widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, August 31, 2010

PELUANG PERKERJAAN - JAWATAN KOSONG MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

HJAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik. BIDANG /SUBJEK :

 Bahasa Melayu  Ekonomi  Bahasa Inggeris  Money & Banking  Bimbingan & Kaunseling  Undang – undang  Biologi  Pengurusan & Perniagaan  Fizik  Pemasaran  Kimia  Mandarin  Matematik  Keusahawanan @ Enterpreneurship  Pendidikan Jasmani & Kesihatan  Logistik  Pendidikan Islam & Tahfiz  Kemahiran Hidup  Perakaunan  Geografi  Sains Komputer  Media  Sejarah/Sivik

A. SYARAT LANTIKAN
Calon- calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

c. Kelayakan

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM 1967.20)

d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e. Calon-calon yang tidak memiliki Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/ Kontrak atas lantikan Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan jawatan atau subjek yang dipohon.

B. TARAF JAWATAN:
Tetap / Sementara / Kontrak

C. CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.

sumbar : Majlis Amanah Rakyat

3 comments:

Putri Lindungan Bulan said...

Tumpang tanya, saya ada sarjana dlm Linguistik BM. Sekiranya saya mohon jwtn ksg tersebut, adakah gred masih di DC41? Adakah jwtn ini hanya mengajar di sekolah MRSM?

Miss R said...

thx for visit n follow my blog yer..

slmt bpuase.. :)

Mohd Sham said...

puteri lindungan bulan :jawatan yang awak pohon saya rasa DG41...x semestinya mengajar di MRSM...bolej juga minta kat KKTM ataupun KPTM...

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.