widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, January 31, 2011

MUTIARA KATA

" Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari,
Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis dan mencari dimana matahari?
Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

~mutiara kata~

Thursday, January 20, 2011

KURSUS PENYELENGGARAAN DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN/LANSKAP

MAKLUMAT BAGI PERMOHONAN KURSUS PENYELENGGARAAN DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN/LANSKAP


Tarikh : 08 - 09hb Feb 2011 (2 hari)
Tempat : Dewan PUSMA Kota Bharu,
Tingkat 4, Kompleks MARA
Jalan Dato Pati,Kelantan
Yuran : RM 150.00 Seorang

Maklumat Memohon dan Syarat :

i) Warganegara Malaysia (Bumiputera Melayu)

ii) Memdapat MATA CCD 16 POINT

iii) Mempunyai @ Tidak Mempunyai Lesen Kementerian Kewangan Malaysia

iv) 2 Keping Gambar Pasport dan IC Fotostet

Faedah Kursus :

i) Memdapat Sijil penyertaan kursus dengan MARA

ii) Mendapat kemahiran/kefahaman dalam pengendalian penyelenggaran pembersihan bangunan/lanskap

iii) Melengkapkan dan menguatkan lagi lesen Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang penyelenggaran dan pembersihan dan lain-lain.

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT...BOLEH HUBUNGI PUSMA KELANTAN

Dengan Talian 09-748 2091 attn 220&221

(En.Mohd Sham & En.Zul)


JANGANLAH LEPAS PELUANG KEEMASAN INI

Tuesday, January 18, 2011

Maklum lah...First time naik plane


From Dhaka Bangladesh…to KLIA Malaysia dengan penuh harapan……tak seorang pun cabin crew sanggup nak tegur…mereka akan berbahak-bahak gelak gila….

Monday, January 17, 2011

Umat Islam Digesa Jauhi Memakan Buah Pala- UAE


Pernah makan buah pala ?, buah pala ada banyak ditanam di lereng-lereng bukit di Pulau Pinang. Sesiapa yang pergi ke Pulau Mutiara kalau tak beli jeruk buah pala seolah-olah tak lengkap melawat Pulau Pinang.

Jeruk buah pala dibuat daripada isi buah pala yang jika dimakan mentah rasanya amat kelat, masam dan berangin. Memang tak mampu nak dimakan mentah. Tetapi apabila dibuat jeruk rasanya amat sedap dan rangup.


Biji buah pala pula sudah lama terkenal sebagai salah satu dari resipi rempah ratus yang jika di tambah sedikit dalam makanan mendatangkan rasa lazat dan beraroma.

Tetapi tahukan anda penggunaan rempah buah pala ini secara berlebihan dapat mendatangkan berbagai kesan sampingan oleh sebab unsur toxik yang ada pada buah pala.

Makan berlebihan boleh mendatangkan kesan mengantuk, lalok, pengsan atau meracau. Kesan overdose rempah buah pala adalah seperti kesan menghisap hashish atau ganja. Telingan akan berdengung, perut akan rasa senak seperti sembelit, sukar untuk kencing, tertekan, dan jika berlarutan boleh membawa maut.

Fatwa ulama Emriah Arab Bersatu baru-baru ini mengeluarkan nasihat agar umat Islam mengelakkan diri mencampurkan buah pala dalam makanan atas faktor toxik yang disebutkan diatas.

Penggunaan sedikit untuk rasa boleh dipertimbangkan namun para ulama menasihatkan agar berhenti dari menggunakannya terus adalah lebih selamat.

Wah ! para penagih hashish atau ganja tahu tak kelebihan buah pala ini?, dengan harga ganja di pasaran yang melambung naik dari hari ke hari, para penagih ada yang bertukar kepada daum ketum.

Daun ketum pulak sekarang sering akan ditebang oleh pihak berkuasa jika ditemui oleh mereka kerna khuatir penyalah gunaannya. Lepas ini kedai-kedai rempah mamak dipenang mungkin akan keputusan stok biji pala.



BERITA ASAL (DIBAWAH)

Muslims can use a little amount of nutmeg as a flavour in their food but it is better to avoid it altogether, according to a new Islamic edict issued Tuesday.
The Fatwa (Islamic edict) Centre at the General Authority for Islamic Affairs and Endowments in Abu Dhabi issued the edict in response to a question by an Emirati woman through its website, Alkhaleej daily reported.
“Islamic scholars have authorized the use of a very little amount of nutmeg in food to give it a good flavour on the grounds that a tiny amount of solid intoxicants is not prohibited,” the centre said in its new Fatwa.
“This means there is no problem adding a little amount of nutmeg to food but it is better and religiously safer to avoid using it altogether.”
Nutmeg is a spice from the nutmeg tree, which is native to several Indonesian islands.
Both nutmeg and mace come from the same plant.
Nutmeg has a warm, spicy aroma and flavour and can be used in sweet and savoury cooking. Taken in high doses, nutmeg can be quite intoxicating. It causes symptoms such as stupor, drowsiness, delirium and sleep.
Other symptoms include a rapid heartbeat, dry mouth, and thirst. Agitation, apprehension, and a sense of impending doom may last about 12 hours, with a sense of unreality persisting for several days.
Its effects are like those of hashish. If it is consumed in large quantities, a person will get ringing in his ears, severe constipation, difficulty urinating, anxiety, stress, suppression of the central nervous system and possibly death.

Thursday, January 13, 2011

RAHSIA KURMA



Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam
keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara
buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan
yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan
protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti
besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma
bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada
kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi
oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat
2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh
adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan
dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa
mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi
glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau
tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu
banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan
vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun
sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang
paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi
potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh
atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang
berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,
sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan
ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu
atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun
kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh
buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon
kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma
lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan
serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu
penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual
atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma
juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa
sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau
menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi
karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa
pelbagai jenis penyakit.

WALLAHUA'LAM

Monday, January 10, 2011

MUTIARA KATA

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnye di dalam pergaulan hidup,
dan betambah naik tingkahlaku dan akal budinya...

Hamka

Sunday, January 9, 2011

FACEBOOK KENA TUTUP..HAHAHHAHAH


Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga merupakan ketua eksekutif Facebook

Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.

Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.

Menurut Weekly World new....

Tuesday, January 4, 2011

SOAL SELIDIK PANDANGAN PEGAWAI AWAM TERHADAP PENILAIAN KOMPETENSI MENGGANTIKAN PTK

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2010 berhubung pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 selaras dengan Pembentangan Bajet 2011 di mana Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun 2011.

Bagi maksud ini, JPA sedang menjalankan kajian untuk mendapatkan pandangan pegawai awam terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangunkan bagi menggantikan PTK. Sehubungan itu, semua warga kerja PERKHIDMATAN AWAM dijemput untuk menyertai kajian ini dengan menjawab soal selidik secara online di laman sesawang JPA berikut:

http://www.kompetensi.jpa.gov.my/ptkonline/soalselidik/

surat dari IBLIS....aku dapat dari kawan



( Surat Dari Iblis)


( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya

p/s : aku dapat email dari kawan ku

****************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.


TERBAKAR LA ANGKAU SYAITANNNNN.............

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.