widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, August 21, 2010

WARGA EMAS KE CEKUP

TUMPAT - Seorang warga emas berusia 61 tahun ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 selepas menyerbu rumah dan kedai miliknya dipercayai menyorok beras seludup, mercun dan rokok di Kampung Telaga Nibong, Tanjung Chat, Kota Bharu, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu ke rumah warga emas tersebut ekoran daripada kejadian sebuah kereta proton Wira Aeroback terbabas yang sarat membawa 900 kilogram beras bersama sekotak mercun di Kampung Tal Tujoh, dekat Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah Batalion 8, Superintendan Rooslan Radzi berkata, kereta tersebut datang dari arah Pasir Mas terserempak dengan anggota tugas Strike Force ketika melakukan rondaan dengan kereta di jalan raya Pasir Mas ke Tendong.

Menurutnya, setelah menyedari diekori, kereta terbabit memecut laju dan terbabas di bahu jalan apabila sampai di Kampung Tal Tujoh.

“Pemandu sempat melarikan diri dan pemeriksaan lanjut ke dalam kereta terbabit menemui 36 kampit beras setiap guninya seberat 25 kilogram serta sekotak besar mercun,” katanya,

Menurutnya, berikutan kejadian ini, anggota PGA menyerbu ke rumah warga emas dan seterusnya ke kedainya turut menemui 1,540 kilogram beras seludup dari Thailand disorok hasil daripada kedua-dua tempat serbuan tersebut.

“Turut dirampas 100 kilogram beras pulut dan 237 kotak rokok kretek dan rokok putih, mercun pelbagai jenis dengan jumlah nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM12,154,” katanya.

Menurutnya, kesemua barang rampasan dibawa ke markas PGA di Kuala Jambu untuk tindakan lanjut termasuk kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna hijau.

Sumbar : Sinar Harian Kelante

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.