tidak mahukan malayu dan islam ku hancur semasa pembaharuan & pembangunan itu...
jangan pecahan tali ikat antara melayu dan islam...politik, parti dan peminpin harus
membela dan memberi kekuatan kepada orang melayu dan islam semasa memimpin...
aku sokong kalu ingin membangunan MODAL INSAN kepada semua...
kerana negera kita masih perlukan itu...disebab tiada tunjuk ajar itu membuatkan perpecahan antara malayu sama melayu..antara faktor terbesar perpecahan adalah politik, budaya dan status seseorang...sikap melayu masih lagi tebal dengan perasaan PHD..
suka sangat menjatuhkan antara satu sama lain....
tolonglah semua buang perasaan tersebut, kita perlu bersama dan bersatu untuk terus mempertahankan negara ini dan bangsa ini dan islam ini....ishhh..GERAM NYA

Wednesday, September 22, 2010

BONUS DIMINTA


SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

“Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Menurutnya, pemberian bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

“Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

“Selain bonus, Cuepacs dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya,” katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

“Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya.

sumber : sinar harian

ALANGKAH BESTNYA JIKA KELULUSAN BONUS UNTUK TAHUN NIE SELAMA 2 BULAN...Belum pernah lagi dapat bonus sebanyak itu semasa aku kerja nie....
aku amat menyokong 100% cuepact untuk meminta bonus selama 2 bulan...
ALHAMDULLILAH KALU DAPAT...
SUKA SANGAT2 JIKA DAPAT...
Semoga PM KITA bagi atas permintaan ini..amin
DUITTTTTTT

MAYAT BERULAT


SEREMBAN – Satu mayat yang sudah berulat dan kembung ditemui bersama sebuah motosikal di dalam longkang berhampiran Jalan Seremban-Tampin, Kampung Baru Rahang, di sini.

Dipercayai, mangsa adalah seorang pekerja kilang yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, M Krishnan, 40, dari Bandar Seremban Selatan, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, mayat ditemui dalam keadaan terlentang dan bertopi keledar, sementara sebuah motosikal berada tidak jauh dari situ, dipercayai miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang mengesahkan kejadian itu berkata, penemuan mayat M Krishnan mempunyai kaitan dengan penemuan mayat seorang wanita di lokasi berhampiran, kira-kira kurang satu kilometer dari tempat kejadian.

“Penemuan mayat di Taman Seremban semalam (kelmarin) dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat di sini,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa terbabit dalam kemalangan menyebabkan terbabas ke dalam longkang dan tiada siapa yang melihat kejadian itu.

“Selepas itu, mangsa perempuan yang dikenali sebagai S Radha, 50, dihanyutkan arus deras ke lokasi lain,” katanya.

Mayat M Krishnan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

Sebelum itu, sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang terpaksa menggunakan tangga dan pengusung untuk mengeluarkan mayat yang tersangkut dalam longkang berkenaan.

Sementara itu, dalam kejadian kelmarin, pekerja pembinaan di jajaran Sungai Rahang berdekatan Taman Seremban gempar apabila menjumpai mayat hanyut dan berulat.

Dipercayai mayat wanita yang tidak mempunyai pengenalan diri itu hanyut lebih daripada tempoh 48 jam.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Ungku Abd Jalil Ungku Ismail berkata, mayat wanita itu dipercayai hanyut dibawa arus sungai dan tersangkut di dahan pokok serta sampah-sarap di situ.

“Kami cuma dapat kenal pasti mayat mangsa adalah wanita. Kami menerima panggilan sekitar jam 4 petang," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya wanita terbabit mati beberapa hari lalu berdasarkan kepada keadaan mayat yang sudah kembung.

“Pada tangan wanita yang dipercayai berumur lingkungan 35 tahun ke atas itu terdapat satu benang berwarna kuning,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

sumber : sinar harian

MENINGGAL DISEBAB MEJA LIPAT


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bapanya, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.

Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa" katanya.

