Penolong Pegawai AADK, Wan Azlan Wan Abd Kadir berkata, pelatih di institut tersebut menjalani ujian air kencing bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan najis dadah ini.
Menurutnya, kebanyakan pelatih di institut itu adalah remaja dan menjadi satu titik permulaan mereka mengenal pasti masalah itu sebelum terlambat.
“Kita tidak mahu remaja kawasan ini terlibat dengan najis dadah walaupun terdapat segelintir yang sudah terjebak dengan gejala itu.
“Sekiranya mampu, kita mahu mengurangkan jumlah bilangan mereka yang terjebak dengan najis ini dari semasa ke semasa, terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Wan Azlan berkata, pada ujian air kencing yang dijalankan, tidak ada pelatih yang positif dadah dan semua bersih dari najis tersebut.
Menurutnya, pertambahan bilangan remaja yang berjinak-jinak dengan najis dadah perlu dititikberatkan kerana permulaan mereka mengenali beberapa jenis dadah yang dianggap ringan menjadi jalan pembuka kepada mereka ke arah penagihan.
Katanya, pelbagai cara yang dilakukan bagi meningkatkan kesedaran kepada remaja dan orang ramai di pelbagai peringkat umur mengenai bahayanya dadah melalui ceramah dan
Menurutnya, faktor utama penyalahgunaan dadah ialah kerana masalah sosial melalui pergaulan salah serta sering berkumpul di rumah persendirian ketika lapang.
“Biasanya penyalahgunaan dadah mudah berkembang melalui pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau di kelab malam kerana berlakunya urus niaga dadah, penularan pil ecstasy, jarum suntikan dan pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau.
“Tidak dinafikan penggunaan dadah yang dianggap ringan dan rekaan atau Designer Drugs beberapa tahun kebelakangan ini semakin laris dijual di pasaran dan begitu menarik minat remaja yang kurang kesedaran mengenai bahayanya dadah,” katanya.
Beliau berkata, dadah mungkin mempunyai tarikan kuat kepada anak-anak muda yang sedang berada di peringkat awal berdikari mereka serta pada masa yang sama mereka mencari identiti diri.
“Anak-anak muda terdedah kepada tarikan dadah kerana beberapa faktor seperti perasaan ingin tahu di mana mereka mahu merasai pengalaman yang baru, di samping mengelak tekanan di sekeliling mereka.
“Di negara ini terdapat ramai pelajar peringkat sekolah mahupun penuntut pusat pengajian tinggi menggunakan metaphetamine tanpa diketahui oleh ibu bapa untuk merangsang sistem saraf mereka agar menjadi lebih bertenaga,” katanya.
Beliau berkata, setiap remaja harus sedar bahawa penyalahgunaan metaphetamine dan dadah jenis lain yang semakin banyak di pasaran kini boleh membawa masalah kepada kesihatan badan mereka.
“Saya ingin menasihatkan remaja dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam pergaulan dan tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk pengambilan dadah yang hanya akan memusnahkan masa depan dan kehidupan yang seharusnya dijalani sebaik mungkin sekarang ini,” katanya.
sumber : sinar harian kelate
No comments:
Post a Comment