BAGUS TINDAKAN KDN
KLUANG- Sebanyak 369 barang hiasan yang mengandungi kesilapan ayat al-Quran dirampas Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor dalam operasi bersepadu bersama Pejabat Kadi Kluang, semalam.Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi bersepadu ini ke tiga premis yang menjual barang-barang hiasan al-Quran yang mengandungi kesilapan dari segi ayat al-Quran dan sebagainya.
“Operasi dijalankan di sekitar bandar Kluang dan dalam operasi tersebut, kami telah berjaya merampas barang-barang hiasan al-Quran di salah sebuah premis menjual barangan serbaneka.
“Sebanyak 369 barang hiasan dirampas kerana pemilik kedai bukan Islam dan menjadi satu kesalahan apabila orang bukan Islam menjual barang-barang hiasan yang mengandungi ayat al-Quran
“Malah, ianya juga terdapat dalam garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun 2008 bagi garis panduan pembuatan, pengendalian dan penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan dan perhiasan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang menggariskan bahawa semua aktiviti pengendalian dan penjualan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilakukan oleh hanya orang yang beragama Islam,” katanya kepada: Sinar Harian:.
Mohd Khalil berkata, kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan itu juga katanya, telah terkandung dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-13 pada 1 dan 2 Julai 1985.
Dalam keputusan tersebut orang bukan Islam adalah diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.
“Dalam operasi yang dijalankan pada hari ini (semalam), kessemua maklumat yang diperoleh adalah hasil daripada maklumat orang awam dan juga siasatan yang kita dijalankan,” katanya.
sumber : sinar harian
Bagus tindakan yang dijalan oleh KDN JOHOR...
dapat juga membendung ajaran al-quran yang silap tu....
tapi yang malang nya....
siapalah yang membeli haisa al-quran yang salah tu??????
dapat juga membendung ajaran al-quran yang silap tu....
tapi yang malang nya....
siapalah yang membeli haisa al-quran yang salah tu??????
No comments:
Post a Comment