widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label berhati-hati. Show all posts
Showing posts with label berhati-hati. Show all posts

Monday, December 27, 2010

KISAH BENAR DI SEBALIK CAHAYA KEBENARAN

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN
MENGENAI AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan diKedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi.. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia , Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan....

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak, Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar diakhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.


PENGUMUMAN
HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimudosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersamauntuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

WALLAHUALAM..

Wednesday, December 22, 2010

PERINGATAN....JANGAN KETUK?


JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang
mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung
sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila
kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan
menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga
apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki
supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak
tertumpah.

Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung
tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel
dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya
api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran
pula yang terjadi.

Dinasihatkan :-

Jangan ketuk, tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan
minyak telah berhenti mengalir.

Wednesday, September 22, 2010

MENINGGAL DISEBAB MEJA LIPAT


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bapanya, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.

Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa" katanya.

Katanya kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir.

sumber : sinar harian

YAALLAH..semoga diberi ketabahan kepada kedua ibubapanya dan semoga roh nya dicucuri rahmat..amin

Friday, September 10, 2010

peter pan



ADAKAH LELAKI INI YANG DIGILA-GILAKAN OLEH KAUM WANITA?...
APA PENDAPAT KAUM WANITA SEMUA!!!!
ADAKAH INI BETUL ATAUPUN TIDAK....
bagi lelaki pulak..lagu best...gaya ok..tuan hensom body ok....tapi perangai BURUK!!!!
itu komen dari lelaki ...x tahu pula komen dan pandangan wanita mengenai lelaki ini...

Wednesday, September 8, 2010

RAYA!!!MESTI JADI MACAM NIE????


Padah mercun meledak
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki melecur hampir separuh mukanya akibat disambar api daripada mercun yang dipegangnya dalam satu kejadian di Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut Terengganu.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Nor Hisham Mohd Mazuki, 11, dikatakan sedang bermain dengan saudara sepupu dan jiran di pekarangan rumahnya.

Ibu saudaranya, Saliza Mohamed, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Semasa kejadian Hisham membuka bungkusan mercun untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Dia buka sebab kawan-kawan kata di dalamnya ada Aladin. Jadi dia buka untuk melihatnya.

“Ketika membuka bungkusan tersebut tiba-tiba ada di antara mereka yang memasang pemetik api lalu menyambar belerang yang berada di tangan Hisham dan terus menyambar sebahagian mukanya,” katanya ketika ditemui di Wad kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Program Bersama: Sayang Disayang anjuran Pergerakan Wanita UMNO negeri di sini, semalam.

Saliza berkata, selepas kejadian Hisham terus ke rumah neneknya dan dibawa ke Klinik kesihatan Kuala Besut oleh bapa saudaranya sebelum dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang lagi mangsa cedera bahagian mata akibat terkena percikan mercun yang dibakarnya.

Mangsa, Mohd Izzat Hakimi Azman, 8 dari Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh dikatakan terkena percikan mercun ketika bermain bersama kawan-kawannya.

Menurut Mohd Izzat, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu dia dan rakan-rakannya bermain mercun bola dengan menimbus mercun tersebut ke dalam tanah.

“Mercun tu kawan-kawan timbus dalam tanah, kemudian mereka nyalakan tetapi ia tidak meletup. Disebabkan tidak meletup mereka cuba gali semula dan tiba-tiba ia meletup.

“Percikannya terkena pada mata saya. Ketika itu saya berada tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya yang kini mendapat rawatan di HUSM.

Akibat kejadian itu, mata kiri Mohd Izzat cedera ringan.

sumber : sinar harian

HAI.....MERCUN..MERCUN....bunyi je bulan puasa dan raya...
mesti dengar terus dooom....boom...dunnnn..ponmmmmm...mesti bunyi macam tu
x de ke dengan bunyi pupttttt...tetttt...pitttt...macam tu..ok sikit kan..
last sekali dengar pulak kata...putus tangan, jadi, buta mata, kudung, pekak dan lain-lain..
sapa biasa kita dengar kena macam tu..ORANG MELAYU KITA LA....
cina x de pun dengar sangat kudung..buta..pekak..putus tangan..sebab MERCUN..
orang kita mesti ada PUNYAAAA...
HEBAT SANGAT ORANG KITA NIE....
bila la nak berubah ye?
hidup dengan tenang lagi baik kan ....

Polis buru suspek lolos tahanan polis

MACAM MANA BOLEH LOLOS NIE??
KOTA BHARU – Polis Kelantan melancarkan gerakan memburu dan mengesan seorang suspek yang berjaya meloloskan diri dari tahanan polis semasa diiring untuk dibawa ke lokap selepas perbicaraan kesnya selesai.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek yang berjaya melarikan diri itu dikenali sebagai Kamaruzuhan Rodzi, 26, berasal dari Jalan Sultanah Zainab dekat sini.

“Polis kini giat memburu suspek yang dipercayai berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna hijau.

“Polis turut memburu abang suspek yang dikenali sebagai Azmi Rodzi, 28, kerana dipercayai membantu melarikan suspek dengan memandu kereta berkenaan,” katanya.

