BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
GUA MUSANG - Pengguna Jalan Gua Musang–Kuala Krai perlu mengambil iktibar kemalangan 12 maut di Kilometer 21.2 jalan itu pada musim perayaan tahun lalu untuk tidak mengejar masa pulang menyambut Aidilfitri di kampung yang dijadualkan Jumaat ini.Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang berikutan keadaan jalan di situ yang berselekoh dan mulai sesak dengan kenderaan warga kota untuk pulang ke kampung sejak kelmarin yang perlu lebih berhati-hati.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan berkata, pihaknya menyifatkan kawasan di jalan terbabit berisiko tinggi kerana kerap berlaku kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri.
Beliau tidak mahu keluarga di kampung yang menunggu-nunggu mereka dalam perjalanan untuk menyambut hari raya bersama dikejutkan dengan kejadian tidak diingini dan tinggal kenangan sepanjang hayat.
“Kita perlu ingat 12 maut dalam satu kemalangan ngeri di kawasan terbabit sebagai panduan serta ingatan untuk kita sama-sama memandu kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kem Semor dekat sini, petang semalam.
Kempen keselamatan jalan anjuran bersama polis dengan Kelab Lions Gua Musang itu diedarkan 300 risalah memandu cara selamat bersama topi keledar bagi penunggang motosikal yang pulang menyambut hari raya di kampung.
Hadir sama, Presiden Kelab Lions Gua Musang, Azizah Latif.
Aziz berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggota trafik membuat rondaan sepanjang masa di jalan berkenaan untuk memastikan kenderaan berjalan lancar dan mengelakkan pertambahan berlaku kejadian kemalangan.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dalam tempoh seminggu ini belum berlaku kejadian kemalangan maut berikutan mungkin ada kesedaran pengguna mengenai cara pemanduan yang lebih berhemah.
Katanya, selain di Kilometer 21.2, sekurang-kurangnya 10 tempat lagi di laluan jalan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam kerana kerap berlaku kemalangan berikutan keadaan berbukit dan selekoh tajam.
“Sekiranya pemandu merasa mengantuk dan letih, mereka hendaklah berhenti di kawasan disediakan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula bagi mengelakkan berdepan bahaya kemalangan,” katanya.
sumber : sinar harian
BERINGAT SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PULANG KE KAMPUNG ..
SEMOGA BERHATI-HATI DI JALAN MAUT YANG SENTIASA KITA DENGA..
jalan maut nie ada banyak di kelante ..tambahan jalan kuala krai-gua musang tu...
kawasan yang sering kali terjadi kemalangan..tak kira kemalangan
kecil atau besar (mati)...tapi aku x nak jadi macam tu..
Jalan jauh nie kadang2 seronok juga tau..
kerana dapat tegok pemandangan cantik dan berubah...aku suka macam tu..
Raya ke-dua nanti aku guna laluan kuala krai- gua musang nak pergi ke KL ..umah mak mertua aku..
kawan2 DOAKAN aku semoga selamat sampai dan selamat pulang ye nanti...amin & thank

No comments:
Post a Comment