widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, August 23, 2010

RUMAH CANTIK & UNIK

INDAH & PELIK RUMAH macam nie kan...kalu nak buat pun makan berjuta nie..
yang buat nie mesti golongan juta ...

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR - indahnya



PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR


JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 2 September 2010.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM

TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAH KEPADA ALLAH S.W.T DENGAN

PENUH IKHLAS DAN PENUH KEIMANN,MUDAH-MUDAHAN KITA MEMDAPAT KURNIAAN ALLAH DAN

KELEBIHAN PAHALA - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA..amin

Sunday, August 22, 2010

JANGAN DIPERTIKAIKAN!!!!!!!!!!Ekuiti Bumiputera bukan desakan

IPOH - Ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh isu ekuiti Bumiputera dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia, baru-baru ini adalah sekadar pandangan dan bukannya satu bentuk desakan.

Soi Lek berkata, apabila diadakan kongres, maka pelbagai pandangan akan dikemukakan dan ia adalah untuk kepentingan negara, bukan untuk sesuatu kaum saja.

"MCA menyambut baik nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segala isu yang timbul di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama membabitkan sensitiviti kaum diselesaikan dengan semangat muafakat," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan MCA Perak di sini, semalam.

Menurutnya, parti itu mengucapkan terima kasih di atas nasihat Perdana Menteri yang selaras dengan pengalaman luas BN dalam menguruskan isu membabitkan kepentingan bersama.

Ucapan Presiden MCA mengenai isu ekuiti bumiputera itu menimbulkan reaksi negatif dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin UMNO dan BN.

Dalam perkembangan lain, MCA Perak menyifatkan Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 (DRTI 2020) sebagai penting dan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperhalusnya.

Soi Lek berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan dan dialog terbuka dengan persatuan perniagaan Cina, peniaga kecil, pengurusan sekolah dan semua pihak yang bakal menerima kesan daripada pelaksanaan pelan berkenaan.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan memastikan berlakunya pembangunan seimbang dengan setiap projek yang dilaksanakan mengambil kira aspek kawasan lapang, kawasan hijau, pasar awam, sekolah aliran Cina, kubur dan tempat khas untuk golongan peniaga kecil.

“Semua input, cadangan dan persoalan dikemukakan sepanjang dialog dengan orang ramai nanti akan dikumpulkan dalam satu memorandum sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan,” katanya. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

APA DAH JADI DENGAN PEROKOK?????


NEW YORK - Individu bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko tinggi menghidap pelbagai penyakit dan masalah genetik, sama seperti seorang perokok tegar.

Data biologi yang dikeluarkan sekumpulan pengkaji di Kolej Perubatan Weill Cornell, Manhattan mengesahkan pandangan yang dikemukakan sebelum ini berhubung risiko berkenaan.

Pengkaji terbabit mendokumentasi perubahan pada aktiviti genetik yang berlaku dalam kalangan bukan perokok apabila mereka terdedah kepada asap rokok daripada orang lain.

Ronald Crystal yang mengetuai kumpulan pengkaji itu berkata, orang ramai tahu bahawa asap rokok menyebabkan individu bukan perokok yang menjadi :secondhand smoker: turut terdedah kepada pelbagai penyakit seperti penyakit paru-paru dan sakit jantung.

“Malangnya, belum ada data dan fakta biologi yang boleh menyokong perkara itu. Hasil kajian ini pula secara nyata sudah membuktikan bahawa perokok pasif atau :secondhand smoker: juga mengalami masalah genetik seperti perokok tegar,” katanya.

Bagi membuktikan perkara itu, kajian dilakukan ke atas sel paru-paru 121 sukarelawan yang terdiri daripada perokok dan bukan perokok.

Ujian air kencing juga dilakukan untuk meneliti tahap nikotin pada perokok dan perokok pasif.

Kajian teliti dilakukan pada sel paru-paru yang dikenal pasti menyimpan 25,000 genetik manusia.

Hasilnya, pengkaji menemui 372 genetik yang masih aktif pada perokok tetapi tidak lagi aktif pada kelompok perokok pasif.

Laporan kajian itu disiarkan dalam :American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine: keluaran 20 Ogos lalu.

“Kajian ini membuktikan bahawa golongan bukan perokok mempunyai alasan lebih kukuh untuk mendesak supaya tempat awam diwartakan sepenuhnya sebagai zon larangan merokok.

“Jika tidak, kanak-kanak, warga emas dan sesiapa sahaja yang bukan perokok akan mengalami perubahan genetik serta menghidap pelbagai penyakit berbahaya kerana menghidu rokok yang dihembus perokok,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

SENARAI JAWATAN KOSONG
Tambah Video
Sila klik jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat.
1. AHLI FOTOGRAFI B11
2. JURUSOLEK B11
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11
4. PEKERJA AWAM R1
5. PEKERJA AWAM KHAS R3
6. PEMANDU KENDERAAN R3
7. PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1
8. PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3
9. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
10. TUKANG K2 R11
11. TUKANG K3 (KAYU / JAHIT) R9
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - Tiada Tarikh Tutup Permohonan (Sistem Mengisi Sepanjang Masa).
Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan.

Sumber : Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

HAIKAL PANDU SPEED BOAT



ANAK KU MEMANG HEBAT ...gembira melihat anak sihat, cergas, pintar dan rajin

Saturday, August 21, 2010

MEMORI KE GENTING HIGHLAND - Best + penat

INI LA MEMORI SEMASA KE GENTING HIGHLAND bersama Family Isteriku..
Isteri ku tiada dalam pic nie..sbb dia yang amik gambar..hahahha...
Haikal apa lagi,tidur je la..sbb udara kat sana sejukkan..macam acon kat rumah ...
pergi pagi - balik petang..hari yang seronok...tapi penat pun ada dapat...huuuuuu...

