widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

3 NEGERI PUN MAHU CUTI JUGA (LUAHAN BOLA)

PEMBERIAN CUTI PERDANA MENTERI(NAJIB)-SATU MALAYSIA TIDAK DAPAT DIRASAI
OLEH RAKYAT NEGERI KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH SEMPENA DENGAN KEMENANGAN BOLA SEPAK ANTARA
MALAYSIA LAWAN INDONESIA
(PIALA SUZUKI SEMALAM (29 Disember 2010)...
INI KERANA CUTI YANG DIUMUMKAN OLEH PM UNTUK SATU MALAYSIA TELAH DITETAPKAN PADA CUTI AM BAGI 3 BUAH NEGERI INI
HARI JUMAAT (31 Disember 2010).


MEMANG NEGERI KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH SUDAH MERASAI CUTI MACAM TU...
BAIK X PAYAH UMUM CUTI TERSEBUT...
BUAT SEDIH JE.
hehehhehehe


...RAKYAT KELANTAN,TERENGGANU DAN KEDAH MAHU CUTI JUGA BAGI MERAIKAN MALAYSIA JUARA DALAM PIALA SUZUKI YANG JULONG KALI INI....

TAHNIAH KEPADA PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA MALAYSIA
ATAS
BAWA BALIK PIALA SUZUKI KE MALAYSIA
(MALAYSIA BOLEH)




p/s : luahan peminat setia bola malaysia dan rakyat 3 buah negeri (Malaysia)..
Tiada kaitan yang hidup dan mati..ini bagi luahan tidak seragam cuti AM BOLA

Saturday, December 11, 2010

Selagi hayat ada ... Bahagiakan IBUBAPA

Tolong korbankan masa mu…mungkin ia amat bernilai…
Jgn pndg hina org keje kilang…….n jgn bezakan anak2
Selagi hayat ada ...
Bahagiakan IBUBAPA


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
>
> "Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
>
> "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
> Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
>
> Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
>
> "Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
>
> "Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
>
> " Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.
>
> "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
>
> "Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."
>
> "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
>
> "Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
> Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
>
> "Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.
>
> "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.
>
> "Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.
>
> "Tapi bang?... "
>
> "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang

dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
>
> "Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.
>
> "Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
>
> Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas

bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
>
> "Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
>
> "Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
>
> "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
>
> "Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang

duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.
>
> "Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
>
> "Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
>
> "Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
> ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"
>
> Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang

Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
> Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
>
> Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
>
> "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.
>
> "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
>
> "Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu

sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.
>
> "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
>
> "Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."
>
> "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak

pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
>
> "Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.
>
> "Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
>
> Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
>
> "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
>
> Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
>
> "Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
> Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."
>
> "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei

terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.
>
> "Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.
>
> "Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu

lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
> pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
> Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.
>
> "Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak

turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
>
> "Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai

kain selendangnya.
>
> "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
>
> "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
>
> Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
>
> "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
>
> "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
>
> "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
>
> "Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
>
> Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.
>
> Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.
>
> "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
> Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
>
> "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh

mencapai pinggan.
>
> "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
>
> "Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.
>
> "Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
>
> Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak

sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."
>
> "Habis tu?"
>
> "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
>
> "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.
>
> "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
> Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini
Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
> tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.
>
> "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.
>
> "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan."
>
> "Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
>
> "Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
>
> "Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
>
> Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran
bercampur hiba.
>
> "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
>
> "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"
>
> "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
> penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
>
> "Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak

itu.
>
> "Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
> pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
> ............ ......... ......... .......
> Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.
>
> "Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
>
> "Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
>
> "Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
>
> Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
>
> "Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya

tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
>
> "Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.
>
> "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.
>
> "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
> suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.
>
> "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
> cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.
>
> "Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
>
> "Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

>
> "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.
>
> "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
>
> Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
>
> "Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.
>
> "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
>
> "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
>
> "Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
> Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
>
> "Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
>
> "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
>
> " Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan

dan melangkah laju ke bilik Intan.
>
> "Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
> Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
>
> "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
>
> "Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
>
> "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
tersedu sedan.
>
> "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu

lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
> Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,"
cerita Muaz.
>
> Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

> Tamat....
>
Menitik air mata saya

> Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....

