widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label Bandar Raya Islam. Show all posts
Showing posts with label Bandar Raya Islam. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

HILANG KUASA - ISLAM ATAU MELAYU??


JIKA BERLAKU PERPECAHAN
KOTA BHARU – Masyarakat Islam hilang kuasa apabila berlalu perpecahan di kalangan rakyatnya sendiri seperti yang berlaku di negeri pimpinan pembangkang sekarang.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, Kelantan masih kuat dengan pegangan agama Islamnya berikutan 90 peratus penduduknya Islam.

“Kelantan kita kuat tetapi tengok negeri lain perpecahan berlaku, akibat Islam sudah hilang kuasa. Jika pemimpin Islam sendiri gagal mengemudi rakyatnya mengikut Islam sudah pasti perpecahan berlaku.

“Sekarang pemimpin Islam pun cakap menipu. Pasal sumbangan RM4 bilion untuk Kerajaan Negeri mula-mula tidak mengaku, namun apabila gambar pertemuan antaranya (Menteri Besar Kelantan) disiarkan baru rakyat tahu,” katanya dalam ucapan perasmian Program Juara Rakyat peringkat UMNO Pengkalan Chepa di Kuala Besar, semalam.

Menurutnya, apabila pemimpin Pas menipu ketika bercakap masyarakat boleh menerimanya namun jika pemimpin Barisan Nasional yang melakukannya pasti dikutuk hebat.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa itu berkata, rakyat tengok sendirilah kesannya nanti jika amalan menipu di kalangan pemimpin Pas diteruskan dan penipuan yang berlaku boleh diterima bulat-bulat oleh rakyat.

Katanya, sekarang terdapat 60 peratus rakyat Islam di negara ini tetapi perlu diingatkan 60 peratus ini berpecah kepada pelbagai kelompok dan fahaman berbeza.

“Kuasa 60 peratus itu kian terhakis dan bangsa lain berani mempertikaikan masyarakat Islam seperti apa yang berlaku sekarang.

“Oleh itu BN giat menjalankan pelbagai program dalam usaha supaya rakyat merasai nikmat yang diberikan Kerajaan Persekutuan seperti program Juara Rakyat ini,” katanya.

Dali berkata, berbeza pula dengan Pas yang semakin rancak berceramah dan giat melakukan fitnah semata-mata ingin meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, situasi ini tidak memberikan faedah langsung kepada masyarakat kerana ia hanya menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam sendiri.

sumber : sinar Harian

AKU PERLUKAN PEMBAHARUAN dan PEMBANGUNAN
tapi aku tidak mahukan malayu dan islam ku hancur semasa pembaharuan & pembangunan itu...
jangan pecahan tali ikat antara melayu dan islam...politik, parti dan peminpin harus
membela dan memberi kekuatan kepada orang melayu dan islam semasa memimpin...
aku sokong kalu ingin membangunan MODAL INSAN kepada semua...
kerana negera kita masih perlukan itu...disebab tiada tunjuk ajar itu membuatkan perpecahan antara malayu sama melayu..antara faktor terbesar perpecahan adalah politik, budaya dan status seseorang...sikap melayu masih lagi tebal dengan perasaan PHD..
suka sangat menjatuhkan antara satu sama lain....
tolonglah semua buang perasaan tersebut, kita perlu bersama dan bersatu untuk terus mempertahankan negara ini dan bangsa ini dan islam ini....ishhh..GERAM NYA

Thursday, September 23, 2010

SOKONGAN RAKYAT UNTUK SULTAN KELANTAN



PESEDAK berdiri teguh di belakang Sultan Kelantan
KOTA BHARU – Persatuan Sekretariat Datuk-datuk Luar Kelantan, (PESEDAK), semalam menyatakan sokongan dan taat setia terhadap pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Timbalan PESEDAK, Datuk Mustopha Ahmed, berkata, pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ismail Petra yang sedang gering itu adalah mengikut perundangan negeri dan sah.

“Persatuan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelantikan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Kami sekalian mengharapkan pelantikan ini memberi satu ruang baru untuk memajukan terus negeri Kelantan dan persatuan sentiasa menyokong penuh dan sedia membantu dalam bentuk apa-apa sekali pun,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, fasal 4 penubuhan persatuan tersebut juga bertujuan menyediakan Prasarana Perumahan kos rendah dan meningkatkan infrastruktur sistem teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT).

