widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, October 6, 2010

PERTAMA DI MALAYSIA BAYI SEKOLAH HARAPAN



IBU DAN BAYI SEKOLAH HARAPAN
BANDA HILIR - Sekolah Harapan, sebuah sekolah khas yang menempatkan remaja mengandung, mencatatkan satu lagi sejarah apabila bayi pertama penghuninya selamat dilahirkan Isnin lalu.

Bayi lelaki seberat 3.6 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Jasin, kira-kira jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan kelahiran itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayi berkenaan tidak akan diserahkan kepada keluarga angkat walaupun ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Ini kerana, katanya, keluarga pelajar berkenaan telah bersetuju untuk menjaga dan membesarkan bayi terbabit.

“Ini satu kejayaan bagi kita dalam usaha men- yelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa daripada dibuang begitu sahaja,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pengurusan (iMEC 2010), anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, semalam.

Sekolah Harapan yang terletak di Jasin kini menempatkan 10 remaja perempuan hamil telah mula beroperasi bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, ibu kepada bayi terbabit adalah seorang pelajar berumur 17 tahun dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penghujung tahun ini.

Walaupun enggan menyatakan secara terperinci mengenai pelajar terbabit, beliau berkata, kedua-dua ibu dan anak kini berada dalam keadaan sihat.

“Pelajar berkenaan kini dijaga kakitangan sekolah kerana masih dalam pantang.

“Ingin saya tegaskan bahawa secara langsung sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi hamil luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Ab Rahaman berkata, Sekolah Harapan akan memberikan kaunseling kepada pelajar dan keluarganya.

Selain itu, menurutnya, kes berkenaan akan turut dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.

sumber : sinar harian

AGAR-AGAR PANDANGAN KORANG ORANG KAN.
TERCAPAI KE MISI @ VISI SEKOLAH HARAPAN TERSEBUT?

aku tanya macam tu sebab apa......
ini kerana ibu dan bapa dia tahu anaknya mengandung...
tulah ibu/bapa dia pergi hantar ke sekolah ibu2 mengandung...
kalu ibu dan bapa x tahu anak dia mengandung ...
MACAM MANA PULA????

FIKIR-FIKIRKAN LAH????

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.