widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, August 21, 2010

KAREOKA KURSUS IBS



ANTARA SLOT SEMASA KURSUS IBS DI KELANTAN,
KARAOKE SEBELAH MALAM DI PERDANA RESORT...Bagi reliks minda ....
best kan seronok macam nie sekali sekala...

RAJA AZMI BEBAS

KUALA LUMPUR - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir pada perbicaraan kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta membabitkan dirinya dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM8,000. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lim Yee Lian membuat keputusan itu selepas Raja Azmi hadir ke mahkamah diiringi beberapa anggota polis kira-kira 9.25 pagi semalam.

Turut hadir di mahkamah ialah suaminya, Mohd Jalani Mohd Sidek, anak sulungnya, Puteri Suraya dan suami Mohd Shadan Hashim serta rakannya.

Raja Azmi yang memakai baju kurung moden berwarna merah dan biru, sepatutnya memberi keterangan di mahkamah pada 12 Julai lalu dan sapina untuk memaklumkan kehadirannya ke mahkamah diserahkan kepadanya pada 9 Julai lalu, namun beliau tidak hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan sehingga menyebabkan prosiding perbicaraan kes itu tertangguh.

Terdahulu, Raja Azmi dipanggil untuk menjelaskan kepada mahkamah kenapa dia tidak hadir untuk memberi keterangan pada waktu yang ditetapkan.

Lim turut meminta penjelasan Raja Azmi kenapa gagal hadir ke mahkamah walaupun peguam sudah menyerahkan sapina, Raja Azmi memberitahu: “Saya tidak menerima sebarang dokumen atau sapina menyatakan sepatutnya hadir memberi keterangan”.

Lim bertanya Raja Azmi sama ada beliau berbohong kepada mahkamah menyatakan bahawa dia tidak menerima sapina itu, namun Raja Azmi menafikannya.

“Kamu memandang ringan perkara ini. Kes ini bergantung kepada keterangan dan akuan bersumpah yang diikrarkan kepada kamu. Saya akan melepaskan kamu dengan jaminan kamu perlu hadir pada prosiding seterusnya sehingga kes selesai,” katanya.

Sementara itu, rakan kepada Raja Azmi, Zahrin Aris membayar jaminan sebanyak RM8,000 selepas hasrat suaminya, Mohd Jalani, untuk menjamin isterinya tidak tercapai apabila peguam Su Tiang Joo memaklumkan kepada mahkamah bahawa bekas jaguh badminton negara itu muflis.

:Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes itu bersambung pada 29 dan 30 November dan 13 hingga 15 Disember ini.

Saman sivil itu bermula apabila seorang pemaju tanah, Hamzah Abdul Majid selaku plaintif memfailkan saman terhadap Raja Azmi dan Mohd Jalani berhubung penjualan dua saham tunggal milik syarikat mereka (Raja Azmi dan Mohd Jalani) iaitu Equal Alliance Sdn Bhd yang memiliki tanah seluas 35 ekar di Balakong, dipersetujui pada harga RM4.9 juta.

Perjanjian urusniaga itu ditandatangani pada 21 Mei 1995, bagaimanapun Hamzah mendakwa pasangan itu menandatangani perjanjian untuk penjualan hartanah yang sama kepada dua pihak lain, iaitu LBS Bina Holdings Sdn Bhd dan pengarah syarikat LBS, Joey Lim @ Lim Hock Guan pada 6 Jun 1996 pada harga RM5.9 juta.

sumber : sinar harian

GIATMARA PASIR MAS

PASIR MAS – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jajahan Pasir Mas meneruskan aktiviti mereka dengan memberi pendedahan kepada pelatih GiatMara di sini.

Penolong Pegawai AADK, Wan Azlan Wan Abd Kadir berkata, pelatih di institut tersebut menjalani ujian air kencing bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan najis dadah ini.

Menurutnya, kebanyakan pelatih di institut itu adalah remaja dan menjadi satu titik permulaan mereka mengenal pasti masalah itu sebelum terlambat.

“Kita tidak mahu remaja kawasan ini terlibat dengan najis dadah walaupun terdapat segelintir yang sudah terjebak dengan gejala itu.

