widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Friday, September 17, 2010

TUMBUKAN MEMBUNUH..


KOTA BHARU - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang warga emas pesakit mental berusia 63 tahun yang cedera parah di kepala ditemui mati disyaki akibat ditumbuk lelaki yang menerima rawatan sama di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Idris dari Kampung Jambu, Rambutan Rendang di sini dipercayai maut selepas ditumbuk bertubi-tubi pada muka dan kepala oleh suspek yang berusia 31 tahun dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat mangsa dan suspek berselisih faham selepas mangsa dikatakan menyalakan lampu di wad berkenaan lalu ia menimbulkan kemarahan suspek yang ingin tidur ketika itu.

Akibat tidak puas hati dipercayai berlaku perbalahan antara mereka dan suspek dikatakan menumbuk mangsa sehingga parah.

Kejadian itu disedari kakitangan wad berkenaan lalu menghubungi pihak polis. Polis yang tiba sejurus selepas kejadian kemudian membawa mayat mangsa ke hospital untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan suspek kejadian itu sudah dikenal pasti.

Sementara itu, menurut anak mangsa, Norzilawati Muhammad, 28, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa bapanya oleh ibunya kira-kira jam 8 pagi lalu bergegas ke hospital berkenaan.

“Ayah dimasukkan ke wad ini beberapa hari lalu oleh ahli keluarga selepas dia dipercayai agak agresif ketika di rumah. Sudah lama ayah menghidapi penyakit ini,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Chuchuh Puteri, Kuala Krai.

sumber : sinar harian

SEKARANG INI RAMAI GOLONGAN MELAYU KITA ADA MASALAH MENTAL?
contoh nya...mental tentang kehidupana,mental tentang masalah kewangan,mental tentang manusia sendiri dan lain-lain...
itulah dia akan menjadi GANAS DAN SUKA MENYERANG TANPA BERFIKIR...

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.