KEHILANGAN TANGAN DEKAT DENGAN RAYA
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak, Nurain Nabila Zakaria, 6, hilang tangan kirinya apabila terkena mesin tebu di rumahnya di Kampung Padang Mukum, Tok Uban, Pasir Mas.Bapa mangsa, Zakaria Mohd Noor, 54, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam di mana ketika itu Nurain sedang bermain dengan sepupunya di hadapan rumah.
“Manakala saya berada di dalam rumah sehinggalah saya terlelap seketika dan dikejutkan dengan jeritan suaranya,” katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Zakaria berkata, nasib baiklah salah seorang daripada anaknya, iaitu abang kepada Nurain cepat bertindak dengan menutup suis mesin tebu tersebut.
Menurutnya, pemilik mesin tebu tersebut menumpang meletakkan mesin itu sepanjang Ramadan ini dan kebetulan pada pagi itu pemiliknya membersihkan mesin tersebut dan menghidupkan enjinnya.
Menurutnya, selepas menghidupkan enjin pemilik tebu tersebut meninggalkan mesin itu begitu sahaja berhampiran dengan Nurain dan sepupunya.
“Nasib baik suis sempat ditutup dan hanya separuh tangan kiri anak saya yang kena, atas pertolongan orang ramai tangan anak saya berjaya dikeluarkan dengan selamat,” katanya yang mempunyai enam orang anak di mana Nurain merupakan anak bongsu keluarga tersebut.
Nurain pada awalnya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas bagaimanapun terus dihantar ke HRPZ II kerana kecederaan teruk.
sumber : sinar harian
No comments:
Post a Comment