widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Umat Islam Digesa Jauhi Memakan Buah Pala- UAE


Pernah makan buah pala ?, buah pala ada banyak ditanam di lereng-lereng bukit di Pulau Pinang. Sesiapa yang pergi ke Pulau Mutiara kalau tak beli jeruk buah pala seolah-olah tak lengkap melawat Pulau Pinang.

Jeruk buah pala dibuat daripada isi buah pala yang jika dimakan mentah rasanya amat kelat, masam dan berangin. Memang tak mampu nak dimakan mentah. Tetapi apabila dibuat jeruk rasanya amat sedap dan rangup.


Biji buah pala pula sudah lama terkenal sebagai salah satu dari resipi rempah ratus yang jika di tambah sedikit dalam makanan mendatangkan rasa lazat dan beraroma.

Tetapi tahukan anda penggunaan rempah buah pala ini secara berlebihan dapat mendatangkan berbagai kesan sampingan oleh sebab unsur toxik yang ada pada buah pala.

Makan berlebihan boleh mendatangkan kesan mengantuk, lalok, pengsan atau meracau. Kesan overdose rempah buah pala adalah seperti kesan menghisap hashish atau ganja. Telingan akan berdengung, perut akan rasa senak seperti sembelit, sukar untuk kencing, tertekan, dan jika berlarutan boleh membawa maut.

Fatwa ulama Emriah Arab Bersatu baru-baru ini mengeluarkan nasihat agar umat Islam mengelakkan diri mencampurkan buah pala dalam makanan atas faktor toxik yang disebutkan diatas.

Penggunaan sedikit untuk rasa boleh dipertimbangkan namun para ulama menasihatkan agar berhenti dari menggunakannya terus adalah lebih selamat.

Wah ! para penagih hashish atau ganja tahu tak kelebihan buah pala ini?, dengan harga ganja di pasaran yang melambung naik dari hari ke hari, para penagih ada yang bertukar kepada daum ketum.

Daun ketum pulak sekarang sering akan ditebang oleh pihak berkuasa jika ditemui oleh mereka kerna khuatir penyalah gunaannya. Lepas ini kedai-kedai rempah mamak dipenang mungkin akan keputusan stok biji pala.



BERITA ASAL (DIBAWAH)

Muslims can use a little amount of nutmeg as a flavour in their food but it is better to avoid it altogether, according to a new Islamic edict issued Tuesday.
The Fatwa (Islamic edict) Centre at the General Authority for Islamic Affairs and Endowments in Abu Dhabi issued the edict in response to a question by an Emirati woman through its website, Alkhaleej daily reported.
“Islamic scholars have authorized the use of a very little amount of nutmeg in food to give it a good flavour on the grounds that a tiny amount of solid intoxicants is not prohibited,” the centre said in its new Fatwa.
“This means there is no problem adding a little amount of nutmeg to food but it is better and religiously safer to avoid using it altogether.”
Nutmeg is a spice from the nutmeg tree, which is native to several Indonesian islands.
Both nutmeg and mace come from the same plant.
Nutmeg has a warm, spicy aroma and flavour and can be used in sweet and savoury cooking. Taken in high doses, nutmeg can be quite intoxicating. It causes symptoms such as stupor, drowsiness, delirium and sleep.
Other symptoms include a rapid heartbeat, dry mouth, and thirst. Agitation, apprehension, and a sense of impending doom may last about 12 hours, with a sense of unreality persisting for several days.
Its effects are like those of hashish. If it is consumed in large quantities, a person will get ringing in his ears, severe constipation, difficulty urinating, anxiety, stress, suppression of the central nervous system and possibly death.

Saturday, November 27, 2010

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.



Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.