widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

KERA-KERA PEMBUNUH????


BAYI TERBUNUH ANGKARA KERA
SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berumur empat hari mati dipercayai diserang kera liar di rumahnya di Taman Happy, dekat sini, semalam.

Bayi malang yang belum diberi nama itu ditemui keluarganya di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan di badan, leher dan kepala.

Datuk bayi berkenaan, A Valayuthum, 70, berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri dan ibu bayi terbabit berada di dalam rumah.

“Kira-kira jam 1.15 tengah hari, saya menjaga cucu yang sedang tidur di ruang tamu, sementara isteri dan ibunya berada di dapur serta bilik air.

“Ketika cucu tidur, saya ke dapur untuk minum air. Kemudian, anak saya, V Revathi menjerit menanyakan di mana anaknya selepas melihat bayinya tiada di ruang tamu," katanya ketika ditemui di luar bilik mayat, Hospital Tunku Jaafar (HTJ), dekat sini, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga terus mencari dan menemui bayi terbabit berhampiran pokok bunga di tepi rumah dalam keadaan berlumuran darah.

"Kami segera membawanya ke HTJ tetapi bayi berkenaan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.

Sementara itu, bapa bayi terbabit, V Naru, 29, yang bekerja pemandu lori berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Saya mengetahuinya selepas mendapat panggilan daripada isteri beberapa minit selepas kejadian.

“Saya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anak namun dimaklumkan pihak hospital bahawa anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

V Naru berkata, dia sedih kerana bayi itu adalah anak sulungnya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

“Anak saya baru saja dilahirkan Ahad lalu tetapi dia ‘pergi’ hari ini (semalam) sebelum sempat mendaftarkan namanya.

“Lebih menyedihkan melihat dia ‘pergi’ dalam keadaan menyayat hati,” katanya.

Menurutnya, terdapat sekumpulan kera liar di kawasan rumahnya di Taman Happy, dekat sini, yang sering mengganggu penduduk.

“Sebelum ini, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menembak mati beberapa kera tetapi sejak dua bulan ini, binatang itu masih kelihatan di kawasan ini," katanya.

sumber: sinar harian

Kasian keluarga dia kan...
dah la baru dapat anak sulung dalam 4 hari baru....
dah meninggal disebab KERA......
menyayat hati je rasa......
kurang lagi rakyat MALAYSIA seorang...

SABAR ye kepada keluarga dia....

Thursday, September 30, 2010

HAI.....ADA LAGI YANG DEGIL YE

GEORGETOWN - Tidak serik. Itulah perkataan yang paling sesuai diberikan kepada pusat istirahat yang diserbu dua kali dalam tempoh 24 jam di Jalan Burmah yang menyediakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing untuk menarik pengunjung.

Ketua Operasi Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Cif Inspektor, Badrul Hisham Bakri berkata, 27 wanita warga China dan Vietnam ditahan bersama seorang ibu ayam serta dua pengawal dalam serbuan awal pagi semalam, membabitkan 10 anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

“Semua wanita berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan setelah didapati menyalahgunakan pas pelawat dan dokumen perjalanan. Siasatan awal mendapati premis itu pernah diserbu polis kerana kesalahan sama, namun dikesan kembali menggunakan khidmat GRO warga asing," katanya ketika di hubungi, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati premis itu memasang lampu amaran bagi GRO mengesan kedatangan penguat kuasa. Bagaimanapun, dalam serbuan itu seorang GRO warga China didapati gagal melarikan diri melalui pintu belakang.

“Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) Pulau Pinang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, di pusat istirehat yang sama, Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 24 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JIPP, Abdul Rahman Hassan berkata, sebelum ini pelbagai tindakan serbuan dan operasi dilakukan pihak polis termasuk JIPP dan dianggarkan lebih lima kali ia diserbu.

sumber : sinar harian

DENDA GENG MACAM TU IALAH SEBAB 10 BATANG....
KOMPOM DIA AKAN X BUAT LAGI...SEBAB BUNTUT DIA DAH HANCUR
KENA CUIM PADA ROTAN BESAR TU....
ini semua idea je..bukan betul pun..hehehe

Tuesday, September 28, 2010

ISTERI BERSUAMI DUA..ish..ish...ish...pelik dunia nie


KOTA BHARU – Seorang ibu, Muliani Mahmud, 54, pening memikirkan siapa menantu sebenarnya apabila anak perempuannya, Shazlinda Che Ali, 35, mempunyai dua suami pada masa yang sama.

Muliani berkata, pada Jun lalu, Shazlinda diceraikan talak tiga oleh suami kelimanya, yang juga seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.

“Apa yang kami sekeluarga kelirukan sekarang ialah, semasa berkahwin dengan suami kelimanya itu, Shazlinda masih lagi sah sebagai isteri kedua kepada suami keempatnya, Mohd Hashim Mat Yusoff.

“Kami hairan macam mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh melepaskan perkahwinan tersebut sedangkan pada waktu itu Shazlinda masih lagi sah isteri Mohd Hashim,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng, di sini.

