widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, August 23, 2010

PERBUATAN SIAPA INI????

BACHOK - Seorang guru di sini mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila dua buah kereta miliknya hangus terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira- kira jam 4 pagi itu, kereta jenis Toyota Wish dan Perodua Myvi milik Mazuki Ahmad Fatani, 35, dipercayai sengaja dibakar berdasarkan penemuan dua bekas plastik di kawasan berhampiran yang disyaki digunakan untuk tujuan tersebut.

Adik mangsa, Siti Nor Farhana, 33, berkata, kedua-dua buah kereta berkenaan diletakkan di garaj berhadapan rumah orang tuanya di Jelawat, dekat sini.

Katanya, garaj tersebut dibina bersambung dengan rumahnya menyebabkan api yang marak turut membakar dinding serta merosakkan sebuah bilik berhampiran.

“Ketika itu kami semua sedang nyenyak tidur, sebelum saya mendengar dentuman kuat dan bangun untuk melihat melalui tingkap sebelum melihat cahaya terang di bahagian garaj.

“Saya kemudian mengejutkan suami, Mohd Zain Aziz dan emak, Nor Asikin Awang, 53, memaklumkan kejadian tersebut, dan ketika keluar barulah diketahui letupan berkenaan berpunca daripada kereta abang yang sedang terbakar, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Siti Nor Farhana berkata, mereka kemudian keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih serius akan berlaku.

Beliau berkata, abangnya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Kemudi, di sini, cuba menyelamatkan salah satu daripada kenderaan terbabit bagaimanapun gagal kerana api terlalu marak.

“Kami tidak boleh buat apa-apa sebab sangat panas untuk didekati, malah masa itu ada berlaku beberapa letupan kecil," katanya.

Menurutnya, beliau dan keluarga mengesyaki ia perbuatan khianat tetapi tidak tahu angkara siapa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superitendan Yahya Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengenal pasti punca kejadian dan suspek terlibat.

sumber : sinar harian kelantan

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.