Ø Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT…
Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA… kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita
Seorang yg CELIK matanya…

HAYATILAH MESEJ INI...Aku baca pun menitis air mara

Thursday, October 7, 2010

MASJID & AL-QURAN DIBAKAR

RAMALLAH - Penyerang tidak dikenali membakar sebuah masjid dan beberapa naskhah kitab al-Quran selain menconteng dinding masjid dengan kata-kata kesat yang ditulis dalam bahasa Hebrew di sebuah kampung di Tebing Barat, Isnin lalu.

Pendatang haram Yahudi dilaporkan bertanggungjawab atas perbuatan yang meningkatkan lagi ketegangan dalam proses damai Timur Tengah yang tergendala selepas dimulakan, awal bulan lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu dalam percubaan menyelamatkan imej Israel selepas dikritik pemimpin dunia kerana enggan melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pembinaan penempatan haram Yahudi menjadi halangan utama dalam proses damai Palestin-Israel apabila negara rejim itu terus membina rumah di atas tanah milik Palestin bagi 300,000 warga Israel.

Tiada sebarang tahanan atau dakwaan berhubung serangan itu dibuat.

Sementara itu, wakil pendatang Yahudi yang mengecam serangan itu menghadiahkan beberapa naskhah baru al-Quran kepada mas-jid tersebut, kel:marin.

sumber : sinar harian

SYAITAN MANA YANG TELAH MENGINA DAN MEMBAKAR
MASJID DAN AL-QURAN KU?

KERA-KERA PEMBUNUH????


BAYI TERBUNUH ANGKARA KERA
SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berumur empat hari mati dipercayai diserang kera liar di rumahnya di Taman Happy, dekat sini, semalam.

Bayi malang yang belum diberi nama itu ditemui keluarganya di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan di badan, leher dan kepala.

Datuk bayi berkenaan, A Valayuthum, 70, berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri dan ibu bayi terbabit berada di dalam rumah.

“Kira-kira jam 1.15 tengah hari, saya menjaga cucu yang sedang tidur di ruang tamu, sementara isteri dan ibunya berada di dapur serta bilik air.

“Ketika cucu tidur, saya ke dapur untuk minum air. Kemudian, anak saya, V Revathi menjerit menanyakan di mana anaknya selepas melihat bayinya tiada di ruang tamu," katanya ketika ditemui di luar bilik mayat, Hospital Tunku Jaafar (HTJ), dekat sini, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga terus mencari dan menemui bayi terbabit berhampiran pokok bunga di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah.

"Kami segera membawanya ke HTJ tetapi bayi berkenaan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.

Sementara itu, bapa bayi terbabit, V Naru, 29, yang bekerja pemandu lori berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Saya mengetahuinya selepas mendapat panggilan daripada isteri beberapa minit selepas kejadian.

“Saya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anak namun dimaklumkan pihak hospital bahawa anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

V Naru berkata, dia sedih kerana bayi itu adalah anak sulungnya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Anak saya baru saja dilahirkan Ahad lalu tetapi dia ‘pergi’ hari ini (semalam) sebelum sempat mendaftarkan namanya.

“Lebih menyedihkan melihat dia ‘pergi’ dalam keadaan menyayat hati,” katanya.

Menurutnya, terdapat sekumpulan kera liar di kawasan rumahnya di Taman Happy, dekat sini, yang sering mengganggu penduduk.

“Sebelum ini, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menembak mati beberapa kera tetapi sejak dua bulan ini, binatang itu masih kelihatan di kawasan ini," katanya.

sumber: sinar harian

Kasian keluarga dia kan...
dah la baru dapat anak sulung dalam 4 hari baru....
dah meninggal disebab KERA......
menyayat hati je rasa......
kurang lagi rakyat MALAYSIA seorang...

SABAR ye kepada keluarga dia....

Sunday, October 3, 2010

PENYELESAIAN MAKIN SUKAR


Beberapa kali sahaja rundingan langsung antara rejim Zionis Yahudi dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berlangsung. Kini, rundingan itu terhenti semula apabila pembekuan pembinaan penempatan baru Yahudi selama 10 bulan di Tebing Barat tamat pada akhir September lalu.

Sebagai simbolik penamatan tersebut, orang-orang Yahudi membawa jentolak dan alat-alat lain serta bahan pembinaan bagi merangsang semula pembinaan penempatan baru Yahudi di Tebing Barat yang kini mencapai jumlah 500,000 orang.