Muliani berkata, yang menjadi masalah sekarang ialah Shazlinda dan Mohd Hashim berkahwin di Thailand dan masih belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Beliau berkata, masalah lain pula ialah, anak perempuannya kini masih bersekedudukan dengan suami kelimanya itu.

Menurutnya, suami kelima anaknya itu merupakan seorang yang panas baran dan sering mendera Shazlinda serta anak perempuannya, Natasha Balqis Mohd Hashim, 5.

“Sekarang ini saya percaya, anak dan cucu saya berada di sana, dan berharap mereka dapat pulang semula ke negeri ini serta memperbaiki apa yang silap,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga berharap ada pihak yang akan tampil menyelesaikan masalah mereka itu kerana ia sudah berkaitan dengan agama.

sumber : sinar harian

HAI DUNIA..DUNIA....
ada juga perempuan mempunyai 2 suami...hebat kan perempuan nie..
kuat dia punya naf?? kan.....hahaha....
perempuan ni pun sama..kahwin kat thailand....
x daftar pula di malaysia...
'tu boleh jadi masalah tu..ishhh

Thursday, September 23, 2010

BAGUS HUKUMAN MATI



SHAH ALAM – Mohd Fazli Azri Jamil menerima hadiah hari lahir ke 28 semalam dengan penuh tragis berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan supaya dia dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Syafiah Humaira Sahari, anak teman wanitanya dengan cara sadis, Februari lalu.

Suasana pilu menyelubungi kawasan mahkamah, dengan ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, meraung dan memeluk erat tubuh anaknya sebelum rebah di tepi kandang tertuduh.

Adik beradik dan saudara mara yang lain turut menangisi keputusan mahkamah itu, kecuali neneknya yang kelihatan tabah dan memujuk Nur Haziah supaya menerima takdir.

Dia didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira, 3 tahun, di padang bola Batu 30, Batang Kali, pada jam 6.30 petang, 25 Februari 2010.

Ketika membuat rayuan, Mohd Fazli, diwakili peguam Gurbachan Singh, berkata dia sedang lalok akibat ganja dan minuman keras Guiness Stout hingga tidak ingat insiden semasa kejadian itu, tetapi ditolak mahkamah.

Hakim, Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata, pemandu teksi itu waras ketika melakukan perbuatan itu.

Berdasarkan keterangan empat saksi, mereka melihat Mohd Fazli melakukan pembunuhan itu dengan cara menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola yang mempunyai 'stud’ (paku).

Malahan, katanya, keterangan saksi tidak disoal balas peguam sekiranya perbuatan itu konsisten dengan perbuatan seseorang yang sedang mabuk atau lalok.

Menurutnya kegagalan soal balas tersebut dianggap sebagai menerima fakta.

“Tertuduh jelas waras. Faktanya, tertuduh boleh memandu teksi dari rumah pergi ke padang bola dan kemudian balik. Itu jelas tidak konsisten dengan keadaan orang mabuk,” kata Mohtarudin.

Mengenai dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera kerana jatuh motosikal yang terhentak bonggol jalan dan tidak memakai topi keledar, hakim berkata ia tidak konsisten dengan kecederaan akibat kemalangan berdasarkan keterangan pakar perubatan.

Dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera akibat jatuh di tandas pula, menurut Mohtarudin, tidak pernah diberitahu oleh Mohd Fazli kepada sesiapa yang dikenalinya.

Perihal hujahan peguam supaya pertuduhan bunuh dikurangkan kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, beliau bersetuju dengan pendakwaan bahawa dalam kes ini Syafiah Humaira hanya seorang kanak-kanak yang mempunyai daya tahan berbeza dengan orang dewasa.

“Perbuatan tertuduh menghempas pintu teksi sehingga terkena kepala, menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola tidak boleh diterima dalam menunjukkan tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh,” kata Mohtarudin yang mensabitkan Mohd Fazli mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu hanya memperuntukkan satu hukuman, iaitu gantung sampai mati.

Walaupun tangisan ibu dan sanak saudara bergema, namun Mohd Fazli kelihatan tersenyum dengan ‘hadiah hari lahir’ yang diterimanya itu.

Dengan tenang dia kelihatan mencium dahi teman wanitanya, iaitu ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25.

Mohd Fazli, ketika dibawa keluar mahkamah, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan sambil mengucapkan, “terima kasih wartawan semua”.

Kes arwah Syafiah Humaira mendapat liputan luas media berikutan dia menemui ajal akibat perbuatan teman lelaki ibunya sendiri.

sumber : sinar harian

AKU SOKONG 100%..baik kita ajar orang macam nie..
biar orang lain buat pengajaran dari kesalahan MENDERA KANAK-KANA atau MEMBUNUH..
biar orang lain rasa takut sikit...aku tengok muka dia pun GERAM je...boleh pijak budak yang kecil macam tu...dengan kasut bola pula tu....
ish..GERAM sangat2 nie..BIAR DIA MAMPUS...kena hukum gantung cepat...
yang aku pelik kan...mak budak tu buat relik je anak dia mati...apa dah jadi nie?
mak x rasa apa2 perasaan ke..mengandung 9 bulan budak tu...kena dera pada orang lain..bukan pada ayah dia..lepas tu MATI pula...fusss...kalu aku ...
entah apa kan jadi x tahu la....
MASAK AKU GORENG MAMAT TU......

