widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label sultan kelantan. Show all posts
Showing posts with label sultan kelantan. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Di hati Rakyat Sultan Kelantan



Wednesday, December 29, 2010

KUNJUNGAN SULTAN MUHAMMAD KE-V
KE
RKT KESEDAR SUNGAI ASAP B

Alhamdulillah, pada hari Selasa, 28 Disember 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, beserta rombongan Baginda telah selamat berangkat ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap B di Gua Musang.

Baginda, yang memandu sendiri range rover putih Baginda yang membawa tiga orang sahabat Baginda, iaitu Raja Razman Shah, Tim dan Marco (kedua-dua Tim dan Marco, yang merupakan sahabat-sahabat Baginda sewaktu Baginda masih belajar di United Kingdom dahulu, kini telah pun memeluk agama Islam kerana tertarik dengan keperibadian Baginda dan dengan keindahan agama Islam), bertolak dari Istana Telipot, Kota Bharu, di dalam suasana hujan renyai pada pukul 4.30 petang dan selamat tiba di Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B pada pukul 6.15 petang.

Selepas bersalaman dengan para penduduk tempatan dan para pegawai tinggi kerajaan negeri yang hadir, Baginda, dengan bantuan Dato’ Abdul Halim Hamad, terus mengambil wudhu’ dengan menggunakan gayung yang tersedia di kolah masjid dan menunaikan sembahyang Asar secara berjemaah bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda.

Selepas menunaikan sembahyang Asar, berwirid dan berdoa, Baginda terus menyampaikan kunci lapan buah rumah (bernilai RM30,000 setiap satunya) yang telah dibina dengan menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada lapan orang penduduk miskin tegar dari jajahan Gua Musang. Turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang adalah 100 penduduk berdekatan.

Setelah itu, Baginda meluangkan masa selama hampir setengah jam bagi beramah mesra dengan 29 orang asli dari Pos Hendrop di perkarangan masjid itu di mana Baginda telah memberikan mereka, yang diketuai oleh Ahoh @ Wahab bin Ibrahim, 29, peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kepada Baginda. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan mereka, mereka pun mengemukakan hasrat mereka supaya Baginda dapat mengusahakan agar mereka dan rakan-rakan mereka yang lain yang kesemuanya berjumlah sekitar 200 orang diberikan hak milik tanah di dalam lingkungan 15 ekar seorang. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk memikirkan cara bagi membantu mereka mendapat tanah tersebut. Di dalam masa yang sama, Baginda menanyakan kepada mereka apakah yang mereka mahu usahakan di tanah tersebut, yang dijawab oleh mereka akan diusahakan dengan tanaman padi, pisang dan keledek. Baginda kemudiannya mencadangkan bahawa adalah lebih baik tanah itu diberikan secara berkelompok serta diusahakan secara beramai-ramai, dengan tanaman yang lebih menguntungkan seperti getah, bagi membolehkan tanah itu memberikan pulangan yang lebih baik. Kesemua orang asli ini juga turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang.

Kemudian Baginda, tanpa menghadapi walau sebarang kesulitan pun, terus sahaja menyembelih sendiri seekor lembu, juga di perkarangan masjid itu, di mana dagingnya, bersama-sama daging empat ekor lagi lembu yang telah disembelih pada sebelah paginya, diagih-agihkan kepada fakir miskin, termasuklah kepada hadirin majlis.

Seterusnya, Baginda berjalan kaki meredah hujan renyai sejauh kira-kira 500 meter untuk ke rumah seorang pesakit asma kronik, Sudin Che Ya, 59. Di sini, Baginda telah meluangkan masa selama kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan pesakit tersebut. Di antara lainnya, pesakit tersebut menceritakan kisahnya yang menghidap asma, yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja (hanya mengharapkan hasil daripada tanaman getahnya yang diusahakan oleh penduduk lain) di samping menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah, iaitu Mohd Shahriza, 17, dan Mohd Ridzuan, 11, apatah lagi setelah beliau ditinggalkan oleh isterinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai jenis-jenis ubatan yang pesakit tersebut gunakan bagi merawat penyakitnya itu, Baginda telah memberikan komitmen Baginda untuk membeli, sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura, peralatan rawatan terkini (yang boleh berfungsi apabila disambung dengan bekalan elektrik ataupun pencucuh api di dalam kereta) yang digunakan bagi merawat penyakit itu. Baginda juga menitahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang supaya mengusahakan pesakit tersebut dibawa untuk menjalani rawatan yang lebih terperinci di Hospital Daerah Gua Musang. Baginda kemudiannya bertanya pesakit tersebut jika ada apa-apa permintaan khusus yang dimahukan oleh beliau dari Baginda dan pesakit tersebut pun mengemukakan hasrat beliau supaya Baginda dapat membina sebuah rumah baru untuk beliau dan anak-anak beliau memandangkan rumah yang mereka diami sekarang sudah agak uzur. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk membantu membina rumah tersebut. Di samping itu, Baginda juga tidak lupa untuk memberikan sedikit sumbangan peribadi Baginda kepada pesakit tersebut.