Pihak PA memberi syarat tegas tidak akan berkompromi untuk meneruskan rundingan langsung jika rejim Zionis meneruskan penempatan mereka dan meramaikan penduduk Yahudi di Tebing Barat.

Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza dikenal pasti sebagai wilayah PA yang bakal menjadi wilayah Palestin dalam pelan damai yang dibroker jawatankuasa empat penjuru, termasuk Amerika Syarikat (AS), bagi menyelesaikan isu Palestin dengan mewujudkan Negara Palestin beriringan dengan rejim Zionis haram yang telah dilahirkan pada 1948 dengan merampas dua pertiga bumi milik rakyat Palestin.

Tetapi, wilayah-wilayah Palestin ini terus diceroboh dengan penempatan baru Yahudi. Rejim Zionis tidak mempedulikan tentangan antarabangsa terhadap aktiviti penempatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta mencabul perjanjian-perjanjian damai antara rejim Zionis dan Palestin serta negara-negara Arab yang diwakili Liga Arab.

Wilayah-wilayah ini di bawah naungan dan penjajahan rejim Zionis dan kerana itu mereka mampu berbuat apa sahaja. Masyarakat antarabangsa tidak berupaya menyekatnya dan menjadi pengetahuan umum bahawa rejim Zionis tidak pernah tunduk kepada sebarang resolusi yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu Palestin.

AS dan barat sebagai pendukung dan pelindung rejim Zionis menggunakan kuasa pembatal atau veto dalam Majlis Keselamatan bagi menyekat sebarang resolusi yang menyentuh keutuhan dan survival rejim Zionis. Sesiapa atau mana-mana negara yang cuba mencabar rejim Zionis akan menerima padah tindakan AS dan sekutu baratnya. Iran adalah contohnya.

Inilah hakikat yang tidak mudah diselesaikan dan ia menjadi batu penghalang kepada kewajaran sebarang penyelesaian Palestin. AS dan barat bertindak sebagai peguam bela dan pada masa sama menjadi hakim dalam isu Palestin, memberi ruang kepada rejim Zionis mencapai matlamat dan cita-citanya.

Rakyat Palestin sentiasa berada dalam kerugian dalam sebarang perbincangan dengan rejim Zionis. AS dan sekutu barat pula terus mengasak supaya Palestin meneruskan rundingan tanpa sebarang syarat dengan rejim Zionis, walaupun ketika pembinaan penempatan baru terus mengambil tempat. Sepanjang rundingan, setakat ini tiada sesuatu yang konkrit dan berisi dapat dihasilkan yang menyebelahi pihak Palestin.

Kini, dengan jumlah penempatan Yahudi seramai 500,000 di Tebing Barat dan penempatan di Baitulmuqaddis Timur yang sentiasa berkembang, apakah mampu dilakukan oleh Palestin terhadap penduduk Yahudi jika sebuah Negara Palestin akan lahir?

Jumlah penduduk Yahudi yang begitu ramai di wilayah Palestin, akan menjadi duri dalam daging kepada pihak berkuasa Palestin dan ini memberi gambaran negara Palestin sebenarnya satu omong kosong yang sengaja diada-adakan pihak kuasa AS dan barat dalam penerusan agenda mereka di Asia Barat.

Pelan damai untuk mewujudkan negara Palestin sengaja ditimbulkan supaya pihak Palestin sentiasa berada dalam suasana rundingan dengan rejim Zionis sedangkan hakikatnya rejim Zionis tidak mungkin membenarkan sebuah negara Palestin wujud mengikut acuan rakyat Palestin sendiri.

Rejim Zionis mahukan negara Palestin yang bakal wujud mestilah tertakluk kepada kehendak dan acuannya, iaitu berada di bawah naungannya tanpa mempunyai ketumbukan tentera dan sistem pertahanan sendiri dan pelbagai lagi syarat yang tidak mempamerkan ia sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Apakah rakyat Palestin akan menerima hakikat ini? Ia jauh dari kehendak dan keperluan sebuah negara berdaulat dan dalam situasi sebegini tidak akan muncul sebuah negara menjadi idaman rakyat Palestin yang telah berjuang selama lebih enam dekad untuk melepaskan diri dari penjajahan dan penaklukan rejim Zionis.