Katanya kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir.

sumber : sinar harian

YAALLAH..semoga diberi ketabahan kepada kedua ibubapanya dan semoga roh nya dicucuri rahmat..amin

KES BUNUH SOSILAWATI


Suspek utama kes bunuh Sosilawati dibawa semula ke firma guamannya
BANTING - Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen.

Pada pukul 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke
Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 14 Sept lepas, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain.-Bernama

sumber : sinar harian

BUAT MALU JE!!!!!!!!!

Remaja kembar hilang ditemui
GEORGETOWN - Kehilangan tiga remaja perempuan di Kampar sejak 11 September lalu berakhir apabila polis Pulau Pinang berjaya menjejaki mereka selepas mendapat maklumat daripada rakan serumah di sini, awal pagi semalam.

Sepasang remaja perempuan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di sebuah flat di Paya Terubong, di sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada Hari Raya kedua.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Air Itam untuk diambil keterangan. Kesemua remaja terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis Kampar.

“Kami akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja ini dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi,” katanya.

Di KAMPAR, Ketua Polis Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dibuat semua remaja berkenaan dipercayai sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, dua lagi remaja lelaki tersebut ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Air Hitam untuk siasatan lanjut.

“Polis juga telah melaksanakan siasatan selain memberi ikat jamin, terhadap seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Roy, yang telah pulang ke rumah terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga remaja berkenaan juga telah dimaklumkan berhubung penemuan itu.

“Polis memandang serius perkara sebegini kerana sejak akhir-akhir ini, kes orang hilang boleh menjurus kepada kes-kes jenayah.

“Iba bapa disarankan agar sentiasa mengambil berat hal anak-anak seperti mengetahui ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

“Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah sangat mustahak bagi membendung gejala ini daripada berlaku," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian, ibu kepada pasangan kembar berkenaan, Harlizah Samah berkata, mereka menyerahkan segala urusan kepada polis.

Menurut sumber, ketika artikel ini ditulis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Sigh membawa keluarga tiga pelajar berkenaan ke Pulau Pinang.

sumber : sinar harian

BUAT MALU JE....BUKAN KENA LARIKAN...
TAPI IKUT JANTAN LARI ADALAH...
APADAH JADI SEKARANG NIE...perempuan boleh ikut lagi
duduk sekali macam laki/bini...
NAUZUBILLAH HI MINZALIK..
ASTAGHFIRULLAH HA AZIM

Jauhilah perangai manusia jenis ini terhadap anak-anak ku..amin

KELANTAN NEGERI MAKMUR SENTIASA




Penulis ingin berkongsi perasaan gembira bersama seluruh rakyat Kelantan apabila kemelut pemerintahan Kelantan terselesai dengan bijaksana. Pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim dan jajahan takluknya pada 04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, ikut disambut dengan genangan air mata terharu kebanyakan orang. Rakyat Kelantan segenap lapisan dan peringkat, dari warga kota dan desa merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada Ke Bawah Duli Tuanku sebagai Ketua Negeri yang baru. Harapan rakyat adalah untuk melihat Kelantan akan lebih terurus dan makmur, melangkah sederap serentak setanding dengan negeri-negeri lain di bawah kesultanan Melayu. Semoga perjalanan Kelantan menuju kemajuan berlipat ganda itu direstui Yang Maha Esa, serta Allah SWT jua melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Ameen.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra mendatangkan sekurang-kurangnya dua kegembiraan. Pertama, fenomena pemerintahan Kelantan sejak setahun lebih yang lalu disebabkan kegeringan Al-Sultan Ismail Petra pada awal tahun 2009, sudah diselesaikan. Kedua, apa pun pandangan dari dalam atau luar, krisis dan kemelut yang menimpa institusi diraja Kelantan bak kata orang tua-tua ‘biduk lalu kiambang bertaut’ atau ‘carik-carik bulu ayam, lambat laun bercantum jua’. Itulah doa rakyat Kelantan yang ingin melihat usrah diraja kekal dilimpahi nikmat, rahmat dan dirgahayu dalam kebahagiaan. Dalam peradaban Melayu itu, sultan dan institusi kesultanan dilaksanakan pohon besar yang subur redup rendangnya tempat rakyat bernaung berlindung.

