widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Friday, August 20, 2010

RAJA AZMI KENA CEKUP

KUALA LUMPUR - Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira jam 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

“Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan semalam dua kali iaitu kira-kira jam1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya.

“Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada jam 8.30 pagi ini.

Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang juga isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991. - Bernama

sumber: Sinar Harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.