Mazlan berkata, kedua beradik itu sebelum ini dipercayai terlibat dengan kes dadah dan curi kenderaan.

Sinar Harian kelmarin, melaporkan, seorang tertuduh berhubung kes dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 meloloskan diri dari tahanan polis apabila berjaya merentap tangan anggota polis yang mengiringi untuk dibawa ke lokap selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen 3, dekat sini tamat kira-kira jam 1 petang.

Suspek dipercayai sudah merancang untuk melarikan diri kerana sejurus selepas dia berjaya merentap tangan anggota polis berkenaan, dia terus berlari ke arah sebuah kereta yang sedang menunggunya di luar pagar mahkamah.

Anggota polis tersebut bagaimanapun cuba mengejar suspek sebelum berjaya memegang suspek, namun terpaksa melepaskan semula suspek selepas kereta berkenaan meluncur laju.

Mazlan berkata, bagaimanapun polis menemui kereta berkenaan yang ditinggalkan suspek di Kawasan Telaga Nibong, Tanjung Chat dekat sini malam kelmarin.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, kita mendapati bahawa kereta tersebut adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di luar pagar kawasan kilang Ain Medicare, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2 dekat sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek dan abangnya itu diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Bharu, Deputi Superintendan Goh Lee Fook menerusi 019-5341182,” katanya.

sumber : sinar harian

Kerapkali kita dengan penjenayah terlepaskan....biasanya dalam cerita di TV..
sekarang nie betoi pula terjadi...
macam cerita mat salleh la pulak rasa...
biasanya yang bolos dari polis cerita mat saller dipanggil HERO...
dalam kes nie penjenayah tu patut dipanggil HERO atau tak????
TAK KAN...hehehe saja nak tanya..
tapi malaysia..penjenayah..tetap penjenayah..lepas ke tak,tetap penjenayah....
PANDAI2 TUPAI MELOMPAT, JATUH JUGA KE TANAH...
betoi tak???


Tuesday, September 7, 2010

JALAN BERBAHAYA

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
GUA MUSANG - Pengguna Jalan Gua Musang–Kuala Krai perlu mengambil iktibar kemalangan 12 maut di Kilometer 21.2 jalan itu pada musim perayaan tahun lalu untuk tidak mengejar masa pulang menyambut Aidilfitri di kampung yang dijadualkan Jumaat ini.

Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang berikutan keadaan jalan di situ yang berselekoh dan mulai sesak dengan kenderaan warga kota untuk pulang ke kampung sejak kelmarin yang perlu lebih berhati-hati.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan berkata, pihaknya menyifatkan kawasan di jalan terbabit berisiko tinggi kerana kerap berlaku kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri.

Beliau tidak mahu keluarga di kampung yang menunggu-nunggu mereka dalam perjalanan untuk menyambut hari raya bersama dikejutkan dengan kejadian tidak diingini dan tinggal kenangan sepanjang hayat.

“Kita perlu ingat 12 maut dalam satu kemalangan ngeri di kawasan terbabit sebagai panduan serta ingatan untuk kita sama-sama memandu kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kem Semor dekat sini, petang semalam.

Kempen keselamatan jalan anjuran bersama polis dengan Kelab Lions Gua Musang itu diedarkan 300 risalah memandu cara selamat bersama topi keledar bagi penunggang motosikal yang pulang menyambut hari raya di kampung.

Hadir sama, Presiden Kelab Lions Gua Musang, Azizah Latif.

Aziz berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggota trafik membuat rondaan sepanjang masa di jalan berkenaan untuk memastikan kenderaan berjalan lancar dan mengelakkan pertambahan berlaku kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dalam tempoh seminggu ini belum berlaku kejadian kemalangan maut berikutan mungkin ada kesedaran pengguna mengenai cara pemanduan yang lebih berhemah.

Katanya, selain di Kilometer 21.2, sekurang-kurangnya 10 tempat lagi di laluan jalan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam kerana kerap berlaku kemalangan berikutan keadaan berbukit dan selekoh tajam.

“Sekiranya pemandu merasa mengantuk dan letih, mereka hendaklah berhenti di kawasan disediakan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula bagi mengelakkan berdepan bahaya kemalangan,” katanya.

sumber : sinar harian

BERINGAT SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PULANG KE KAMPUNG ..
SEMOGA BERHATI-HATI DI JALAN MAUT YANG SENTIASA KITA DENGA..
jalan maut nie ada banyak di kelante ..tambahan jalan kuala krai-gua musang tu...
kawasan yang sering kali terjadi kemalangan..tak kira kemalangan
kecil atau besar (mati)...tapi aku x nak jadi macam tu..
Jalan jauh nie kadang2 seronok juga tau..
kerana dapat tegok pemandangan cantik dan berubah...aku suka macam tu..

Raya ke-dua nanti aku guna laluan kuala krai- gua musang nak pergi ke KL ..umah mak mertua aku..
kawan2 DOAKAN aku semoga selamat sampai dan selamat pulang ye nanti...amin & thank
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.