Apabila terhentinya rundingan langsung yang ditaja AS dan jawatankuasa empat penjuru, maka AS dan sekutunya akan meneruskan usaha secara tidak langsung pula dan ia bagaikan memaksa pihak Palestin kembali ke meja rundingan tanpa sebarang syarat, sementara rejim Zionis meneruskan perluasan penempatan baru Yahudi di wilayah-wilayah yang dimenangi mereka dalam perang 1967.

Terlalu sulit dan rumit untuk mencari penyelesaian Palestin. Ia menjadi bertambah rumit apabila rejim Zionis menambahkan penempatan baru penduduk Yahudi di wilayah-wilayah yang ingin dijadikan wilayah bumi negara Palestin.

Isu ibu negara Palestin dan ibu negara rejim Zionis dan hak untuk rakyat Palestin yang menjadi pelarian untuk kembali ke bumi Palestin adalah isu-isu kritikal yang kelihatan tidak ada jalan penyelesaiannya.

Ibu negara Palestin ialah Baitulmuqaddis Timur dan ibu negara rejim Zionis ialah seluruh Baitulmuqaddis. Mana mungkin ada penyelesaian dan dalam keadaan serumit ini tentulah gendang perang akan dipukul oleh kedua pihak. Hak untuk rakyat Palestin kembali dinafikan dan ini tentu menyulitkan proses perdamaian.

Isu-isu yang menyangkut Palestin hampir mustahil untuk dicari penyelesaian. Ia ditambah pula dengan isu penempatan baru Yahudi ,menjadikan penyelesaian Palestin bagaikan tidak ada jalan keluar yang munasabah untuk dicari.

Penambahan penduduk Yahudi di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis Timur sengaja dicipta oleh rejim Zionis untuk menambahkan halangan sedia ada bagi menggagalkan usaha mewujudkan sebuah negara Palestin sebagaimana terkandung dalam pelan damai.

Di samping halangan-halangan berkenaan yang sangat sukar untuk mencari penyelesaiannya, status Mesjid Al-Aqsa dan pelbagai tempat suci di persekitaran Baitulmuqaddis tidak dapat dirundingkan dan tiada kompromi. Ia lebih mengundang persengketaan dari perdamaian. Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis bagi umat Islam adalah benteng iman dan takwa yang tidak dapat dikompromikan.

*Penulis Ialah Perunding Media Di Kuala Lumpur.

sumber : sinar harian
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESENANGAN BAGI MENYELESAIKAN KEKUSUTAN DI PALESTIN...DIDATANGKAN KEMERDEKAAN UNTUK ORANG ISLAM..JAUH DARI KESEKSAAN KEPADA KANAK-KANAK KECIL DAN MASYARAKAT ORANG ISLAM... amin

Wednesday, September 29, 2010

ANAK GAYONG KEMALANGAN ATAU DIBUNUH?


KESEDIHAN TIDAK DIJANGKA

KOTA BHARU – Kematian seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Negeri Sembilan menimbulkan kesangsian kepada keluarganya malahan mereka percaya kematian tersebut mempunyai unsur jenayah.

Bapa mangsa, Rosli Mahmud,53, berkata, kematian Muhammad Aizuddin,20, sangat mengelirukan mereka sekeluarga kerana ia terjadi selepas sehari anak keempat daripada enam beradik itu menerima ugutan daripada keluarga kawan perempuannya.

“Sebelum anak saya dimaklumkan terlibat dengan kemalangan di Perhentian Bas Putera, Kuala Lumpur pada pagi kelmarin, sehari sebelum itu ada tiga buah kereta datang ke rumah kami dan memberi ugutan akan mengapa-apakan anak lelaki saya,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkal Kalong, Kok Lanas, di sini.

Beliau berkata, selepas mendapat ugutan tersebut beliau membuat aduan polis di Balai Polis Kok Lanas sehinggalah mereka sekeluarga dikejutkan tentang kematian Aizuddin pada keesokan paginya.

Menurut kakak Aizuddin, Siti Nurul Idayu, 25, kejadian tersebut berlaku ketika adiknya tiba di perhentian bas tersebut setelah pulang bercuti di rumah mereka di Kelantan.

“Pada pagi itu saya mendapat panggilan telefon daripada keluarga di kampung yang menyatakan adik dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana terlibat dengan kemalangan,” katanya yang tinggal di Klang, Selangor.