Sesungguhnya apa yang dilaksanakan Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) adalah benar dan sah. Penjelasan Jurucakap Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 14 September 2010, bahawa pemasyhuran sultan baru itu tidak harus mengelirukan. Rakyat Kelantan hendaklah bertenang kerana istiadatnya dilakukan mengikut undang-undang dan Perlembagaan negeri. Maka mana-mana pihak tidak harus mempertikaikannya. Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris sebagai sultan tidak boleh dicabar di mahkamah kerana dilakukan mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja. Itulah jua satu titik tolak penamat krisis yang melanda institusi diraja Kelantan dengan berlandaskan peruntukan undang-undang. Sempena Aidilfitri 1431 Hijrah (2010) yang mulia ini, beliau meminta kita kembali ke akar umbi dan bersama-sama mempertahankan institusi diraja (Utusan Malaysia, 15 September 2010).

Penulis tidak mengenali Tuanku Muhammad Faris Petra dari dekat. Cuma sesekali terpandang dalam sesuatu majlis atau sewaktu Tuanku menghadiri majlis anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penulis tahu Tuanku seorang yang berkeperibadian mulia, berpendirian dan amat sederhana.

Rakyat Kelantan pun tahu bagaimana Tuanku gemar menghadiri majlis rakyat, bergilir masjid bertarawih di bulan Ramadan, boleh mengimamkan solat dan sebagainya, sesuatu yang diharapkan kekal pada diri Tuanku sampai bila-bila. Teladan seorang raja ada pada Tuanku. Insya-Allah keprihatinan Tuanku kepada rakyat dan kemajuan Kelantan menjadi suatu kesinambungan dari titisan suri teladan ayahanda sebelum ini. Daulat Tuanku!.

Semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan, Tuanku pernah bertitah merasmikan Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu, sempena Maulidur Rasul 1429 H bersamaan 12 April 2008, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Rakyat tahu bahawa dua bulan sebelum itu adalah PRU Ke-12 yang menjadi tsunami besar politik tanah air tanpa di duga. Pola dan struktur pemerintahan berubah ke dalam bentuk baru dengan pihak pembangkang menguasai beberapa negeri dan memenangi banyak kerusi Parlimen. Bagi penulis, itu semua terjadi kerana proses demokrasi. Penulis lebih bimbang akan keterhakisan perpaduan Melayu dan maraknya tiupan api perkauman daripada golongan politik tertentu. Apabila Melayu sebagai bangsa induk berpecah belah, harapan total kepada perpaduan satu negara bangsa Malaysia akan ikut terpengaruh. Orang lain mula berani mempertikaikan keluhuran Perlembagaan negara dan menggoyangkan setiap tonggak kenegaraan dan institusi utama seperti kesultanan dan Raja-Raja Melayu selain dari kedudukan Islam, bahasa negara dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.

Pada baginda keputusan PRU-12 jelas menunjukkan masyarakat Melayu berpecah belah, walhal perpaduan Melayu wajar diberi keutamaan yang tinggi. Apabila Melayu berpecah, maknanya umat Islam yang berpecah dan akan berhadapan dengan kaum lain yang lebih dominan dari segi politik dan ekonomi. Orang Melayu semacam keliru di manakah benteng kekuatan mereka untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Ketuanan Melayu, apabila dilihat tindak-tanduk dan kerenah mereka yang menang dan kalah. Kedaulatan dan ketuanan itu telah tercabar, mungkin terus terhakis atau hilang terus. Tuanku telah menegaskan seluruh warga Malaysia mesti memahami bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu dengan jelas menyimpulkan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin keistimewaannya sebagai rakyat Malaysia.