DADAH..DADAH...DURJANA

IPOH - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, berjaya merampas dadah jenis pil Eramin 5 berjumlah 1,015,500 biji dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, kejayaan itu hasil maklumat serta siasatan berikutan kejayaan menewaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Air Hitam, Johor, 12 Ogos lalu.

Menurutnya, nilai rampasan dadah itu berjumlah RM15.2 juta dan dipercayai berjaya menyekat pengaliran hampir dua juta pil Eramin di pasaran.

“Semua pil Eramin 5 ini disorokkan dalam gulungan kain dan setiap gulungan ini mengandungi tiga bungkusan pil Eramin 5.

“Semua dadah ini dipercayai datang daripada satu sindiket antarabangsa dan bertujuan memasarkan dadah ini di pasaran tempatan serta negara jiran.

“Nilai rampasan bagi semua pil Eramin berkenaan adalah bernilai RM15.2 juta,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Zul Hasnan berkata, serbuan polis juga menahan 17 suspek berusia antara 24 hingga 74 tahun, membabitkan sembilan warga tempatan, Taiwan (4), Singapura (3) dan Indonesia (1).

Katanya, semua suspek direman dan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Zul Hasnan berkata polis turut menyita harta milik sindiket seperti kereta, jam, barang kemas dan lain-lain, yang bernilai RM4.2 juta.

Katanya, dalam tempoh seminggu, polis menyita harta milik sindiket berjumlah RM4.2 juta

“Kami ada kerjasama baik dengan polis Taiwan, Thailand, Indonesia dan Singapura,” katanya.

sumber : Sinar harian

WARGA EMAS KE CEKUP

TUMPAT - Seorang warga emas berusia 61 tahun ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 selepas menyerbu rumah dan kedai miliknya dipercayai menyorok beras seludup, mercun dan rokok di Kampung Telaga Nibong, Tanjung Chat, Kota Bharu, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu ke rumah warga emas tersebut ekoran daripada kejadian sebuah kereta proton Wira Aeroback terbabas yang sarat membawa 900 kilogram beras bersama sekotak mercun di Kampung Tal Tujoh, dekat Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah Batalion 8, Superintendan Rooslan Radzi berkata, kereta tersebut datang dari arah Pasir Mas terserempak dengan anggota tugas Strike Force ketika melakukan rondaan dengan kereta di jalan raya Pasir Mas ke Tendong.

Menurutnya, setelah menyedari diekori, kereta terbabit memecut laju dan terbabas di bahu jalan apabila sampai di Kampung Tal Tujoh.

“Pemandu sempat melarikan diri dan pemeriksaan lanjut ke dalam kereta terbabit menemui 36 kampit beras setiap guninya seberat 25 kilogram serta sekotak besar mercun,” katanya,

Menurutnya, berikutan kejadian ini, anggota PGA menyerbu ke rumah warga emas dan seterusnya ke kedainya turut menemui 1,540 kilogram beras seludup dari Thailand disorok hasil daripada kedua-dua tempat serbuan tersebut.

“Turut dirampas 100 kilogram beras pulut dan 237 kotak rokok kretek dan rokok putih, mercun pelbagai jenis dengan jumlah nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM12,154,” katanya.

Menurutnya, kesemua barang rampasan dibawa ke markas PGA di Kuala Jambu untuk tindakan lanjut termasuk kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna hijau.

Sumbar : Sinar Harian Kelante

HUDUD : Peluang Persalah Insaf

KOTA BHARU - Hukuman Hudud yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disokong Exco Kerajaan Kelantan, Wan Ubadiah Omar.

Beliau berkata, pelaksanaan hukum Hudud merupakan jalan penyelesaian terbaik dan paling berkesan bagi mengelak gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

“Dengan pelaksanaan hukum Hudud ini, kita (Kerajaan Negeri) bukan mahu memalukan pesalah, sebaliknya jika rasa malu berkenaan timbul, ia dapat memberi peluang kepada pesalah dengan serik, insaf, bertaubat dan tidak akan mengulangi perkara buruk yang dilakukan.

“Selain itu, pesalah juga boleh memilih jalan yang benar setelah apa yang menimpanya dan kaedah hukuman hudud dapat menyelamatkan masyarakat, bukan menghukum mereka semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, banyak kesan lebih baik apabila hukuman tersebut dilaksanakan, termasuk masyarakat dapat mengenali wajah pesalah dan lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak terjebak dengannya.

“Dari sudut lain, kerajaan juga lebih jimat yang mana pesalah tidak perlu masuk penjara, keluarga pesalah juga tidak perlu menjaminnya dan masyarakat pula boleh mengenali pesalah ini semasa menjalani hukuman hudud,” katanya.

Menurutnya, apa yang merumitkan keadaan dengan mengekang Kerajaan Negeri bertindak melakukan Hudud dan berharap cadangan yang ditimbulkan Menteri Besar Kelantan itu diterima ramai.

“Jangan memandang pada satu sudut sahaja iaitu hukuman Hudud nampak kejam sedangkan kita perlu juga fikir, hukuman ini dapat menyelamatkan pesalah dan mereka juga boleh berubah ke arah perilaku lebih baik,” katanya.

Sumber : Sinar harian Kelate
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.