Beliau berkata, apabila sampai di sana, dia mendapati bahagian muka adiknya cedera teruk sehingga sukar untuk dicam tetapi yang mengejutkan ialah bahagian badan adiknya langsung tidak mempunyai calar ataupun luka.

Siti Nurul Idayu berkata, keadaan adiknya itu dilihat seperti bukan terlibat dengan kemalangan pun.

Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan dan semua urusan berkaitan dengan perkara tersebut mereka serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian ini dan berharap kebenaran akan berpihak kepada adik saya,’’ katanya.

sumber : sinar harian

Aku baru balik dari rumah kawan nie nie...berita kematian adik kawan aku yang paling tragis....kematian yang paling tidak disangka oleh keluarga dia dan aku sendiri...kawan aku nie guru silat gayong negeri kelantan...aku pun sama la juga..hahaha...
aku lihat dari gambar yang diambil oleh kawan aku terhadap kecederaan adik dia nie x logik bagi aku untuk kemalangan..ini kerana tiada sedikit pun luka di tubuh...hanya luka yang paling dahsyat di kepala dan muka....itu aku x leh terima stetment tu....kawan aku cerita hal tersebut dari awal hingga akhir pasal nie.......aku pun rasa naik GERAM...
ini gara-gara salah faham...ishhhh...ish.......kecederaan yang amat parah...tempurung kepada peceh,mata rosak,mulut peceh,hidung patah...semua bahagian muka yang cedera...koma selama 2 hari....
kejadian ini berlaku di KUALA LUMPUR, stesen bas hentian putra....laluan jalan kuching...kejadian berlaku di sebelah pagi..kul 5 @ 6 pagi....ada saksi nampak kejadian tu...ada juga yang menolong..itu seorang warga banglades..tetapi kena pukul sempai koma juga bangla tu...bangla tu sekarang duduk dalam ICU lagi ...
sambung ceritalagi...adik dia sempat lari selepas dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan abang budak perempuan tu dengan menguna BUKU LIMA, BATANG PAIP BESI dan lain-lain.....adik dia lari dari PENJAHAT itu dengan menyeberangi jalan besar...serta ada sebuah kenderaan mengelak dari merempuh adik dia yang ingin menyeberangi jalan dan kenderaan tersebut terbabas dan melanggar penghadang jalan.....sebab itu laporan polis menjadi kes kemalangan bukan kes bunuh atau pukul?
tetapi tuan kenderaan tersebut membuat laporan polis bahawa dia tidak melanggar adik kawan aku sebaliknya dia melihat adik kawan aku dikejar oleh beberapa orang lelaki sebelum dia nyaris melanggar adik kawan aku...itu la stetment kawan aku cerita di sebalik laporan polis tersebut...
Tetepi aku masih tidak puas hati....kemana penjenayah itu...dia lari ke mana?
dia belum kena BUKU DAN LUAS????? sampai bila dia boleh lepas....
tak kan lepas dari undang2....kalu lepas dari undang2..akan juga undang2 lain pula....
ADA UBI ADA BATAS.....ADA HARI BOLEH DIBAL???????????????

Aku betul sedih atas kejadian yang menimpa adik kawan aku ini....
AKU HARAP AGAR KELUARGANYA MENERIMA KETENTUHAN ALLAH....
HARAP TABAH ATAS SEGALA DUGAAN INI.....

sebelum berakhir....aku minta kawan2 di BLOG aku
SEDEKAHKAN AL-FATIHAH
kepada adik kawan aku ini....
semoga rohnya dicicuri rahmat dan diletakan dalam golongan orang2 yang beriman..amin...



Tuesday, September 28, 2010

ISTERI BERSUAMI DUA..ish..ish...ish...pelik dunia nie


KOTA BHARU – Seorang ibu, Muliani Mahmud, 54, pening memikirkan siapa menantu sebenarnya apabila anak perempuannya, Shazlinda Che Ali, 35, mempunyai dua suami pada masa yang sama.

Muliani berkata, pada Jun lalu, Shazlinda diceraikan talak tiga oleh suami kelimanya, yang juga seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.

“Apa yang kami sekeluarga kelirukan sekarang ialah, semasa berkahwin dengan suami kelimanya itu, Shazlinda masih lagi sah sebagai isteri kedua kepada suami keempatnya, Mohd Hashim Mat Yusoff.