Baginda dengan berterus terang meletakkan tanggungjawab kepada rakyat Melayu memastikan perkara-perkara pokok Perlembagaan dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Baginda menyebut Perkara 153 (1), Perkara 160 (2), Perkara 3 (1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38 (1), Jadual Kelima, berkaitan hak dan ketuanan Melayu, agama Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia. Institusi Raja-Raja Melayu adalah payung kepada pemerintahan di peringkat negeri dan Persekutuan laksana tiang seri atau tonggak kelangsungan ketuanan itu. Dalam keadaan sekarang tidak ada yang baik dikaitkan dengan Melayu. Pemimpin Melayu lebih bangga kalau dapat menunjukkan kelemahan bangsa sendiri. Cacat cela dicari, Internet dan blog disalahgunakan. Segala yang bohong telah diterima sebagai satu kebenaran. Banyak berita dan peristiwa negatif kebanyakannya tentang kelemahan dan keaiban bangsa Melayu.

Baginda mengesyorkan agar Melayu menjadi satu bangsa penakluk. Maksudnya bukan menakluki bangsa atau kaum atau negara lain, tetapi Melayu bangkit sebagai sebuah bangsa berjiwa besar dengan kekukuhan perpaduannya. Melayu menjadi penakluk kepada ketinggian ilmu, penguasaan ekonomi dan teknologi, keunggulan tamadun, keluhuran iman dan takwa. Sebagai umat Islam, Melayu hendaklah menjadi bangsa penakluk yang dapat menewaskan nafsu buas, rasa iri hati dan hasad dengki yang membuatkan kita lupa diri apabila berkuasa. Perpaduan, kesepakatan, patriotisme, sayangkan bangsa semuanya disatukan dalam ikatan perpaduan untuk mengangkasa martabat bangsa. Fikrah bangsa Melayu mesti bermula dengan keinsafan terhadap betapa pentingkan akan perpaduan ummah itu. Maruah yang tercalar adalah menjadi tanggung jawab semua tanpa mengira kedudukan, ideologi politik, bangsawan atau rakyat.

Ada ungkapan titah baginda yang boleh lagi kita renungi. Antara yang lain: “Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Demi kekuasaan, ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengetepikan kepentingan Melayu sendiri, berbeza dengan para pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”; "�yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa, sehingga sanggup menang sorak kampung tergadai, selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata”; “Kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin�”; “Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah secara tertutup”.

Demikian ungkapan seorang Tengku Mahkota yang kini bergelar Sultan. Baginda menyeru untuk Melayu tetapi demi kemakmuran, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Para pemimpinlah perlu lebih berhemah, berhikmah dan bijaksana mengetepikan sebentar perbezaan pendapat, tetapi merenungi bersama semangat perpaduan ummah demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

sumber : sinar harian

AKU BANGGA MENJADI ANAK JATI NEGERI KELANTAN
dan
AKU BANGGA MEMDAPAT SULTAN BERHATI RAKYAT
DAULAT TUANKU
SEMOGA DIPANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
AMIN

Tuesday, September 21, 2010

SAMPAI BILA MACAM NIE NEGERI KU???

Padah rogol anak kandung
KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam.

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu.

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu.

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya.

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh.

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan.

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian.

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu.

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Sumber : sinar harian

SAMPAI BILA NAK REDA MASALAH NIE...
Semalam DATUK ROGOL cucu..hari nie BAPA ROGOL anak...
DUA2 SETAN BERTANDUK ....masalah yang sering berlaku..
x de orang yang takut ke? ... HUKUMAN yang dikenakan ke atas pesalah
amat berat di dunia ..di akhirat belum tentu lagi...tapi masyarakat kita
masih belum takut dengan hukuman yang dijatuh di dunia...ishhhhhh
entah la...aku x tahu nak kata apa lagi...
MANUSIA BERTOPENG HAIWAN

JANGAN MENGATA KAMI!!!!!!!!!


Dilema Badan Peguam: Kerana nila setitik
Ah, kebelakangan ini kerap pula saya berkalam membela rakan-rakan peguam. Baru minggu lepas saya menempelak Kelab Belia Graduan 1Malaysia tentang kecaman mereka terhadap Kempen PerlembagaanKu. Minggu ini, sekali lagi saya menulis tentang kerjaya rasmi saya. Bukan niat menegakkan benang basah, tetapi apa yang bengkok perlu dilurus, yang khilaf harus dibetulkan.