“Sekiranya mampu, kita mahu mengurangkan jumlah bilangan mereka yang terjebak dengan najis ini dari semasa ke semasa, terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Wan Azlan berkata, pada ujian air kencing yang dijalankan, tidak ada pelatih yang positif dadah dan semua bersih dari najis tersebut.

Menurutnya, pertambahan bilangan remaja yang berjinak-jinak dengan najis dadah perlu dititikberatkan kerana permulaan mereka mengenali beberapa jenis dadah yang dianggap ringan menjadi jalan pembuka kepada mereka ke arah penagihan.

Katanya, pelbagai cara yang dilakukan bagi meningkatkan kesedaran kepada remaja dan orang ramai di pelbagai peringkat umur mengenai bahayanya dadah melalui ceramah dan kem motivasi.

Menurutnya, faktor utama penyalahgunaan dadah ialah kerana masalah sosial melalui pergaulan salah serta sering berkumpul di rumah persendirian ketika lapang.

“Biasanya penyalahgunaan dadah mudah berkembang melalui pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau di kelab malam kerana berlakunya urus niaga dadah, penularan pil ecstasy, jarum suntikan dan pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau.

“Tidak dinafikan penggunaan dadah yang dianggap ringan dan rekaan atau Designer Drugs beberapa tahun kebelakangan ini semakin laris dijual di pasaran dan begitu menarik minat remaja yang kurang kesedaran mengenai bahayanya dadah,” katanya.

Beliau berkata, dadah mungkin mempunyai tarikan kuat kepada anak-anak muda yang sedang berada di peringkat awal berdikari mereka serta pada masa yang sama mereka mencari identiti diri.

“Anak-anak muda terdedah kepada tarikan dadah kerana beberapa faktor seperti perasaan ingin tahu di mana mereka mahu merasai pengalaman yang baru, di samping mengelak tekanan di sekeliling mereka.

“Di negara ini terdapat ramai pelajar peringkat sekolah mahupun penuntut pusat pengajian tinggi menggunakan metaphetamine tanpa diketahui oleh ibu bapa untuk merangsang sistem saraf mereka agar menjadi lebih bertenaga,” katanya.

Beliau berkata, setiap remaja harus sedar bahawa penyalahgunaan metaphetamine dan dadah jenis lain yang semakin banyak di pasaran kini boleh membawa masalah kepada kesihatan badan mereka.

“Saya ingin menasihatkan remaja dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam pergaulan dan tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk pengambilan dadah yang hanya akan memusnahkan masa depan dan kehidupan yang seharusnya dijalani sebaik mungkin sekarang ini,” katanya.

sumber : sinar harian kelate

Friday, August 20, 2010

HUKUM HUDUD CARA TERBAIK


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak berputus asa untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri ini walaupun mendapat halangan daripada Kerajaan Pusat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya sedaya upaya melaksanakan undang-undang tersebut berdasarkan kemampuan yang ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kita kan buat. Kita membatas penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan,”katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan di sini semalam.

Kelantan sebelum ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) pada tahun 1993 sekali gus menjadi negeri pertama yang meluluskan undang-undang yang berkaitan hudud.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz berkata, peningkatan gejala sosial yang melanda negara kini adalah kerana undang-undang yang digunakan tidak berjaya mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Malah katanya, peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap yang sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita.

“Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154 peratus dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hukuman tersebut.

sumber : Sinar Harian

SILAT GAYUMEA STAMEAGAREA KELANTAN


BERIS LALANG - Kelembutan dalam ketangkasan yang dimilikinya menjadikan Silat Gayumea Stameagarea bukan sahaja digemari golongan lelaki malah kanak-kanak serta wanita.

Keunikan dan kehebatan seninya yang mempunyai enam jenis permainan ternyata menarik perhatian ramai walaupun masih baru diperkenalkan.

Ketua Jurulatih Wanita kumpulan silat berkenaan, Sarliziani Abdul Ghani berkata, walaupun sebelum ini pelbagai seni mempertahankan diri terutamanya silat diketahuinya, namun semuanya tidak sedikit pun menarik perhatiannya.

“Bagaimanapun selepas melihat gerak tari seni silat ini, rasa tertarik dan ingin menguasainya lahir secara tiba-tiba, dan alhamdulillah, kini saya sudah mampu menguasai beberapa permainan dalam seni silat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelima Seni Silat Gayumea Stameagarea Kelantan yang diadakan di gelanggang utama silat berkenaan di Kampung Gong Nibong Hulu dekat sini, baru- baru ini.