“Kami melakukan penambahan tabung kewangan dengan cara tidak bercanggah dengan undang-undang dan hasilnya akan digunakan untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti PESEDAK,” katanya.

Beliau berkata, keahlian persatuannya itu layak disertai semua warganegara Malaysia di dalam dan luar negeri ini yang dianugerahkan gelaran datuk dari luar negeri Kelantan dan luar negara.

“Selain itu, pihak persatuan juga sedia membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di luar negara bagi melahirkan lebih banyak ahli-ahli profesional dan usahawan generasi muda,” katanya.

sumber : sinar harian

SOKONGAN RAKYAT YANG AMAT PADU ATAS PERTABALAN
SULTAN KELANTAN YANG KE-5...
RAKYAT AMAT BANGGA ATAS PELANTIKAN SULTAN YANG
BERJIWA RAKYAT...

DAULAT TUANKU - Raja Kelantan ke-5


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima sebagai penggunaan rasmi Istana dan Kerajaan Negeri bagi menggantikan nama asal baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuat kuasa pada pemasyhuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan, 13 September lalu.

“Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ianya akan menjadi nama rasmi bagi gelaran baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda.

Menurutnya, penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata, baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Menurutnya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Katanya, gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

“Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan Kerajaan Negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya.

Sementara itu, mengenai pemasyhuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, Abdul Halim berkata: “Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

“Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa."

sumber : sinar harian

DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU

Wednesday, September 22, 2010

SUMBANGAN KEPADA NEGERI KELANTAN




Tidak tahu sumbangan RM4 bilion
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mengetahui bahawa terdapat sumbangan RM4 bilion yang dibuat oleh sebuah syarikat terhadap Kerajaan Negeri seperti mana yang dilaporkan media semalam.

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui beliau menerima kunjungan sebuah syarikat di pejabatnya baru-baru ini , namun hanya sekadar memberitahu untuk mengadakan projek di negeri ini tanpa butiran dan dokumen yang sewajarnya.

“Syarikat itu baru datang jumpa saya, (jika) nak lulus satu-satu projek kena ada surat dan penilaian sebuah jabatan... baru bawa ke mesyuarat Exco,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darul Naim, semalam.

Semalam akhbar melaporkan sebuah syarikat mahu menyumbang RM4 bilion kepada Pas Kelantan atas alasan untuk membangunkan prasarana di beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Bagaimanapun syarikat yang tersebut mendakwa wang tersebut bukan balasan di atas projek yang diberikan oleh Kerajaan Negeri di beberapa jajahan negeri ini.

Nik Aziz berkata, semasa pertemuan itu dibuat, beliau berterima kasih kepada syarikat itu yang ingin membuat pelaburan di negeri ini, namun segala butiran perlu ada butiran lengkap.

Dalam pada itu, Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Anuar Safian mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) segera menyiasat dakwaan kenyataan pengerusi eksekutif I’DA world Abdul Rahim Ab Wahab bahawa pihaknya memberikan hadiah sumbangan RM4 bilion kepada Kerajaan Negeri seperti mana yang dilaporkan akhbar semalam.

Menurutnya, tindakan tersebut perlu dipandang berat lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri kebelakangan ini.

“Dakwaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sejak akhir-akhir ini memang wujud banyak kes-kes penyelewengan Kerajaan Negeri yang sedang dipantau oleh kita”, katanya.

sumber : sinar harian

KALU SUMBANGAN INI UNTUK MEMBANGUNKAN KELANTAN
aku rasa tak pe...tapi bukan untuk RASUAH...
PEMBERIAN HADIAH BAGI RAKYAT NEGERI KELANTAN
dan KERAJAAN NEGERI KELANTAN
untuk terus MAJU DALAM PERTADBIRAN

