widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label Kelantan ku. Show all posts
Showing posts with label Kelantan ku. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

KELANTAN NEGERI MAKMUR SENTIASA




Penulis ingin berkongsi perasaan gembira bersama seluruh rakyat Kelantan apabila kemelut pemerintahan Kelantan terselesai dengan bijaksana. Pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim dan jajahan takluknya pada 04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, ikut disambut dengan genangan air mata terharu kebanyakan orang. Rakyat Kelantan segenap lapisan dan peringkat, dari warga kota dan desa merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada Ke Bawah Duli Tuanku sebagai Ketua Negeri yang baru. Harapan rakyat adalah untuk melihat Kelantan akan lebih terurus dan makmur, melangkah sederap serentak setanding dengan negeri-negeri lain di bawah kesultanan Melayu. Semoga perjalanan Kelantan menuju kemajuan berlipat ganda itu direstui Yang Maha Esa, serta Allah SWT jua melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Ameen.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra mendatangkan sekurang-kurangnya dua kegembiraan. Pertama, fenomena pemerintahan Kelantan sejak setahun lebih yang lalu disebabkan kegeringan Al-Sultan Ismail Petra pada awal tahun 2009, sudah diselesaikan. Kedua, apa pun pandangan dari dalam atau luar, krisis dan kemelut yang menimpa institusi diraja Kelantan bak kata orang tua-tua ‘biduk lalu kiambang bertaut’ atau ‘carik-carik bulu ayam, lambat laun bercantum jua’. Itulah doa rakyat Kelantan yang ingin melihat usrah diraja kekal dilimpahi nikmat, rahmat dan dirgahayu dalam kebahagiaan. Dalam peradaban Melayu itu, sultan dan institusi kesultanan dilaksanakan pohon besar yang subur redup rendangnya tempat rakyat bernaung berlindung.

Sesungguhnya apa yang dilaksanakan Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) adalah benar dan sah. Penjelasan Jurucakap Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 14 September 2010, bahawa pemasyhuran sultan baru itu tidak harus mengelirukan. Rakyat Kelantan hendaklah bertenang kerana istiadatnya dilakukan mengikut undang-undang dan Perlembagaan negeri. Maka mana-mana pihak tidak harus mempertikaikannya. Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris sebagai sultan tidak boleh dicabar di mahkamah kerana dilakukan mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja. Itulah jua satu titik tolak penamat krisis yang melanda institusi diraja Kelantan dengan berlandaskan peruntukan undang-undang. Sempena Aidilfitri 1431 Hijrah (2010) yang mulia ini, beliau meminta kita kembali ke akar umbi dan bersama-sama mempertahankan institusi diraja (Utusan Malaysia, 15 September 2010).

Penulis tidak mengenali Tuanku Muhammad Faris Petra dari dekat. Cuma sesekali terpandang dalam sesuatu majlis atau sewaktu Tuanku menghadiri majlis anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penulis tahu Tuanku seorang yang berkeperibadian mulia, berpendirian dan amat sederhana.

Rakyat Kelantan pun tahu bagaimana Tuanku gemar menghadiri majlis rakyat, bergilir masjid bertarawih di bulan Ramadan, boleh mengimamkan solat dan sebagainya, sesuatu yang diharapkan kekal pada diri Tuanku sampai bila-bila. Teladan seorang raja ada pada Tuanku. Insya-Allah keprihatinan Tuanku kepada rakyat dan kemajuan Kelantan menjadi suatu kesinambungan dari titisan suri teladan ayahanda sebelum ini. Daulat Tuanku!.

Semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan, Tuanku pernah bertitah merasmikan Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu, sempena Maulidur Rasul 1429 H bersamaan 12 April 2008, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Rakyat tahu bahawa dua bulan sebelum itu adalah PRU Ke-12 yang menjadi tsunami besar politik tanah air tanpa di duga. Pola dan struktur pemerintahan berubah ke dalam bentuk baru dengan pihak pembangkang menguasai beberapa negeri dan memenangi banyak kerusi Parlimen. Bagi penulis, itu semua terjadi kerana proses demokrasi. Penulis lebih bimbang akan keterhakisan perpaduan Melayu dan maraknya tiupan api perkauman daripada golongan politik tertentu. Apabila Melayu sebagai bangsa induk berpecah belah, harapan total kepada perpaduan satu negara bangsa Malaysia akan ikut terpengaruh. Orang lain mula berani mempertikaikan keluhuran Perlembagaan negara dan menggoyangkan setiap tonggak kenegaraan dan institusi utama seperti kesultanan dan Raja-Raja Melayu selain dari kedudukan Islam, bahasa negara dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.

Pada baginda keputusan PRU-12 jelas menunjukkan masyarakat Melayu berpecah belah, walhal perpaduan Melayu wajar diberi keutamaan yang tinggi. Apabila Melayu berpecah, maknanya umat Islam yang berpecah dan akan berhadapan dengan kaum lain yang lebih dominan dari segi politik dan ekonomi. Orang Melayu semacam keliru di manakah benteng kekuatan mereka untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Ketuanan Melayu, apabila dilihat tindak-tanduk dan kerenah mereka yang menang dan kalah. Kedaulatan dan ketuanan itu telah tercabar, mungkin terus terhakis atau hilang terus. Tuanku telah menegaskan seluruh warga Malaysia mesti memahami bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu dengan jelas menyimpulkan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin keistimewaannya sebagai rakyat Malaysia.

Baginda dengan berterus terang meletakkan tanggungjawab kepada rakyat Melayu memastikan perkara-perkara pokok Perlembagaan dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Baginda menyebut Perkara 153 (1), Perkara 160 (2), Perkara 3 (1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38 (1), Jadual Kelima, berkaitan hak dan ketuanan Melayu, agama Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia. Institusi Raja-Raja Melayu adalah payung kepada pemerintahan di peringkat negeri dan Persekutuan laksana tiang seri atau tonggak kelangsungan ketuanan itu. Dalam keadaan sekarang tidak ada yang baik dikaitkan dengan Melayu. Pemimpin Melayu lebih bangga kalau dapat menunjukkan kelemahan bangsa sendiri. Cacat cela dicari, Internet dan blog disalahgunakan. Segala yang bohong telah diterima sebagai satu kebenaran. Banyak berita dan peristiwa negatif kebanyakannya tentang kelemahan dan keaiban bangsa Melayu.

Baginda mengesyorkan agar Melayu menjadi satu bangsa penakluk. Maksudnya bukan menakluki bangsa atau kaum atau negara lain, tetapi Melayu bangkit sebagai sebuah bangsa berjiwa besar dengan kekukuhan perpaduannya. Melayu menjadi penakluk kepada ketinggian ilmu, penguasaan ekonomi dan teknologi, keunggulan tamadun, keluhuran iman dan takwa. Sebagai umat Islam, Melayu hendaklah menjadi bangsa penakluk yang dapat menewaskan nafsu buas, rasa iri hati dan hasad dengki yang membuatkan kita lupa diri apabila berkuasa. Perpaduan, kesepakatan, patriotisme, sayangkan bangsa semuanya disatukan dalam ikatan perpaduan untuk mengangkasa martabat bangsa. Fikrah bangsa Melayu mesti bermula dengan keinsafan terhadap betapa pentingkan akan perpaduan ummah itu. Maruah yang tercalar adalah menjadi tanggung jawab semua tanpa mengira kedudukan, ideologi politik, bangsawan atau rakyat.

Ada ungkapan titah baginda yang boleh lagi kita renungi. Antara yang lain: “Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Demi kekuasaan, ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengetepikan kepentingan Melayu sendiri, berbeza dengan para pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”; "�yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa, sehingga sanggup menang sorak kampung tergadai, selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata”; “Kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin�”; “Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah secara tertutup”.

Demikian ungkapan seorang Tengku Mahkota yang kini bergelar Sultan. Baginda menyeru untuk Melayu tetapi demi kemakmuran, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Para pemimpinlah perlu lebih berhemah, berhikmah dan bijaksana mengetepikan sebentar perbezaan pendapat, tetapi merenungi bersama semangat perpaduan ummah demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

sumber : sinar harian

AKU BANGGA MENJADI ANAK JATI NEGERI KELANTAN
dan
AKU BANGGA MEMDAPAT SULTAN BERHATI RAKYAT
DAULAT TUANKU
SEMOGA DIPANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
AMIN

Tuesday, September 21, 2010

SAMPAI BILA MACAM NIE NEGERI KU???

Padah rogol anak kandung
KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam.

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu.

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu.

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya.

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh.

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan.

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian.

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu.

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Sumber : sinar harian

SAMPAI BILA NAK REDA MASALAH NIE...
Semalam DATUK ROGOL cucu..hari nie BAPA ROGOL anak...
DUA2 SETAN BERTANDUK ....masalah yang sering berlaku..
x de orang yang takut ke? ... HUKUMAN yang dikenakan ke atas pesalah
amat berat di dunia ..di akhirat belum tentu lagi...tapi masyarakat kita
masih belum takut dengan hukuman yang dijatuh di dunia...ishhhhhh
entah la...aku x tahu nak kata apa lagi...
MANUSIA BERTOPENG HAIWAN

Sunday, September 19, 2010

THE RED WARRIOR MENGANAS


PASUKAN “The Red Warriors” kini sudah bersedia untuk mengganas di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu apabila menanti kunjungan KL Plus, malam ini.

Kemenangan pertama minggu lalu pada saingan Piala Malaysia pasti ingin diteruskan pasukan Kelantan dalam misi melangkah ke peringkat suku akhir.

Ketua jurulatih, B. Sathianathan berkata perlawanan menentang KL Plus adalah satu perlawanan yang sukar kerana mereka memiliki banyak pemain berpengalaman dalam pasukan.

“Saya akui, bertemu KL Plus adalah satu perlawanan yang sukar kerana mereka mempunyai pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Mohd Nizaruddin Yusof serta beberapa lain-lain lagi.