Sejak akhir-akhir ini, pijar benar telinga saya membaca kritikan manusia yang celupar melabelkan peguam dengan macam-macam nama. Sekiranya anda peguam berdaftar, tidak berasapkah telinga dengan cacian mengecam pengamal guaman tanpa usul periksa?

Bukan kami golongan profesional yang tidak boleh ditegur, tidak betah dilarang, namun setiap tuduhan dan kritikan itu biarlah berasas. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit, bunyi berdentum-dentum tetapi hasilnya kontang!

Sebelum saya meneruskan leteran perihal ketidakadilan lahir dari akal-akal yang cetek ini, izinkan saya menegaskan satu fakta (bukan untuk pembaca budiman, tetapi untuk mereka yang bebal): Mana-mana penjenayah tidak boleh dikhususkan mengikut kerjaya, keturunan, warna kulit atau agama. Mereka itu berkiblatkan nafsu dan wang ringgit, tiada kena mengena dengan sifat asal kurniaan Ilahi.

Jadi bila Pak Menteri dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) melatah, lantas menuding jari ke arah Badan Peguam, susulan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, saya rasa amat terkilan sekali.

Kata Pak Menteri, Badan Peguam ‘didesak’ untuk mengaudit aktiviti dan kekayaan setiap peguam di negara ini. Kalaulah Badan Peguam mengaudit ‘kekayaan’ saya, pasti akan berasa kasihan. Mana tidaknya, sudah lebih sedekad menjadi peguam, duit dalam akaun setiap tengah bulan, masih tenat. Tidak mengapa, jika perlu diaudit, kita laksanakan secepat mungkin. Biar semuanya terang dan jelas. Baru Pak Menteri suka.

Tetapi bila membaca kenyataan Pekida mengecam Badan Peguam kerana tidak mengenalkan sistem ‘kad kuasa’ dalam kalangan peguam, saya ketawa terbahak-bahak. Maaf saya bertanya Pekida, bukankah Sijil Annual yang wajib diperbaharui setiap tahun itu, lebih kurang sama fungsinya dengan kad kuasa?

Untuk pendidikan Pekida, setiap peguam yang beramal di negara ini, harus ada Sijil Annual. Proses memperbaharui sijil itu rumit dan terperinci sekali. Akaun Anak Guam harus diaudit, ditandatangani pakar akaun bertauliah. Bukan sedikit wang ringgit melayang untuk membayar perkhidmatan juruaudit bijaksana. Setelah semua surat cara didapati teratur, barulah peguam dibenarkan untuk beramal setahun lagi.

Kami peguam juga dipantau amalan dengan wujudnya satu Disciplinary Board yang setahu saya, amat garang ahli-ahli panelnya. Saya sendiri pernah bekerja dengan rakan kongsi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang menjadi ahli panel Disciplinary Board tersebut, dan garangnya dia, kus semangat!

Saya juga enggan mengulas tentang cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas agar Badan Peguam diletakkan di bawah naungan Jabatan Peguam Negara. Tiada faedahnya saya menjadi seperti anjing menyalak bukit. Hati sakit, ilmu tak sampai.

Saya, hatta sesiapa sekalipun, tidak akan menyokong jenayah kejam dalam kes Sosilawati, tetapi kita ini insan berakal, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tidak semua 14,000 peguam berdaftar dengan Badan Peguam, kerjanya menipu dan membunuh mangsa. Jangan cepat melatah mengutuk peguam, sekiranya suatu hari anda memerlukan khidmat kami, bolehkah kami memulangkan paku buah keras?

Maaflah, saya marah dengan kenyataan di atas. Sebagai peguam yang masih memandu kereta nasional (selalu rosak tingkap) dan tinggal di rumah persis sarang burung rupanya, saya dan ramai lagi rakan seperjuangan masih mencari rezeki di landasan yang halal.

Sekiranya mana-mana peguam dilaporkan menyalahgunakan kuasa atau pecah amanah, mereka perlu dibicarakan menurut sistem keadilan ditetapkan. Teringat ungkapan bahasa latin, ketika saya berada di sekolah undang-undang dahulu: Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat. Bahasa Inggerisnya bermaksud: The burden of proof rests on who asserts, not on who denies. Justeru, tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga sabit kesalahan dibuktikan.

