widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, August 18, 2010

TOK GURU NIK AZIZ BERANG


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap pemimpin UMNO yang dilihat memberi bangkangan terhadap apa sahaja cadangan baik yang datang dari negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, apa saja yang datang dari Kelantan ramai pemimpin UMNO cuba ‘menunjuk cerdik’ dengan pelbagai komen.

“Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan Pas di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.

“Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

“Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

“Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem ‘barter trade’.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

“Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” katanya.

Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Dinar Emas dan Perak Dirham’ ini boleh menyebabkan kerugian.

KEMPEN ANTI-ZINA


SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.

“Kita minta remaja yang 'termengandung' ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.

“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.

“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.

“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos.

CINCIN ZAMRUD COLOMBIA MAHAL



Ukiran dan Corakan jawa...harga juga cantik dalam RM1200.00
diriku bangga dapat memakainya...lelaki hanya dapat pakai perak je...
nak beli EMAS x leh pakai..hanya beli EMAS untuk isteri pakai je....

KELANTAN KU TERCINTA






Ini lah Kelantan ku...tempat yang biasa dilawati oleh pengunjung...
trand Mark Kelantan ialah Wau Bulan..

PENYELARAS KURSUS KONTRAKTOR DI KUALA TERANGGANU



MEMORI SEMASA MENJADI PENYELARAS KURSUS KONTRAKTOR DI KUALA TERENGGANU..lawatan tapat projek di Hospital APA eh kat pantai batu buruk tu,ambo lupa la pulak...duduk di hotel SRI MALAYSIA, Makan Minum semua siap dihidang...
tapi kadang2 kerap sangat buat kursus, bosan jgk rasa..

BTN KAKI BUKIT,PERLIS


BIRO TATA NEGARA DI KAKI BUKIT PERLIS....
ANTARA GROUP AKU ADA CINA SEORANG...dia nie memang lucu,biasa la kan..cina jarang sangat suka masuk hutan...masuk BTN kena masuk hutan...apa lagi dia nie geli pada smua benda..aku lak jadi ketua dalam group tu..masuk hutan,aku jgk kat depan untuk pantau dia orang...cina nie pula kena gigit pacat...apa lagi kaum hawa, semua melompat,cina pula menjerit sekuat hati hingga aku pun rasa pening....AKU INGAT APA YANG TERKENA PADA DIA..tahu2,, cuma pacat je...aku sebagai ketua kena la tunjuk berani sikit,biar pun ada rasa geli jugak..buat la pacat pada kali dia...apa lagi dia..cabut lari sejauh mungkin dari pacat tu..x hiraukan darah yang keluar tu..sbb takut sangat kan...
aku teruskan jgk perjalanan untuk sampai ke distenasi..jumpa pula ular..apa lagi,aku sendir pun terpekit juga,sbb terkejut..ULAR TEDUNG OOOO....bagi hilang gemuruh,aku buat biasa sambil layan rokok..biarpun gementar terserempak nga ular...
Dalam 45 minit jgak dalam hutan tu untuk jumpa jalan keluar..banyak cabaran dan dugaan kat dalam hutan nie....
last sekali geng kita orang pun amik la GAMBAR buat kenangan bersama...

MAJLIS PENUTUP INDUKSI


HARIMAU MERAUANGggggggggggggggggggggggg
GENG PMD,PPMD & PPEE MARA

Monday, August 16, 2010

MODEL YANG TERLAMPAU

INILAH PELAKON YANG TELAH DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG (PELAKON DAN MODEL BERBAIK)
Masa yang paling nak gelak tegok kawan aku yang seorang tu..Nazi (polis cepok) dan seorang lagi kaum hawa kita sebagai seorang angkasawan negera (muszafa)..aku pulak sebagai Ninja Boy..ini idea dari group aku la, aku ditampal n dilekat kertas ..last jadi macam tu..lawak..lawak...
susah nak cari pakaian macam nie sekarang...hanya ada dengan 3 orang nie je..sapa mahu beli..boleh info ambo..atau tinggalkan no.fon k...


LAKONAN CIKGU MRSM


Inilah SARJAN ADNAN masa muda dulu..pelakon dalam watak serjan adnan ini ialah cikgu di sesebuah MRSM..dia juga roomite aku masa Induksi di ILHAM jaga...aku tegok dia gelak je..sbb dia nie pemalu sangat, muka merah lepas stu x angkat2 kepada tegok pada penonton..
cuba kawan2 tegok pic dia..x angkat langsung kepada dia..pemalu sangat oooo...apa lagi kerja aku nak kenakan ialah la...buat la panggilan manja untuk dia..lagi baut muka merah padam...aku lagi GELAK ....

INDUKSI MARA DI PULAU PINANG


Ini la lakonan aku semasa Kursus Induksi di INSTITUT LATIHAN KECERMELANGAN MARA (ILKM) JAWI,PULAU PINANG..
masa tu aku gelak je tegok kawan aku belakon sebagai orang pekat...
terdapat 5 watak dalam lakonan aku nie..iaitu sibuta(aku),si pekak,sibisu,sikudung n awek cun....cerita dia pasal nak ejas awek cun tu la..sapa yang dapat antara kita orang berempat nie...last sekali yang dapat siTOMBOY juga yang ambil bawa lari...huhuhuh..menangis kita orang dengan gaya masing2..hahahahhaah
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.