Wednesday, August 18, 2010
YAALLAH..LAKNATILAH PADA YANG ZALIM
BANDARAYA MELAKA - Anggota Forensik terpaksa menyelongkar longgokan sampah di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka (HM), semalam untuk mencari mayat bayi tidak cukup bulan yang dibuang seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kelmarin.
Dengan dibantu pekerja syarikat selenggara sampah, usaha mencari yang dijalankan sejak petang kelmarin, sebelum dihentikan malam semalam dan disambung tengahari, semalam.
Bagaimanapun, usaha menyelongkar satu persatu plastik sampah itu berhasil apabila janin berusia lima bulan itu ditemui kira-kira 1.50 petang semalam oleh salah seorang pekerja syarikat selenggara sampah itu.
Bayi tidak cukup bulan itu dibuang di dalam tong sampah oleh pelajar IPT berusia 22 tahun itu, selepas bersalin di tandas unit kecemasan HM kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Bagaimanapun, sampah di dalam tong berkenaan sudah diangkut sebelum dibuang ke dalam pusat pengumpulan sampah menyebabkan usaha mencari dalam longgokan sampah di situ terpaksa dilakukan.
Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek mengaku melahirkan bayi itu.
“Suspek mengadu sakit perut dan menjalani rawatan di wad kecemasan HM, kelmarin. Kejadian disedari selepas kakitangan merawat suspek mendapati dia baru sahaja melahirkan bayi," katanya.
Ekoran daripada kejadian itu, pegawai perubatan hospital membuat laporan polis kira-kira 7 malam.
"Namun, bayi berkenaan sudah dibuang tanpa disedari pihak yang bertanggungjawab menguruskan sampah di hospital itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini, semalam.
Berikutan itu, katanya, suspek wanita bersama teman lelakinya juga pelajar IPT direman sehingga Sabtu ini.
"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment