widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, October 6, 2010

MALAYS?? TIDAK ADIL????!!!!!



KENAPA MELAYU SAJA YANG SALAH???
Saya lahir sebelum merdeka di sebuah kampung terpencil dalam daerah Muar, dan membesar dalam suasana masyarakat majmuk, tanpa sebarang masalah. Baik di sekolah atau di luar sekolah kawan-kawan saya terdiri dari berbilang kaum – Cina, India, Benggali, Jawa dan lain-lain. Sekali lagi, tidak ada masalah.

Kita berkawan tanpa batasan kaum dan warna kulit. Malah, agama juga bukan penghalang. Memang, dari semasa ke semasa kita bergaduh, dan saling kata-mengata. Tetapi lepas ‘tidak kawan’ dua tiga hari, kita akan baik semula dan bermain seperti biasa.

Melayu dicap sebagai ‘bodoh makan belacan’. Cina dikata ‘berak tidak cebok’. Kawan-kawan India pula digelar ‘kicap’ atau ‘manggis’. Dan, ada ‘branding’ khas diberikan kepada orang Jawa yang menjadi penduduk majoriti di tempat saya: ‘Wak Tempe’. Tidak kira yang tua atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan, orang Jawa akan digelar seperti itu. Dulu-dulu tempe dianggap makanan paling koman. Siapa sangka kini tempe mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu sumber protein utama.

Tanpa prejudis dan tidak ada berasa hati atau dendam, baik Melayu, Cina, India, Jawa menerima panggilan dan gelaran seperti itu sebagai perkara biasa. Sebenarnya ada gelaran-gelaran yang lebih teruk, kalau saya tulis sekarang pasti ada orang buat laporan polis, dan tidak fasal-fasal saya disiasat.

Dulu gelaran-gelaran itu tidak pernah menjadi punca pergaduhan kami. Dalam majlis-majlis rasmi seperti kenduri kahwin, mesyuarat PIBG dan perayaan-perayaan kaum pun panggilan dan gelaran itu disebut untuk mengeratkan lagi persahabatan.

Itulah ‘1Malaysia’ zaman saya kanak-kanak lebih setengah abad lalu! Walaupun belum wujud dan tidak diuar-uarkan dalam iklan siang malam, semangat kekitaan itu sudah meresap di jiwa tanpa mengira kaum.

Hari ini setelah sekian lama merdeka, gagasan ‘1Malaysia’ terpaksa diwujudkan – dan diiklankan pagi petang siang malam hampir di mana sahaja – untuk menimbulkan rasa cinta dan harmoni masyarakat majmuk moden kita. Hairan makin lama merdeka kita seolah-olah makin renggang.

Hari ini kita tidak boleh sembarangan mengecap atau menggelar satu-satu kaum. Sikit sahaja kita tersilap cakap, ada pihak akan melenting, dan kita akan disiasat polis. Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, dituduh rasis hanya kerana dia menyebut Cina sebagai ‘Si mata sepet’ dan India sebagai ‘Si botol’.

Kenyataan itu yang dibuat pada satu majlis tertutup telah disiarkan di sebuah laman portal berita. Bagaimana perkara tertutup boleh disiarkan media? Patut sekali wartawan dan pemilik media tersebut disiasat, manalah tahu kalau-kalau ada muslihat di sebalik penyiaran perkara yang sepatutnya rahsia itu.

Tetapi, yang kena gasak ialah pegawai BTN berkenaan. Kepimpinan tertinggi cepat sahaja mengarahkan siasatan dilakukan secara terperinci. Laporan polis pun dibuat. Siasatan dalaman dilakukan, macamlah pegawai berkenaan telah melakukan satu jenayah besar.

Bukanlah saya menyebelahi Hamim. Tidaklah juga saya menyokong mana-mana pihak yang suka mengecap atau menggelar satu-satu kaum dengan gelaran-gelaran yang dikatakan rasis. Kalau betul kita tidak boleh lagi menerima gelaran ‘kicap’, ‘sepet’, ‘Wak Tempe’ dan sebagainya, semua orang mesti tidak boleh menyebut perkara itu.

Masalahnya ialah kita seperti bertindak tegas sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang Melayu. Sebelum kes pegawai BTN yang malang itu, beberapa orang kita, termasuk seorang pegawai khas Perdana Menteri, juga beberapa orang guru, telah diambil tindakan kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis.

Seperti yang dilaporkan media, seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berbangsa Melayu telah dihadapkan ke mahkamah kerana menulis komen yang dikatakan berunsur perkauman di Facebook.

Tetapi, betapa pula halnya jika yang mengeluarkan kenyataan negatif itu orang bukan Melayu. Sebagai contoh Katy Lim Li Nian yang terang-terang menghina Islam di internet, termasuk di laman sosial Facebook. Tidakkah itu dianggap menghina kaum juga? Sebenarnya itu lebih teruk dari menghina kaum. Kenapa pihak berkuasa tidak cepat bertindak dalam kes ini?
Dan betapa halnya dengan Wee Meng Chee, atau nama penanya ‘Namewee’ yang pernah tidak lama dulu dimaafkan kerana menghina lagu kebangsaan ‘Negaraku’, tetapi baru-baru ini berani pula mengeluarkan kenyataan yang lebih menghina menerusi internet. Laporan polis telah dibuat ke atasnya, tetapi apa tindakan selanjutnya? Bila pula dia akan dihadapkan ke mahkamah? Atau, apakah dia akan sekali lagi dimaafkan?

Saya bersetuju siapa sahaja yang melakukan tindakan, dan mengeluarkan kenyataan berbau rasis, patut dihukum. Tetapi, janganlah dalam menghukum kita seperti berat sebelah. Janganlah tindakan diambil hanya jika yang rasis itu orang Melayu. Orang bukan Melayu yang rasis pun perlu dikenakan tindakan. Lagi pun apa bezanya Namewee dan Katy dengan Hamim? Saya harap saya tidak dianggap rasis dengan tulisan ini.

sumber : sinar harian

Aku amat menyokong tentang luahan penulis ini.... memang negara kita nampak sangat benda macam tu.atau berat sebelah. tapi ramai yang berdiam diri... kalu bersuara...mesti kena PUNYA... itulah kelemahan orang kita....bersuara x boleh...berdiam diri bermaharajalela... lepas tu kena cekup pula..... sampai bila kita perlu jadi macam nie.... bunyi je orang melayu sebut pasal KAUM..terus bising geng2 tu... kalu dia punya....lagi berat dia kutuk NEGERA ATAU KAUM... malayu bising..terus buat siasatan....MEMANG TIDAK ADIL.. SAMPAI BILA MELAYU DIPERSALAHKAN????? orang lain buat hal(salah)....kita nak mempertahankan(kebenaran).... KITA YANG KENA SIASAT..pelik kan... MALAYSIAKU..JADI ADIL UNTUK SEMUA... AKU AMAT MENYAYANGI NEGARAKU.... TOLONG JANGAN NAMPAK SEBELAH SAJA YANG SALAH...

(YANG PENTING KITA HARUS HIDUP BERSATU)

1 comment:

addy saufi said...

BANGSAKU SEMAKIN LAYU...

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.