JELI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan lebih 600,000 kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negeri dan bakal menimbulkan kesesakan di jalan utama ketika sambutan Aidilfitri minggu depan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abd Ghani Che Kasim berkata, anggaran itu berdasarkan jumlah kenderaan yang didaftarkan serta jumlah kemasukan kenderaan luar di Kelantan.
“Kita menjangkakan penambahan 30 peratus hingga ke 40 peratus kenderaan dari luar dan ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di negeri ini terutama menjelang musim perayaan nanti,” katanya kepada media sempena bermulanya Kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri ‘Ops Sikap’.
Menurutnya, JPJ kini telah mengenal pasti 13 jalan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan maut dan pihaknya akan menumpukan kepada tiga jalan utama iaitu Kota Bharu-Machang, Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Jeli yang dikenali sebagai “jalan sakratulmaut”.
Abd Ghani berkata, bagi mencegah sebarang kemungkinan pihaknya akan melakukan rondaan 24 jam dengan menempatkan 150 anggota penguat kuasa untuk mengawal dan meronda kawasan berisiko tinggi terutamanya Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.
“Dengan adanya rondaan anggota :jpj: dapat memantau serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya apabila hadirnya mereka di jalan raya pemandu akan lebih berwaspada,” katanya.:
Katanya, penguatkuasaan tersebut akan dijalankan serentak dengan Ops Sikap XXII yang bermula semalam hingga 19 September Katanya, gerakan itu dijalankan serentak dengan Ops Sikap XXII yang bermula hari ini hingga 19 September.
Menurutnya, fokus: jpj: tahun ini lebih kepada penguatkuasaan terutamanya bas ekspres yang menjadi pengangkutan awam agar tahap keselamatan bas mencapai piawaian yang ditetapkan.
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA... dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu, kerana dia yang menabahkan kamu... Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAH kamu, kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.. Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu, kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu...
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuat kuasa 13 September ini.
Katanya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.
Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini, selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.
“Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas mengikut Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Hishammuddin ketika mengumumkan perkara itu di sini, semalam.
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan perkenan baginda dalam masa terdekat.
Menjawab soalan media, beliau berkata, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Musa bagi kali ketiga juga tidak ada kena-mengena dengan tekanan mana-mana pihak.
“Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin,” katanya.
Hishammuddin berkata, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM.
Katanya, kerajaan juga sedang melihat ruang untuk membolehkan Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada kerajaan dan negara selepas ini.
Beliau berkata, Musa adalah calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi, International Shooting Range (Lisram), bagi menangani isu dan ancaman jenayah merentasi sempadan.
Hishammuddin berkata, pusat latihan bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi keselamatan itu bagi menangani jenayah siber, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, anti-keganasan, senjata biologi dan bahan letupan. - Bernama
JAKARTA - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta), bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannya itu ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini, semalam.
Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu, selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.
Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis 'diplomasi mati suri', 'ganyang Malaysia', 'bela harga diri bangsa' serta 'malingsia serumpun yang durhaka'.
Demonstrasi selama kira-kira setengah jam yang bermula 11.05 pagi itu diawasi kira-kira 60 polis Indonesia. - Bernama
KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung laman Facebook yang dicipta menggunakan nama ‘Melayu Babi!’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
GPMS Selangor diwakili Pengerusinya, Mohd Faizal Mohd Salleh mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengendali laman itu yang jelas mempersendakan Islam serta menggugat keselamatan negara.
Mohd Faizal berkata, tindakan pengendali tersebut dilihat boleh menggugat keharmonian antara kaum yang dikecapi selama ini kerana menggunakan perkataan kesat merujuk kepada sesuatu kaum.
“Kami berharap agar siasatan segera dapat dijalankan bagi menyiasat pengendali laman yang tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas dapat diambil.
“Tindakan tegas perlu diambil agar dijadikan pengajaran kerana dikhuatiri jika dibiarkan maka akan timbul lebih banyak lagi perkara seperti ini,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu tidak harus dipandang mudah kerana bimbang semakin berleluasa.
Menurutnya, kenyataan berbaur hasutan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan ketegangan.
Bagaimanapun, beliau tidak menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan ia disiasat polis.
Menurutnya, dia dimaklumkan oleh seorang rakan berhubung laman terbabit kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu.
