widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Thursday, September 23, 2010

DAULAT TUANKU - Raja Kelantan ke-5


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima sebagai penggunaan rasmi Istana dan Kerajaan Negeri bagi menggantikan nama asal baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuat kuasa pada pemasyhuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan, 13 September lalu.

“Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ianya akan menjadi nama rasmi bagi gelaran baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda.

Menurutnya, penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata, baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Menurutnya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Katanya, gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

“Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan Kerajaan Negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya.

Sementara itu, mengenai pemasyhuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, Abdul Halim berkata: “Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

“Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa."

sumber : sinar harian

DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.