Wednesday, September 22, 2010

MENINGGAL DISEBAB MEJA LIPAT


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bapanya, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.

Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa" katanya.

Katanya kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir.

sumber : sinar harian

YAALLAH..semoga diberi ketabahan kepada kedua ibubapanya dan semoga roh nya dicucuri rahmat..amin

BUAT MALU JE!!!!!!!!!

Remaja kembar hilang ditemui
GEORGETOWN - Kehilangan tiga remaja perempuan di Kampar sejak 11 September lalu berakhir apabila polis Pulau Pinang berjaya menjejaki mereka selepas mendapat maklumat daripada rakan serumah di sini, awal pagi semalam.

Sepasang remaja perempuan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di sebuah flat di Paya Terubong, di sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada Hari Raya kedua.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Air Itam untuk diambil keterangan. Kesemua remaja terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis Kampar.

“Kami akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja ini dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi,” katanya.

Di KAMPAR, Ketua Polis Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dibuat semua remaja berkenaan dipercayai sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, dua lagi remaja lelaki tersebut ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Air Hitam untuk siasatan lanjut.

“Polis juga telah melaksanakan siasatan selain memberi ikat jamin, terhadap seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Roy, yang telah pulang ke rumah terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga remaja berkenaan juga telah dimaklumkan berhubung penemuan itu.

“Polis memandang serius perkara sebegini kerana sejak akhir-akhir ini, kes orang hilang boleh menjurus kepada kes-kes jenayah.

“Iba bapa disarankan agar sentiasa mengambil berat hal anak-anak seperti mengetahui ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

“Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah sangat mustahak bagi membendung gejala ini daripada berlaku," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian, ibu kepada pasangan kembar berkenaan, Harlizah Samah berkata, mereka menyerahkan segala urusan kepada polis.

Menurut sumber, ketika artikel ini ditulis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Sigh membawa keluarga tiga pelajar berkenaan ke Pulau Pinang.

sumber : sinar harian

BUAT MALU JE....BUKAN KENA LARIKAN...
TAPI IKUT JANTAN LARI ADALAH...
APADAH JADI SEKARANG NIE...perempuan boleh ikut lagi
duduk sekali macam laki/bini...
NAUZUBILLAH HI MINZALIK..
ASTAGHFIRULLAH HA AZIM

Jauhilah perangai manusia jenis ini terhadap anak-anak ku..amin

Tuesday, September 21, 2010

SAMPAI BILA MACAM NIE NEGERI KU???

Padah rogol anak kandung
KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam.

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu.

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu.

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya.

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh.

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan.

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian.

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu.

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Sumber : sinar harian

SAMPAI BILA NAK REDA MASALAH NIE...
Semalam DATUK ROGOL cucu..hari nie BAPA ROGOL anak...
DUA2 SETAN BERTANDUK ....masalah yang sering berlaku..
x de orang yang takut ke? ... HUKUMAN yang dikenakan ke atas pesalah
amat berat di dunia ..di akhirat belum tentu lagi...tapi masyarakat kita
masih belum takut dengan hukuman yang dijatuh di dunia...ishhhhhh
entah la...aku x tahu nak kata apa lagi...
MANUSIA BERTOPENG HAIWAN

KAUM HAWA BERTUDUNG

WANITA @ PEREMPUAN WAJIB BERTUDUNG

Sebenarnya idea menulis isu ini timbul apabila melihat ramai ibu-ibu muda khususnya yang bertudung tetapi membiarkan anak-anak kecil mereka yang berusia 8-9 tahun atau lebih besar tidak memakai tudung. Sayang rasanya..

Mengapa ’sayang’ atau rugi? Kerana pertama, ibu merupakan contoh terbaik dan dilihat oleh anak-anak pada setiap masa. Kedua, usia kecil merupakan waktu yang paling mudah untuk kita mentarbiyah atau membiasakan mereka dengan bertudung dan mematuhi perintah agama. Ini berbeza dengan isu di mana si ‘ibu’ hanya bertudung lewat dan anak pada masa itu sudahpun berusia belasan tahun, maka pastinya, ianya lebih sukar dan sulit, kerana si anak sudah terbiasa dan terbudaya tidak bertudung dari kecil.

Pada masa yang sama, timbul persoalan jika anak-anak dididik dari kecil bertudung (atau dipaksa), maka apabila besar nanti mereka akan memberontak dan buka tudung...

apa pandangan kawan2 semua?

Tudung HARUS dan WAJIB bagi KAUM HAWA, WANITA, PEREMPUAN...
tidak kira kecil , besar, tua dan muda...itu perlu dijaga dan di ikuti..
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.