DIBUAT BAIK, DIKATA JAHAT...DIBERI KEPALA,DIPIJAT-PIJAT.... DIBERI BETIS,NAK PAHA..DIBERI KEAMANAN, DIPORAK PERANDA... HARUSKAH JADI MACAM INI NEGARA YANG KITA SAYANGI & CINTAI?? Jangan disangka air yang tenang tiada buaya..duduk dia x bererti mengalah kkkkkk.. INGAT yang MEMBACA...booommmmmmm PANAS..PANAS....hati ini
KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, 34, ternyata redha dengan ketentuan Allah selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz yang dibuat pada 7 Ogos lalu adalah sah terhadap isterinya, Norhayati Othman, 38.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan keterangan Norhayati, Roslin dan beberapa saksi yang wujud lafaz cerai itu pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Carus, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.32 malam.
Wan Mahyuddin dalam penghakimannya berkata lafaz yang diungkap oleh Roslin yang berbunyi “I cerai you lah” pada tarikh itu adalah lafaz soreh (jelas) terhadap Norhayati.
“Ini kerana defendan mengakui ketika lafaz itu dibuat dia berada dalam keadaan waras dan sedar dan tiada sebarang paksaan dilakukan oleh plaintif (Norhayati).
“Oleh sebab itu, mahkamah memutuskan lafaz talak itu adalah sah dan gugurkan talak satu terhadap plaintif,” katanya.
Beliau kemudiannya memerintahkan agar penceraian mereka ini didaftarkan di pejabat agama Islam dan surat nikah asal dibatalkan.
Wan Mahyuddin, mengarahkan supaya Norhayati beridah selama tiga kali suci bermula 7 Ogos lalu.
Terdahulu peguam yang mewakili Norhayati, Zulqarnain Lukman dalam hujahnya berkata, pengesahan lafaz cerai yang difailkan Norhayati pada pertengahan Ogos lalu berikutan Roslin melafazkan cerai terhadapnya.
Zulqarnain berkata, dalam kes ini defendan mengakui yang dia mempunyai niat untuk bercerai pada ketika itu tanpa sebarang paksaan.
Bagaimanapun, Roslin yang diwakili peguam Roslizam Rahim, bersetuju dan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah memenuhi hukum talak itu dan berharap mahkamah meluluskan permohonan itu.
Roslin, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau sememangnya mengharapkan ikatan perkahwinan ini kekal untuk selama-lamanya, tetapi yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Roslin dan Norhayati melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai lalu.
KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengenal pasti 13 jalan utama yang menjadi kawasan kemalangan maut dalam menjalankan Ops Sikap Ke-XXII bermula 4 hingga 19 September ini sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah JPJ negeri, Abdul Ghani Che Kassim, berkata, antara kawasan yang berisiko kemalangan maut termasuk sepanjang jalan Kuala Krai-Gua Musang dan JPJ akan menempatkan 150 anggota penguat kuasa bertugas 24 jam dalam mengawal dan meronda kawasan berkenaan.
“Sempena sambutan Aidilfitri nanti, JPJ sudah melakukan persediaan bagi membuat rondaan terhadap ‘kawasan hitam’ ini dan penguatkuasaan dijalankan bagi mengingatkan pemandu jalan raya yang pulang berhari raya di kampung.
“Terdapat tujuh jalan yang dikenal pasti termasuk tujuh lokasi yang terletak di Gua Musang-Kuala Krai seperti di Kilometer (KM) 12, KM13, KM26, KM29, KM51, KM55, KM59, selain pihak kami mengenal pasti enam jalan lain di jalan Kuala Krai-Gua Musang iaitu KM64, KM69, KM69.3, KM72. KM75 dan KM80,” katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Ibu pejabat JPJ, Panji, di sini.
Beliau berkata, bagi melicinkan perjalanan dan peringatan kepada pemandu, langkah meletakkan pegawai penguat kuasa di jalan-jalan utama kawasan kemalangan maut juga sebagai alternatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut semasa perayaan tahun ini.
Menurutnya, JPJ Kelantan juga berjaya mengenal pasti sebanyak 21 kes kemalangan maut dilaporkan berlaku pada jalan berkenaan sepanjang tahun lalu dan berharap tahun ini jumlah kemalangan maut berkurangan.
“Sehingga Julai tahun ini, terdapat 15 kes kemalangan meragut nyawa dikenal pasti dan JPJ seboleh-bolehnya mahu pemandu lebih berhati-hati semasa memandu terutama semasa jalan raya sesak semasa pulang dan balik semula ke tempat kerja semasa musim perayaan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu kenderaan diingatkan supaya membuat persediaan lebih awal bukan sahaja memeriksa kenderaan sebelum perjalanan balik, malahan mereka perlu tahu peraturan dan paling penting mereka perlu berhenti apabila mengantuk semasa memandu bagi mengelak sebarang kecelakaan.