widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, August 31, 2010

BEGINIKAH BALASAN ORANG YANG MENOLONG????



Rumah jurutera warga Malaysia di Indonesia dilempar batu

JAKARTA - Rumah seorang jurutera Malaysia dilempari batu besar dalam tindakan usir atau 'sweeping rakyat Malaysia' oleh sekumpulan lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad lalu.

Difahamkan dalam insiden jam 2 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pelekat di baju dengan tulisan 'Ganyang Malaysia' telah membaling seketul batu besar ke arah jurutera berkenaan yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan setelah mendengar bunyi bising di luar rumah.

Mereka menjeritkan kata-kata “You Malaysia balik!”

Jurutera berusia 60 tahun itu bagaimanapun sempat menutup pintu banglonya sebelum batu berkenaan menghentam pintu itu.

Beberapa anggota polis yang menyedari kejadian itu berjaya menghalang kumpulan lelaki berkenaan daripada memanjat pagar rumah itu untuk masuk dan melakukan tindakan lebih ganas.

Akibat kejadian itu, jurutera berkenaan kini dalam keadaan trauma dan meminta pihak syarikatnya membenarkan beliau pulang ke Malaysia lebih awal daripada jadual tugasnya di sana.

Semasa kejadian, beliau tinggal bersendirian di rumah itu kerana isterinya sudah dihantar pulang ke Malaysia.

Pihak syarikat ladang berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Pihak polis dikatakan telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden itu, namun belum ada sebarang maklumat bahawa mereka ditahan.

Difahamkan kumpulan lelaki itu mencari rakyat Malaysia di ladang berkenaan sejak Sabtu lalu, dalam aksi sweeping mereka, tetapi hanya menemui jurutera itu pada Ahad lalu. - Bernama

sumber : sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.