widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Di hati Rakyat Sultan Kelantan



Wednesday, December 29, 2010

KUNJUNGAN SULTAN MUHAMMAD KE-V
KE
RKT KESEDAR SUNGAI ASAP B

Alhamdulillah, pada hari Selasa, 28 Disember 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, beserta rombongan Baginda telah selamat berangkat ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap B di Gua Musang.

Baginda, yang memandu sendiri range rover putih Baginda yang membawa tiga orang sahabat Baginda, iaitu Raja Razman Shah, Tim dan Marco (kedua-dua Tim dan Marco, yang merupakan sahabat-sahabat Baginda sewaktu Baginda masih belajar di United Kingdom dahulu, kini telah pun memeluk agama Islam kerana tertarik dengan keperibadian Baginda dan dengan keindahan agama Islam), bertolak dari Istana Telipot, Kota Bharu, di dalam suasana hujan renyai pada pukul 4.30 petang dan selamat tiba di Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B pada pukul 6.15 petang.

Selepas bersalaman dengan para penduduk tempatan dan para pegawai tinggi kerajaan negeri yang hadir, Baginda, dengan bantuan Dato’ Abdul Halim Hamad, terus mengambil wudhu’ dengan menggunakan gayung yang tersedia di kolah masjid dan menunaikan sembahyang Asar secara berjemaah bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda.

Selepas menunaikan sembahyang Asar, berwirid dan berdoa, Baginda terus menyampaikan kunci lapan buah rumah (bernilai RM30,000 setiap satunya) yang telah dibina dengan menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada lapan orang penduduk miskin tegar dari jajahan Gua Musang. Turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang adalah 100 penduduk berdekatan.

Setelah itu, Baginda meluangkan masa selama hampir setengah jam bagi beramah mesra dengan 29 orang asli dari Pos Hendrop di perkarangan masjid itu di mana Baginda telah memberikan mereka, yang diketuai oleh Ahoh @ Wahab bin Ibrahim, 29, peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kepada Baginda. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan mereka, mereka pun mengemukakan hasrat mereka supaya Baginda dapat mengusahakan agar mereka dan rakan-rakan mereka yang lain yang kesemuanya berjumlah sekitar 200 orang diberikan hak milik tanah di dalam lingkungan 15 ekar seorang. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk memikirkan cara bagi membantu mereka mendapat tanah tersebut. Di dalam masa yang sama, Baginda menanyakan kepada mereka apakah yang mereka mahu usahakan di tanah tersebut, yang dijawab oleh mereka akan diusahakan dengan tanaman padi, pisang dan keledek. Baginda kemudiannya mencadangkan bahawa adalah lebih baik tanah itu diberikan secara berkelompok serta diusahakan secara beramai-ramai, dengan tanaman yang lebih menguntungkan seperti getah, bagi membolehkan tanah itu memberikan pulangan yang lebih baik. Kesemua orang asli ini juga turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang.

Kemudian Baginda, tanpa menghadapi walau sebarang kesulitan pun, terus sahaja menyembelih sendiri seekor lembu, juga di perkarangan masjid itu, di mana dagingnya, bersama-sama daging empat ekor lagi lembu yang telah disembelih pada sebelah paginya, diagih-agihkan kepada fakir miskin, termasuklah kepada hadirin majlis.

Seterusnya, Baginda berjalan kaki meredah hujan renyai sejauh kira-kira 500 meter untuk ke rumah seorang pesakit asma kronik, Sudin Che Ya, 59. Di sini, Baginda telah meluangkan masa selama kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan pesakit tersebut. Di antara lainnya, pesakit tersebut menceritakan kisahnya yang menghidap asma, yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja (hanya mengharapkan hasil daripada tanaman getahnya yang diusahakan oleh penduduk lain) di samping menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah, iaitu Mohd Shahriza, 17, dan Mohd Ridzuan, 11, apatah lagi setelah beliau ditinggalkan oleh isterinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai jenis-jenis ubatan yang pesakit tersebut gunakan bagi merawat penyakitnya itu, Baginda telah memberikan komitmen Baginda untuk membeli, sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura, peralatan rawatan terkini (yang boleh berfungsi apabila disambung dengan bekalan elektrik ataupun pencucuh api di dalam kereta) yang digunakan bagi merawat penyakit itu. Baginda juga menitahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang supaya mengusahakan pesakit tersebut dibawa untuk menjalani rawatan yang lebih terperinci di Hospital Daerah Gua Musang. Baginda kemudiannya bertanya pesakit tersebut jika ada apa-apa permintaan khusus yang dimahukan oleh beliau dari Baginda dan pesakit tersebut pun mengemukakan hasrat beliau supaya Baginda dapat membina sebuah rumah baru untuk beliau dan anak-anak beliau memandangkan rumah yang mereka diami sekarang sudah agak uzur. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk membantu membina rumah tersebut. Di samping itu, Baginda juga tidak lupa untuk memberikan sedikit sumbangan peribadi Baginda kepada pesakit tersebut.