KELANTAN NEGERI MAKMUR SENTIASA




Penulis ingin berkongsi perasaan gembira bersama seluruh rakyat Kelantan apabila kemelut pemerintahan Kelantan terselesai dengan bijaksana. Pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim dan jajahan takluknya pada 04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, ikut disambut dengan genangan air mata terharu kebanyakan orang. Rakyat Kelantan segenap lapisan dan peringkat, dari warga kota dan desa merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada Ke Bawah Duli Tuanku sebagai Ketua Negeri yang baru. Harapan rakyat adalah untuk melihat Kelantan akan lebih terurus dan makmur, melangkah sederap serentak setanding dengan negeri-negeri lain di bawah kesultanan Melayu. Semoga perjalanan Kelantan menuju kemajuan berlipat ganda itu direstui Yang Maha Esa, serta Allah SWT jua melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Ameen.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra mendatangkan sekurang-kurangnya dua kegembiraan. Pertama, fenomena pemerintahan Kelantan sejak setahun lebih yang lalu disebabkan kegeringan Al-Sultan Ismail Petra pada awal tahun 2009, sudah diselesaikan. Kedua, apa pun pandangan dari dalam atau luar, krisis dan kemelut yang menimpa institusi diraja Kelantan bak kata orang tua-tua ‘biduk lalu kiambang bertaut’ atau ‘carik-carik bulu ayam, lambat laun bercantum jua’. Itulah doa rakyat Kelantan yang ingin melihat usrah diraja kekal dilimpahi nikmat, rahmat dan dirgahayu dalam kebahagiaan. Dalam peradaban Melayu itu, sultan dan institusi kesultanan dilaksanakan pohon besar yang subur redup rendangnya tempat rakyat bernaung berlindung.

Sesungguhnya apa yang dilaksanakan Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) adalah benar dan sah. Penjelasan Jurucakap Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 14 September 2010, bahawa pemasyhuran sultan baru itu tidak harus mengelirukan. Rakyat Kelantan hendaklah bertenang kerana istiadatnya dilakukan mengikut undang-undang dan Perlembagaan negeri. Maka mana-mana pihak tidak harus mempertikaikannya. Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris sebagai sultan tidak boleh dicabar di mahkamah kerana dilakukan mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja. Itulah jua satu titik tolak penamat krisis yang melanda institusi diraja Kelantan dengan berlandaskan peruntukan undang-undang. Sempena Aidilfitri 1431 Hijrah (2010) yang mulia ini, beliau meminta kita kembali ke akar umbi dan bersama-sama mempertahankan institusi diraja (Utusan Malaysia, 15 September 2010).

Penulis tidak mengenali Tuanku Muhammad Faris Petra dari dekat. Cuma sesekali terpandang dalam sesuatu majlis atau sewaktu Tuanku menghadiri majlis anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penulis tahu Tuanku seorang yang berkeperibadian mulia, berpendirian dan amat sederhana.

Rakyat Kelantan pun tahu bagaimana Tuanku gemar menghadiri majlis rakyat, bergilir masjid bertarawih di bulan Ramadan, boleh mengimamkan solat dan sebagainya, sesuatu yang diharapkan kekal pada diri Tuanku sampai bila-bila. Teladan seorang raja ada pada Tuanku. Insya-Allah keprihatinan Tuanku kepada rakyat dan kemajuan Kelantan menjadi suatu kesinambungan dari titisan suri teladan ayahanda sebelum ini. Daulat Tuanku!.

Semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan, Tuanku pernah bertitah merasmikan Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu, sempena Maulidur Rasul 1429 H bersamaan 12 April 2008, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Rakyat tahu bahawa dua bulan sebelum itu adalah PRU Ke-12 yang menjadi tsunami besar politik tanah air tanpa di duga. Pola dan struktur pemerintahan berubah ke dalam bentuk baru dengan pihak pembangkang menguasai beberapa negeri dan memenangi banyak kerusi Parlimen. Bagi penulis, itu semua terjadi kerana proses demokrasi. Penulis lebih bimbang akan keterhakisan perpaduan Melayu dan maraknya tiupan api perkauman daripada golongan politik tertentu. Apabila Melayu sebagai bangsa induk berpecah belah, harapan total kepada perpaduan satu negara bangsa Malaysia akan ikut terpengaruh. Orang lain mula berani mempertikaikan keluhuran Perlembagaan negara dan menggoyangkan setiap tonggak kenegaraan dan institusi utama seperti kesultanan dan Raja-Raja Melayu selain dari kedudukan Islam, bahasa negara dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.