Sarliziani yang juga seorang suri rumah berkata, kelembutan yang ada di sebalik ketangkasan seni silat ini bukan sahaja menjadikan pelatih-pelatih lebih mempunyai ketahanan apabila bukan sahaja mampu bermain dengan pedang, malah tongkat dan keris.

“Apa yang diharapkan suatu hari nanti saya akan dapat mengusai semua ilmu yang ada di dalam seni silat ini dengan cekap dan mencurahkan ilmu yang ada kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang pelatih kanak- kanak perempuan, Nurul Suhaila Mohamad Othman, 7, berkata, dia seronok mempelajari ilmu silat ini dan berharap akan dapat menguasai semua ilmu yang ada di dalam.

“Saya mengetahui tentang ilmu silat ini melalui ayah, dan ayah juga yang bertanggungjawab membawa saya mempelajari seni mempertahankan diri ini,” katanya.

Nurul Suhaila adalah pelatih paling muda dalam persatuan seni silat yang diasaskan Che Amat Che Noh itu.

Seorang lagi pelatih, Nur Isma Hidayah Mahadi, 9, dia teruja untuk mempelajari seni silat ini setelah melihat ramai di kalangan kanak-kanak sebayanya begitu bersemangat untuk mempelajarinya.

sumber : sinar harian

RAJA AZMI KENA CEKUP

KUALA LUMPUR - Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira jam 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

“Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan semalam dua kali iaitu kira-kira jam1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya.

“Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada jam 8.30 pagi ini.

Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang juga isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991. - Bernama

sumber: Sinar Harian

Thursday, August 19, 2010

INDUKSI KUMPULAN SATU (MARA 2010)



Ini kawan2 kau masa kat Induksi di ILHAM MARA Pulau Pinang...Pelbagai jawatan ada kat sini ..CIKGU,CEKGI,PEGAWAI,KULI,KULUT DAN LAIN...
Hari last la kita orang buat pesembahan masih2..ada yang berlakon macam saya, ada dikir barat, ada nyayian nasyid,ada ala-ala tentera, ada boria dan berbagai jenis lagi...
tapi seminggu kena kurang kat sana...bosan juga kat sana..tapi malam kita orang keluar makan kuah teow..besttttt

KENANGAN MANIS 2007

BAWA KERETA ELOK-ELOK K


ANAK KU MEMBAWA KERETA DENGAN HEBAT SEKALI....huhuhu

Wednesday, August 18, 2010

YAALLAH..LAKNATILAH PADA YANG ZALIM


BANDARAYA MELAKA - Anggota Forensik terpaksa menyelongkar longgokan sampah di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka (HM), semalam untuk mencari mayat bayi tidak cukup bulan yang dibuang seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kelmarin.

Dengan dibantu pekerja syarikat selenggara sampah, usaha mencari yang dijalankan sejak petang kelmarin, sebelum dihentikan malam semalam dan disambung tengahari, semalam.

Bagaimanapun, usaha menyelongkar satu persatu plastik sampah itu berhasil apabila janin berusia lima bulan itu ditemui kira-kira 1.50 petang semalam oleh salah seorang pekerja syarikat selenggara sampah itu.

Bayi tidak cukup bulan itu dibuang di dalam tong sampah oleh pelajar IPT berusia 22 tahun itu, selepas bersalin di tandas unit kecemasan HM kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bagaimanapun, sampah di dalam tong berkenaan sudah diangkut sebelum dibuang ke dalam pusat pengumpulan sampah menyebabkan usaha mencari dalam longgokan sampah di situ terpaksa dilakukan.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek mengaku melahirkan bayi itu.

“Suspek mengadu sakit perut dan menjalani rawatan di wad kecemasan HM, kelmarin. Kejadian disedari selepas kakitangan merawat suspek mendapati dia baru sahaja melahirkan bayi," katanya.

Ekoran daripada kejadian itu, pegawai perubatan hospital membuat laporan polis kira-kira 7 malam.

"Namun, bayi berkenaan sudah dibuang tanpa disedari pihak yang bertanggungjawab menguruskan sampah di hospital itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, suspek wanita bersama teman lelakinya juga pelajar IPT direman sehingga Sabtu ini.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.