Saya juga tidak menafikan memang ramai peguam tidak beretika, apatah lagi yang disabit melakukan jenayah kejam, tetapi jangan kita lupa pepatah lama: rambut sama hitam, hati lain-lain.

Nasihat saya kepada mereka yang galak bersorak untuk mengecam Badan Peguam: Sebelum anda menekan picu, tentukan hala peluru dengan pasti. Tersalah tembak, diri sendiri yang binasa!

Elviza juga seorang peguam picisan yang mempunyai perasaan. Temui beliau di http://twitter.com/elviza

sumber : sinar harian
ADOI...KASIANNNNNN

TANAH AIR KU

Hukum mati jika jual tanah kepada Israel
BAITULMAQDIS - Penjualan tanah milik Palestin kepada Israel adalah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati, menurut perintah sebuah mahkamah Pihak Berkuasa Palestin (PA), kelmarin.

Keputusan mahkamah itu dianggap berpatutan oleh pegawai kerajaan PA yang melihat langkah itu sebagai perlu bagi menjamin penubuhan negara Palestin pada masa depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Palestin, Ta’et At-Twil mengeluarkan perintah bahawa penjualan atau cubaan menjual tanah kepada negara asing adalah kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Pejabat Pendakwaraya Palestin menegaskan perintah terbaru itu dikeluarkan untuk melindungi misi utama negara Palestin, iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Mahkamah tentera Palestin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki kerana menjual tanah yang bukan miliknya kepada sebuah syarikat Israel di perkampungan Baitul Ummar, tahun lalu.

Penjualan tanah Palestin kepada Israel dianggap sebagai pengkhianatan kerana pertelingkahan berpanjangan kedua negara berhubung isu rampasan tanah Palestin oleh rejim Zionis :itu.

sumber : sinar harian

AKU SOKONG 100%...
BAIK BUAT MACAM TU..KALU X, TIADA LA TANAH ORANG PALESTIN,
tapi????!!!!!...israel tetap amik juga tanah orang palestin dengan cara PAKSA..
tu yang buat aku GERAM SYAITAN israel ....BILA LA ALLAH NAK LAKNAT
KAUM2 DIA ...aku harap sangat2 macam tu....
YAALLAH....HANCURLAH KAUM2 YAHUDI DAN NEGERI ISRAEL DI MUKA
BUMI NIE..aminnnn

Sunday, September 19, 2010

INGIN HAPUSKAN BUKTI DNA


INILAH DIA SYAITAN TERSEBUT
SHAH ALAM – Walaupun licik menghapuskan bukti asid deoksiribonukleik (DNA), suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain tetap tidak akan terlepas.

Bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata siasatan di tempat kejadian (Crime Scene Investigation) melalui kaedah sains forensik akan menjadi petunjuk kepada pakar forensik untuk mengenal pasti bahan bukti.

“Jangan ingat tiada bahan bukti biarpun mangsa dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke sungai, penjenayah boleh terlepas. Pasti ada bukti yang akan ditinggalkan,” katanya, semalam.

Katanya, apa jua cara penjenayah menghapuskan bukti melalui teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut pasti timbul.

Menurut Amidon, setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan biarpun penjenayah menggunakan sarung tangan dan alatan untuk tidak meninggalkan kesan.

“Dalam kes pembunuhan di Banting ini, suspek memang bijak dalam melupuskan bahan bukti dengan membunuh, kemudian bakar dan membuang ke sungai.

“Ini menyebabkan sampel gigi yang biasanya menjadi sumber utama DNA turut musnah. Namun begitu, pakar forensik mempunyai banyak kaedah lain untuk mencari bukti DNA ini,” katanya.

Beliau berlata, keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah

“Ia boleh diperoleh melalui pelbagai cara antaranya cap jari, titisan peluh, air mani, rambut dan sebagainya. Penghapusan bukti secara total tidak semudah yang disangka,” katanya.