“Kami hairan macam mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh melepaskan perkahwinan tersebut sedangkan pada waktu itu Shazlinda masih lagi sah isteri Mohd Hashim,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng, di sini.

Muliani berkata, yang menjadi masalah sekarang ialah Shazlinda dan Mohd Hashim berkahwin di Thailand dan masih belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Beliau berkata, masalah lain pula ialah, anak perempuannya kini masih bersekedudukan dengan suami kelimanya itu.

Menurutnya, suami kelima anaknya itu merupakan seorang yang panas baran dan sering mendera Shazlinda serta anak perempuannya, Natasha Balqis Mohd Hashim, 5.

“Sekarang ini saya percaya, anak dan cucu saya berada di sana, dan berharap mereka dapat pulang semula ke negeri ini serta memperbaiki apa yang silap,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga berharap ada pihak yang akan tampil menyelesaikan masalah mereka itu kerana ia sudah berkaitan dengan agama.

sumber : sinar harian

HAI DUNIA..DUNIA....
ada juga perempuan mempunyai 2 suami...hebat kan perempuan nie..
kuat dia punya naf?? kan.....hahaha....
perempuan ni pun sama..kahwin kat thailand....
x daftar pula di malaysia...
'tu boleh jadi masalah tu..ishhh

Monday, September 27, 2010

MALAIKAT ATAU SYAITAN??





APAKAH CIRI -CIRI ANDA SEMUA????
susah nak cakap kan...kat mn kita sbenar nya...
nak cakap malaikat atau orang baik...ada juga kita buat perkara jahat nga buruk..
nak cakap jahat...kita ada buat buat perkara baik yang amat sangat...
aku tunjuk pic ini untuk luahan hati aku kat tempat kijo je....
aku berkerja di sebuah agensi berkanun kerajaan...
berpangkat ok juga la....lepas tu aku mempunyai 2 orang bawahan untuk dijaga...
tapi yang paling aku tekanan sekali..menjaga orang bawahan yang tua, bodoh sombong, belagak pandai, tak tahu pa kerja, perasan lawa,x hormat orang dan lain-lain lagi..
sabab apa aku kat mcm tu..kerja dah lama ..dalam 15 tahun kononnya dia cakap...
semua kerja dia buat ....tapi yang paling aku tertekan...bagi satu kerja untuk masuk senarai nama dalam excel...dia boleh cakap x tahu nak guna...hussss....fusssss.....aku sabar dengan ucapan tu...lepas tu aku terfikir..macam mn dia kerja x tahu nak buat kerja senang...
biarkan lagi...aku bagi satu kerja pada dia untuk call peserta kursus...dia boleh kasi orang lain call...orang lain tu..budak praktikal la...cakap dia x leh call peserta tu..sbb dia sibuk ada kerja lain nak disettle kan....hutttt..hattt....aku begang....tapi aku biarkan lagi....aku cuba tegok dia buat kerja apa...raaaaa.....reeee....baca surat khabar dalam internet je kerja dia....
cakap orang buruk perangai..dia lagi buruk parangai....apa lagi aku pun berbunyi la sikit kan...dah x tahan perangai mcm tu...aku cuma cakap "AKAK X DE KERJA KE?"...dia pun apa lagi..buat sibuk terus...amik je kerja dia....baut la kerja apa2 yang aku tak tahu...lepas tu jumpa la dia nga geng2 dia...mengata aku dari belakang ..cakap aku gila kuasa la..cakap aku gila kerja la..cakap aku poyo la...banyak lagi...ini pun aku tahu cerita dari mulut kawan dia juga...hahahaha..sama je kawan dia nga dia kan..tapi aku sabar lagi..ada kalanya tekanan masih ada dalam kerja....aku nak uji lagi dia buat tak kerja kau kasi...aku suruh buat senarai nama peserta dalam excel lagi sekali...kerja ini nak cepat...aku terima arahan dari BOS BESAR AKU untuk siapkan dalam satu hari..aku pun x sempat buat sorang kan...aku kasi la pada dia sikit...dia cakap ok...dah biasa buat..aku lega la sikit...senang la aku buat kerja yang satu la...last sekali bos besar tanya senarai tu...aku cakap dah siap.....aku p tempat dia tanya...dia cakap x siap..sbb x tahu nak buat pula..x reti nak masuk format ....aku bertambah2 begang la...aku bagi je ayat sebiji ... "AKAK, KALU KAK X TAHU ATAU X PANDAI..MARI TANYA NGA JUMPA SHAM..SHAM BOLEH AJAR.... JANGAN JADI BODOH DAN SOMBONG" tak tahu diam diri je....itu ayat paling pedas kot aku kasi..apa lagi dia....diam seribu bahasa...aku juga kena siapkan kerja orang bawahan..husss..hasss..penat2 kerja..semua kerja kena buat...