Pada baginda keputusan PRU-12 jelas menunjukkan masyarakat Melayu berpecah belah, walhal perpaduan Melayu wajar diberi keutamaan yang tinggi. Apabila Melayu berpecah, maknanya umat Islam yang berpecah dan akan berhadapan dengan kaum lain yang lebih dominan dari segi politik dan ekonomi. Orang Melayu semacam keliru di manakah benteng kekuatan mereka untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Ketuanan Melayu, apabila dilihat tindak-tanduk dan kerenah mereka yang menang dan kalah. Kedaulatan dan ketuanan itu telah tercabar, mungkin terus terhakis atau hilang terus. Tuanku telah menegaskan seluruh warga Malaysia mesti memahami bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu dengan jelas menyimpulkan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin keistimewaannya sebagai rakyat Malaysia.

Baginda dengan berterus terang meletakkan tanggungjawab kepada rakyat Melayu memastikan perkara-perkara pokok Perlembagaan dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Baginda menyebut Perkara 153 (1), Perkara 160 (2), Perkara 3 (1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38 (1), Jadual Kelima, berkaitan hak dan ketuanan Melayu, agama Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia. Institusi Raja-Raja Melayu adalah payung kepada pemerintahan di peringkat negeri dan Persekutuan laksana tiang seri atau tonggak kelangsungan ketuanan itu. Dalam keadaan sekarang tidak ada yang baik dikaitkan dengan Melayu. Pemimpin Melayu lebih bangga kalau dapat menunjukkan kelemahan bangsa sendiri. Cacat cela dicari, Internet dan blog disalahgunakan. Segala yang bohong telah diterima sebagai satu kebenaran. Banyak berita dan peristiwa negatif kebanyakannya tentang kelemahan dan keaiban bangsa Melayu.

Baginda mengesyorkan agar Melayu menjadi satu bangsa penakluk. Maksudnya bukan menakluki bangsa atau kaum atau negara lain, tetapi Melayu bangkit sebagai sebuah bangsa berjiwa besar dengan kekukuhan perpaduannya. Melayu menjadi penakluk kepada ketinggian ilmu, penguasaan ekonomi dan teknologi, keunggulan tamadun, keluhuran iman dan takwa. Sebagai umat Islam, Melayu hendaklah menjadi bangsa penakluk yang dapat menewaskan nafsu buas, rasa iri hati dan hasad dengki yang membuatkan kita lupa diri apabila berkuasa. Perpaduan, kesepakatan, patriotisme, sayangkan bangsa semuanya disatukan dalam ikatan perpaduan untuk mengangkasa martabat bangsa. Fikrah bangsa Melayu mesti bermula dengan keinsafan terhadap betapa pentingkan akan perpaduan ummah itu. Maruah yang tercalar adalah menjadi tanggung jawab semua tanpa mengira kedudukan, ideologi politik, bangsawan atau rakyat.

Ada ungkapan titah baginda yang boleh lagi kita renungi. Antara yang lain: “Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Demi kekuasaan, ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengetepikan kepentingan Melayu sendiri, berbeza dengan para pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”; "�yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa, sehingga sanggup menang sorak kampung tergadai, selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata”; “Kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin�”; “Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah secara tertutup”.

Demikian ungkapan seorang Tengku Mahkota yang kini bergelar Sultan. Baginda menyeru untuk Melayu tetapi demi kemakmuran, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Para pemimpinlah perlu lebih berhemah, berhikmah dan bijaksana mengetepikan sebentar perbezaan pendapat, tetapi merenungi bersama semangat perpaduan ummah demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

sumber : sinar harian

AKU BANGGA MENJADI ANAK JATI NEGERI KELANTAN
dan
AKU BANGGA MEMDAPAT SULTAN BERHATI RAKYAT
DAULAT TUANKU
SEMOGA DIPANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
AMIN

Wednesday, August 18, 2010

KELANTAN KU TERCINTA






Ini lah Kelantan ku...tempat yang biasa dilawati oleh pengunjung...
trand Mark Kelantan ialah Wau Bulan..
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.