Monday, August 23, 2010
MUNCUL PROSPEK BOM DI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU – Suspek utama yang menjadi dalang berhubung kes letupan mercun sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak dalam kejadian di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, kelmarin, ditahan polis kira-kira jam 12.55 tengah hari, semalam.
Suspek yang juga bapa kepada kanak-kanak malang itu ditahan ketika dia datang ke tempat kejadian untuk menyerah diri atas nasihat polis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selepas menghilangkan diri sebaik saja kejadian itu berlaku
Bagaimanapun, suspek berumur 29 tahun dari Kampung Seberang Baroh sebelum itu diberi peluang menguruskan jenazah anaknya, Khairul Arief Ayub, 5 tahun 9 bulan yang terkorban dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika sidang media berkata, mayat kanak-kanak itu yang berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum itu tidak dituntut ibu dan bapanya sehingga tengah hari semalam.
“Kehadiran suspek dapat membantu mempercepatkan siasatan. Kita juga turut memanggil Unit Forensik dari Bukit Aman untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di bilik media, semalam.
Selain Khairul Arief, dua lelaki lain yang berada di tempat kejadian pada Ahad lalu, Mohd Asrizan Muda, 22, dari Kampung Seberang Baroh dan Mazlan Abdullah, 29, dari Bukit Payong, Marang mengalami kecederaan parah tetapi kini dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, kedua-duanya disyaki sebagai pekerja suspek belum dapat memberi keterangan.
Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, ketiga-tiganya dikatakan berada di dalam rumah terbabit yang dijadikan sebagai stor simpanan bunga api dan mercun.
Sebelum itu, Khairul Arief dihantar ke rumah terbabit oleh kedua orang tuanya yang mahu menjemput saudara mereka di mahkamah di sini sebelum kejadian letupan berlaku.
Bagaimanapun, letupan yang kuat dari rumah berkenaan menyebabkan mayat Khairul Arief terpelanting di atas pokok setinggi 15 meter dan mengalami cedera parah di kepala sebelah kiri dan kesan terbakar di bahagian otak, Mohd Asrizan cedera parah kedua-dua kaki, telinga dan luka terbakar di muka dan badan, manakala Mazlan cedera di kedua-dua kaki, tangan, mata dan telinga.
Melalui siasatan, Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak mengesyaki kegiatan lain ketika kejadian berlaku selain turut menemui sebanyak 15 kotak mercun yang tidak terbakar di rumah terbabit yang dipercayai milik salah seorang ahli keluarga Mazlan, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mengulas berhubung suspek, Mohd Shukri berkata, individu terbabit dipercayai terbabit dalam penjualan mercun dan bunga api di sekitar Kuala Terengganu.
Menurutnya, dua hari sebelum kejadian, pihaknya melakukan pemeriksaan namun gagal menemui bahan larangan itu di rumah suspek dan ia disimpan di tempat kejadian.
Suspek juga dipercayai pernah ditahan atas kesalahan menjual mercun tanpa lesen tahun lalu.

sumber : sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment