widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, August 23, 2010

KIBARLAH JALUR GEMILANG (MALAYSIA)

MERANTI – Kempen kibarkan Jalur Gemilang seperti yang disarankan kerajaan mendapat perhatian dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bakong Dalam untuk memeriahkan lagi kempen tersebut.

Pengerusi KRT tersebut, Ahmad Anuar Husin berkata, pelbagai aktiviti akan di adakan sepanjang kempen tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini selain menerapkan semangat patriotik di kalangan ahli dan juga penduduk setempat.

Menurutnya, bendera jalur gemilang akan di agihkan kepada semua ahli KRT bagi memastikan mereka mengibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka.

“Kempen ini sudah bermula awal Ogos lalu dan kita telah mengambil inisiatif untuk menyemarakkan lagi kemerdekaan pada tahun ini dengan adanya penglibatan dari semua ahli dan penduduk setempat.

“Kita juga akan mengadakan pelbagai kempen pada bulan ini yang berunsur kemerdekaan dan penglibatan dari semua generasi dan golongan umur untuk menanamkan lagi semangat cintakan dan bangga terhadap negara,” katanya.

Ahmad berkata, kempen ini bermula dari ahli KRT Bakong Dalam seramai lebih kurang 560 orang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka dengan kempen satu rumah ahli KRT, satu bendera akan di kibarkan.

Katanya, pihaknya akan memberikan insentif kepada ahli KRT untuk mendapatkan bendera dengan separuh harga supaya kempen ini dapat di realisasikan.

“Kita juga memberikan bendera secara percuma kepada kanak-kanak tabika Kemas dan murid- murid sekolah bagi menanamkan semangat cintakan negara di kalangan mereka dan kepada warga emas pula untuk membangkitkan semangat kemerdekaan mereka.

“Kita juga memberikan penerangan mengenai bendera ini yang melambangkan maruah bangsa supaya mereka lebih memahami dan menganggap bendera merupakan satu bendera yang berharga serta perlu berbangga dengannya,” katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini kanak-kanak di beri pendedahan mengenai kemerdekaan dan kali ini membawa pendekatan kepada warga emas.

Beliau berkata, jasa mereka ini seharusnya dikenang dan bersama meraikan kemerdekaan walaupun di bulan Ramadan ini.

“Kita tahu mereka ini mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk bersama mengibarkan bendera bersama mereka,” katanya yang menyampaikan Jalur Gemilang kepada Mohammad Daud, 80 di rumahnya di sini, semalam.

Ahmad berkata, KRT Bakong Dalam juga terlibat dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang yang di anjurkan Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional sempena bulan Kemerdekaan ini.

Sumber : sinar harian kelantan

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.