“Namun, kelebihan beraksi di arena sendiri memberikan keyakinan kepada pemain untuk meraih kemenangan kedua,” katanya.

Sathianathan memberitahu hanya akan menyenaraikan pemain yang terbaik pada sesi latihan pada petang ini (semalam).

“Pertemuan malam esok (malam ini) saya hanya akan membariskan pemain yang benar-benar cergas.

Ketika ditanya aksi bekas penyerang Kedah, Akmal Rizal yang menjaringkan gol kemenangan menentang PKNS, Sathia gembira dengan sumbangan pemain itu

“Kita akan lihat esok. Kemungkinan tempat buat Akmal beraksi dalam kesebelasan utama ada. Bergantung kepada sesi latihan hari ini (semalam),” katanya.

Sathianathan juga mengingatkan kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan tidak membawa bahan terlarang terutamanya mercun ke dalam stadium sepanjang permainan berlangsung.

sumber : sinar harian

INILAH PASUKAN BOLA KEBANGGAAN KU iaitu PASUKAN KELANTAN... masa dulu2 aku amat bosan tegok pasukan bole negeri ku main... sbb main je mesti lah punya...sekarang nie KUAT DATANG la... THE RED WARRIORS MEMANG HEBAT DAN GAGAH SEKALI.. sekali,dua kalah tu memang biasa...ada pertandingan... tapi aku tetap sokong pasukan ku.. GOMO KELATE GOMO..KACE KLATE KACE... itu sentiasa di dengan semasa aku saksikan perlawaan bola di stadium mana2.. jika RED WARRIORS aku turun..HEBAT... AKU DOAKAN semoga pasukan kebanggaan aku akan bawa balik piala ke NEGERI KELANTAN nanti...HEBAT MERAH PEJUANG...

Tuesday, September 7, 2010

JALAN BERBAHAYA

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
GUA MUSANG - Pengguna Jalan Gua Musang–Kuala Krai perlu mengambil iktibar kemalangan 12 maut di Kilometer 21.2 jalan itu pada musim perayaan tahun lalu untuk tidak mengejar masa pulang menyambut Aidilfitri di kampung yang dijadualkan Jumaat ini.

Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang berikutan keadaan jalan di situ yang berselekoh dan mulai sesak dengan kenderaan warga kota untuk pulang ke kampung sejak kelmarin yang perlu lebih berhati-hati.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan berkata, pihaknya menyifatkan kawasan di jalan terbabit berisiko tinggi kerana kerap berlaku kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri.

Beliau tidak mahu keluarga di kampung yang menunggu-nunggu mereka dalam perjalanan untuk menyambut hari raya bersama dikejutkan dengan kejadian tidak diingini dan tinggal kenangan sepanjang hayat.

“Kita perlu ingat 12 maut dalam satu kemalangan ngeri di kawasan terbabit sebagai panduan serta ingatan untuk kita sama-sama memandu kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kem Semor dekat sini, petang semalam.

Kempen keselamatan jalan anjuran bersama polis dengan Kelab Lions Gua Musang itu diedarkan 300 risalah memandu cara selamat bersama topi keledar bagi penunggang motosikal yang pulang menyambut hari raya di kampung.

Hadir sama, Presiden Kelab Lions Gua Musang, Azizah Latif.

Aziz berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggota trafik membuat rondaan sepanjang masa di jalan berkenaan untuk memastikan kenderaan berjalan lancar dan mengelakkan pertambahan berlaku kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dalam tempoh seminggu ini belum berlaku kejadian kemalangan maut berikutan mungkin ada kesedaran pengguna mengenai cara pemanduan yang lebih berhemah.

Katanya, selain di Kilometer 21.2, sekurang-kurangnya 10 tempat lagi di laluan jalan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam kerana kerap berlaku kemalangan berikutan keadaan berbukit dan selekoh tajam.

“Sekiranya pemandu merasa mengantuk dan letih, mereka hendaklah berhenti di kawasan disediakan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula bagi mengelakkan berdepan bahaya kemalangan,” katanya.

sumber : sinar harian

BERINGAT SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PULANG KE KAMPUNG ..
SEMOGA BERHATI-HATI DI JALAN MAUT YANG SENTIASA KITA DENGA..
jalan maut nie ada banyak di kelante ..tambahan jalan kuala krai-gua musang tu...
kawasan yang sering kali terjadi kemalangan..tak kira kemalangan
kecil atau besar (mati)...tapi aku x nak jadi macam tu..
Jalan jauh nie kadang2 seronok juga tau..
kerana dapat tegok pemandangan cantik dan berubah...aku suka macam tu..

Raya ke-dua nanti aku guna laluan kuala krai- gua musang nak pergi ke KL ..umah mak mertua aku..
kawan2 DOAKAN aku semoga selamat sampai dan selamat pulang ye nanti...amin & thank

Wednesday, August 18, 2010

KELANTAN KU TERCINTA






Ini lah Kelantan ku...tempat yang biasa dilawati oleh pengunjung...
trand Mark Kelantan ialah Wau Bulan..
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.