widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Sunday, August 22, 2010

JANGAN DIPERTIKAIKAN!!!!!!!!!!Ekuiti Bumiputera bukan desakan

IPOH - Ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh isu ekuiti Bumiputera dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia, baru-baru ini adalah sekadar pandangan dan bukannya satu bentuk desakan.

Soi Lek berkata, apabila diadakan kongres, maka pelbagai pandangan akan dikemukakan dan ia adalah untuk kepentingan negara, bukan untuk sesuatu kaum saja.

"MCA menyambut baik nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segala isu yang timbul di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama membabitkan sensitiviti kaum diselesaikan dengan semangat muafakat," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan MCA Perak di sini, semalam.

Menurutnya, parti itu mengucapkan terima kasih di atas nasihat Perdana Menteri yang selaras dengan pengalaman luas BN dalam menguruskan isu membabitkan kepentingan bersama.

Ucapan Presiden MCA mengenai isu ekuiti bumiputera itu menimbulkan reaksi negatif dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin UMNO dan BN.

Dalam perkembangan lain, MCA Perak menyifatkan Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 (DRTI 2020) sebagai penting dan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperhalusnya.

Soi Lek berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan dan dialog terbuka dengan persatuan perniagaan Cina, peniaga kecil, pengurusan sekolah dan semua pihak yang bakal menerima kesan daripada pelaksanaan pelan berkenaan.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan memastikan berlakunya pembangunan seimbang dengan setiap projek yang dilaksanakan mengambil kira aspek kawasan lapang, kawasan hijau, pasar awam, sekolah aliran Cina, kubur dan tempat khas untuk golongan peniaga kecil.

“Semua input, cadangan dan persoalan dikemukakan sepanjang dialog dengan orang ramai nanti akan dikumpulkan dalam satu memorandum sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan,” katanya. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.