Setelah itu, Baginda pun bergegas kembali ke Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B untuk menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah bersama-sama para penduduk tempatan di sana. Setelah berwirid, berdoa, bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah, Baginda beserta rombongan Baginda pun berangkat ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beradu di sana dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, di antara para pegawai tinggi kerajaan negeri yang turut hadir di dalam majlis ini adalah Ahli Majlis Perajaan Negeri, Dato’ Sukri Mohamed; Dato’ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Dato’ Ismail Mohd Noor; Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias; Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat; Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh; Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Kamaruddin Mohd Zain; dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Tuesday, November 30, 2010

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !!!!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
Justify Full
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom

Tuesday, September 28, 2010

ISTERI BERSUAMI DUA..ish..ish...ish...pelik dunia nie


KOTA BHARU – Seorang ibu, Muliani Mahmud, 54, pening memikirkan siapa menantu sebenarnya apabila anak perempuannya, Shazlinda Che Ali, 35, mempunyai dua suami pada masa yang sama.

Muliani berkata, pada Jun lalu, Shazlinda diceraikan talak tiga oleh suami kelimanya, yang juga seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.

“Apa yang kami sekeluarga kelirukan sekarang ialah, semasa berkahwin dengan suami kelimanya itu, Shazlinda masih lagi sah sebagai isteri kedua kepada suami keempatnya, Mohd Hashim Mat Yusoff.

“Kami hairan macam mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh melepaskan perkahwinan tersebut sedangkan pada waktu itu Shazlinda masih lagi sah isteri Mohd Hashim,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng, di sini.

Muliani berkata, yang menjadi masalah sekarang ialah Shazlinda dan Mohd Hashim berkahwin di Thailand dan masih belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Beliau berkata, masalah lain pula ialah, anak perempuannya kini masih bersekedudukan dengan suami kelimanya itu.

Menurutnya, suami kelima anaknya itu merupakan seorang yang panas baran dan sering mendera Shazlinda serta anak perempuannya, Natasha Balqis Mohd Hashim, 5.

“Sekarang ini saya percaya, anak dan cucu saya berada di sana, dan berharap mereka dapat pulang semula ke negeri ini serta memperbaiki apa yang silap,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga berharap ada pihak yang akan tampil menyelesaikan masalah mereka itu kerana ia sudah berkaitan dengan agama.

sumber : sinar harian

HAI DUNIA..DUNIA....
ada juga perempuan mempunyai 2 suami...hebat kan perempuan nie..
kuat dia punya naf?? kan.....hahaha....
perempuan ni pun sama..kahwin kat thailand....
x daftar pula di malaysia...
'tu boleh jadi masalah tu..ishhh

Wednesday, September 22, 2010

BUAT MALU JE!!!!!!!!!

Remaja kembar hilang ditemui
GEORGETOWN - Kehilangan tiga remaja perempuan di Kampar sejak 11 September lalu berakhir apabila polis Pulau Pinang berjaya menjejaki mereka selepas mendapat maklumat daripada rakan serumah di sini, awal pagi semalam.

Sepasang remaja perempuan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di sebuah flat di Paya Terubong, di sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada Hari Raya kedua.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Air Itam untuk diambil keterangan. Kesemua remaja terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis Kampar.

“Kami akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja ini dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi,” katanya.

Di KAMPAR, Ketua Polis Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dibuat semua remaja berkenaan dipercayai sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, dua lagi remaja lelaki tersebut ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Air Hitam untuk siasatan lanjut.

“Polis juga telah melaksanakan siasatan selain memberi ikat jamin, terhadap seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Roy, yang telah pulang ke rumah terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga remaja berkenaan juga telah dimaklumkan berhubung penemuan itu.

“Polis memandang serius perkara sebegini kerana sejak akhir-akhir ini, kes orang hilang boleh menjurus kepada kes-kes jenayah.

“Iba bapa disarankan agar sentiasa mengambil berat hal anak-anak seperti mengetahui ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

“Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah sangat mustahak bagi membendung gejala ini daripada berlaku," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian, ibu kepada pasangan kembar berkenaan, Harlizah Samah berkata, mereka menyerahkan segala urusan kepada polis.

Menurut sumber, ketika artikel ini ditulis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Sigh membawa keluarga tiga pelajar berkenaan ke Pulau Pinang.

sumber : sinar harian

BUAT MALU JE....BUKAN KENA LARIKAN...
TAPI IKUT JANTAN LARI ADALAH...
APADAH JADI SEKARANG NIE...perempuan boleh ikut lagi
duduk sekali macam laki/bini...
NAUZUBILLAH HI MINZALIK..
ASTAGHFIRULLAH HA AZIM

Jauhilah perangai manusia jenis ini terhadap anak-anak ku..amin

Tuesday, September 21, 2010

MAKANAN SYAITAN


DIRIWAYATKAN DARI ABDULLAH BIN UMAR R.A BAHWA RASULLULLAH S.A.W BERSABDA :-

" Jangan Sesekali salah seorang dari kamu MAKAN dengan TANGAN KIRINYA dan jangan pula MINUM dengan TANGAN KIRINYA. Kerana SYAITANLAH yang MAKAN dan MINUM dengan TANGAN KIRI"

INGATAN daripada KAWAN untuk KAWAN

Monday, September 20, 2010

IMAM AHMAD BIN HANBAL


Hidup ini...
Adalah keyakinan dan perjuangan...
Perjuangan mukmin yang sejati
tidak akan terhenti...
Kecuali, ....
kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga...

~ Imam Ahmad Bin Hanbal ~

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.