Merujuk kepada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon menyifatkannya sebagai jenayah terancang yang sangat kejam seperti mana kes pembunuhan penganalisis Teknologi Maklumat, Canny Ong dan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Katanya, dengan melibatkan individu berprofil tinggi dan minat masyarakat untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung penyiasatan kes tersebut, pakar forensik perlu teliti dalam mengenal pasti DNA empat mangsa.

“Pastinya sukar kerana mangsa telah dibakar dan abunya dibuang di sungai berhampiran, namun tulang-tulang mangsa boleh memberi petunjuk kepada pakar forensik mengenal pasti mangsa,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

BIJAK PERANCANGAN DIA UNTUK HAPUSKAN BUKTI...
TAPI BIJAK LAGI POLIS MALAYSIA MEMCARI BUKTI...
NAK ELAK BUAT SALAH EH SYAITAN HITAM NIE....
MANA BOLEH SI HITAM LEGAM...KAU MEMANG PENJAHAT YANG KEJAM..
INI BUAT AKU GERAM JE BILA AKU BACA KES PEMBUNUH SOSILAWATI..
SI HITAM MEMANG KEJAM....AKU MINTA DIA HARUS DIHAPUSKAN DI LUBANG JAMBAM...hssssss

Saturday, September 18, 2010

KIAMAT KECIL DI NEW YORK

NEW YORK - Dua taufan berkembar melanda bandar New York, menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan di bandar itu serta membunuh seorang penduduk, Khamis lalu.

Lebih 1,000 pokok tercabut dan bekalan elektrik ke ratusan rumah terputus akibat ribut taufan itu yang memusnahkan kawasan sepanjang 22 kilometer yang dilaluinya, dari Brooklyn ke Queens, Amerika Syarikat.

Seorang wanita yang berada di dalam kereta maut selepas dihempap pokok yang tumbang akibat angin kuat.

Insiden ini adalah kali kedua bandar besar itu dilanda taufan, tahun ini.

sumber : sinar harian

INILAH NEGARA YANG SERING MEMBANTU YAHUDI UNTUK
MEMUSNAH AGAMA ISLAM dan UMAT ISLAM...
SEKARANG NEGARA TERSEBUT SUDAH KERAP KALI
BERLAKU KIAMAT KECIL ATAS DOSA YANG DILAKUKAN
PADA NEGARA ISLAM...ANTARA YANG KITA NAMPAK KIAMAT KECIL IALAH
LETUPAN GUNUNG BERAPI, GEMPA BUMI, TAUFAN dan LAIN2
SAYA BERDOA AGAR UMAT ISLAM

SENTIASA BERSATU MENENTANG YAHUDI DAN SEKUTUNYA...
amin

MUSYTARI MUNCUL ESOK

KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA ESA

FLORIDA - Planet terbesar dalam sistem solar akan muncul dengan jelas di ruang angkasa bermula esok dan dapat dilihat dengan mata kasar.

Dalam fenomena yang berlaku setiap 12 tahun, Musytari (Jupiter) akan berada sekitar 630,000,000 kilometer dari Bumi.

Kedudukan paling dekat antara Bumi dan Musytari pernah berlaku pada 1963 dan kejadian seterusnya hanya dijadualkan pada 2022.

"Kehadiran Musytari di ruang angkasa dapat dilihat dengan jelas pada tengah malam esok, tetapi planet itu sudah boleh dilihat pada malam ini menggunakan teropong jauh," kata Tony Phillips, seorang pengkaji bintang di Califronia, Amerika Syarikat.

Planet Uranus juga dijangka dapat dilihat pada tengah malam esok dan kemunculan bersama kedua-dua planet ini di ruang angkasa selama beberapa minggu bermula malam esok menggembirakan pengkaji bintang dan angkasa lepas.

sumber : sinar harian

KEHEBATAN CIPTAAN ALLAH...
DAPAT MENENTU BILA AKAN TERJADI DAN
BILA AKAN MATI SESEORANG...
AJAL, REZEKI DAN JODOH SEMUA DITANGAN ALLAH S.W.T..
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.