OKLAH LA...aku sambung lain kali pula k....

Thursday, September 23, 2010

CELAKA PUNYA HITAM

Mohd Shafiq mungkin senasib Sosilawati
SUNGAI PETANI - “Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang. Saya cam sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma,” kata Samson Nahar Mohamed Dali, 35.

Penemuan jam tangan yang disahkan milik kontraktor, Mohd Shafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang April lepas menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu berkata, beliau dipanggil polis kerana dalam kenyataannya mengenai kehilangan suami di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur April lepas, beliau memberitahu telah menghubungi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati untuk mencari Mohd Shafiq.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan suaminya dibuat 13 April lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dan kes itu kemudian dipindahkan ke Balai Polis Petaling kerana suaminya hilang di Kuala Lumpur.

Samson Nahar berkata, Mohd Shafiq yang berasal dari Perak tinggal di sebuah rumah sewa di Kuchai Lama, Kuala Lumpur kerana bekerja di sana dan hanya pulang ke rumah mereka di Sungai Petani setiap hujung minggu.

Beliau berkata, selepas menyedari ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap suaminya, beliau menghubungi semua rakan-rakan termasuk suspek.

“Semua orang jawab tak tahu, tapi dia (suspek) seorang sahaja yang bagi jawapan ada jumpa suami dan beritahu suami saya ke luar negara dan akan balik lima enam hari lagi.

“Tapi bila saya tanya pergi mana, dia kata rahsia. Saya rasa pelik dan terus ke rumah sewa suami di Kuchai Lama,” katanya.

Menurutnya, beliau menemui pasport suaminya di rumah sewa itu dan ketika itu beliau menyedari bahawa kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek.

Kali terakhir Samson Nahar berhubung dengan suaminya melalui telefon ialah pada 7 April lepas dan gagal menghubunginya sehari selepas itu.

Beliau berkata, polis juga telah mengambil sampel untuk ujian DNA daripada ibu Mohd Shafiq yang kini menetap di Dengkil, Selangor.

“Polis juga ada meminta barang-barang peribadi suami, saya ada serahkan kasut suami minggu lepas kerana itu sahaja yang ada untuk membantu siasatan dan saya dimaklumkan keputusan DNA akan siap dalam dua minggu,” katanya.

Mengimbas kenangan bersama suami sejak 14 tahun lepas, Samson Nahar berkata, Mohd Shafiq seorang yang sangat bertanggungjawab dan tidak pernah lupa untuk memaklumkan destinasinya sekiranya mahu ke mana-mana.

“Dia memang selalu ke luar daerah dan ada juga pergi ke luar negara, tapi setiap kali sebelum pergi mana-mana dia mesti balik sini dulu sehari atau dua hari untuk bersama saya dan anak-anak,” katanya.

Samson Nahar berkata, selepas dimaklumkan 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa jenayah kejam itu pada malam hari raya lepas, keluarganya mengadakan solat ghaib serta majlis tahlil untuk suaminya.

”Saya masih menaruh harapan suami selamat selagi belum ada pengesahan dan sekiranya disahkan sudah meninggal, kami kena terima dan saya harap dapat mengkebumikan tulangnya di sini,” katanya.

Menurutnya, beliau dan anak-anak akan berpindah ke rumah yang baru dibeli suaminya di kawasan perumahan berhampiran tempat tinggalnya sekarang dalam tempoh terdekat.

“Tapi saya tak tau macam mana nak teruskan hidup lepas ini sebab hilang tempat bergantung, saya pula tiada kerja tetap,” kata surirumah yang mengajar kelas tambahan kepada pelajar sekolah secara sambilan di rumah.

sumber : sinar harian
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.