Setelah itu, Baginda pun bergegas kembali ke Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B untuk menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah bersama-sama para penduduk tempatan di sana. Setelah berwirid, berdoa, bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah, Baginda beserta rombongan Baginda pun berangkat ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beradu di sana dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, di antara para pegawai tinggi kerajaan negeri yang turut hadir di dalam majlis ini adalah Ahli Majlis Perajaan Negeri, Dato’ Sukri Mohamed; Dato’ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Dato’ Ismail Mohd Noor; Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias; Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat; Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh; Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Kamaruddin Mohd Zain; dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Thursday, September 30, 2010

LUCUTAN JAWATAN SEBAGAI SULTAN KELANTAN KE-6



Aku baru je lepas tegok berita TV3 tadi...terdegar bahawa sultan kelantan ke-5 telah melucutkan jawatan sultan kelantan ke-6, Tungku Fakri....
lucutan tersebut dibuat secara serta merta oleh sultan kelantan ke-5...
DAULAT TUANKU....
mungkin ada perkara yang tidak diperkenangkan oleh sultan ke-5 negeri kelantan nie..
.itu sultan buat arahan serta merta....
sultan terbaru negeri kelantan ini memiliki jiwa dan berhati rakyat...
itu semua rakyat kelantan amat suka jika dia dinaikan takhta mengganti sultan ismail putra (ayahandanya).....
dia juga amat rapat dengan TOK GURU (Menteri Besar Kelantan) bagi memdalami ilmu agama ...
sultan ke-5 ini amat rapat dengan semua...tidak memilih warna,bangsa,politik atau lain-lain...
ITULAH RAKYAT AMAT SAYANG SULTAN KELANTAN KE-5 ini...
DULAT TUANKU..semoga dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..


Thursday, September 23, 2010

SOKONGAN RAKYAT UNTUK SULTAN KELANTAN



PESEDAK berdiri teguh di belakang Sultan Kelantan
KOTA BHARU – Persatuan Sekretariat Datuk-datuk Luar Kelantan, (PESEDAK), semalam menyatakan sokongan dan taat setia terhadap pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Timbalan PESEDAK, Datuk Mustopha Ahmed, berkata, pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ismail Petra yang sedang gering itu adalah mengikut perundangan negeri dan sah.

“Persatuan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelantikan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Kami sekalian mengharapkan pelantikan ini memberi satu ruang baru untuk memajukan terus negeri Kelantan dan persatuan sentiasa menyokong penuh dan sedia membantu dalam bentuk apa-apa sekali pun,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, fasal 4 penubuhan persatuan tersebut juga bertujuan menyediakan Prasarana Perumahan kos rendah dan meningkatkan infrastruktur sistem teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT).

“Kami melakukan penambahan tabung kewangan dengan cara tidak bercanggah dengan undang-undang dan hasilnya akan digunakan untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti PESEDAK,” katanya.

Beliau berkata, keahlian persatuannya itu layak disertai semua warganegara Malaysia di dalam dan luar negeri ini yang dianugerahkan gelaran datuk dari luar negeri Kelantan dan luar negara.

“Selain itu, pihak persatuan juga sedia membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di luar negara bagi melahirkan lebih banyak ahli-ahli profesional dan usahawan generasi muda,” katanya.

sumber : sinar harian

SOKONGAN RAKYAT YANG AMAT PADU ATAS PERTABALAN
SULTAN KELANTAN YANG KE-5...
RAKYAT AMAT BANGGA ATAS PELANTIKAN SULTAN YANG
BERJIWA RAKYAT...

DAULAT TUANKU - Raja Kelantan ke-5


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima sebagai penggunaan rasmi Istana dan Kerajaan Negeri bagi menggantikan nama asal baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuat kuasa pada pemasyhuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan, 13 September lalu.

“Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ianya akan menjadi nama rasmi bagi gelaran baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda.

Menurutnya, penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata, baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Menurutnya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Katanya, gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

“Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan Kerajaan Negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya.

Sementara itu, mengenai pemasyhuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, Abdul Halim berkata: “Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

“Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa."

sumber : sinar harian

DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU

Wednesday, September 8, 2010

Majlis Setia Rakyat Kelantan (MSRK)

MSRK lapor blog hina Sultan
KOTA BHARU - Majlis Setia Rakyat Kelantan (MSRK) membuat laporan polis berhubung gambar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang tersiar di Internet.

Laporan itu di buat di Balai Polis Kota Bharu kira-kira jam 2.30 petang semalam, dengan dihadiri kira-kira 20 ahli MSRK.

Presiden Penaja MSRK, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, pihaknya berharap agar satu siasatan dijalankan dengan tegas dan telus terhadap pihak tidak bertanggung jawab itu.

”Pihak berkenaan menyiarkan gambar-gambar insiden penahanan Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan oleh pihak unit Tindakan Khas Polis yang bersenjata lengkap pada 4 Mei lalu semasa baginda hendak berangkat menerima rawatan ke Singapura.

”Gambar yang tersiar dalam Internet itu disiarkan melalui laman web dan blogger ‘Justread’, “ katanya.

Menurutnya, gambar-gambar itu dapat dilihat dan dibaca seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

”Pada pandangan saya ia amat memalukan di mata rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kelantan khasnya Kerajaan Malaysia.

”Insiden memaparkan gambar itu juga jelas memberi tanggapan negatif dalam kalangan rakyat seolah-olah Sultan Kelantan macam penjenayah,” katanya.

Azaha berkata, hal itu menjatuhkan martabat dan maruah kesultanan Kelantan.

”Sultan Kelantan adalah sah bertakhta mengikut Perlembagaan, Undang-undang Tubuh Negeri dan Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan.

”Saya mohon supaya siasatan polis dapat dijalankan bagi membawa pihak bertanggungjawab dalam insiden tersebut untuk diambil tindakan menghina dan menjatuhkan maruah Sultan Kelantan,” katanya.

sumber : sinar harian

DAULAT TUANKU.....JANGAN HINA SULTAN KELANTAN AMBO
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.