Monday, August 23, 2010
HEBATNYA NEGARAKU MALAYSIA - Bangganya menjadi anak Malaysia
KUALA LUMPUR - Malaysia berada di ranking ke-37 dalam senarai “Negara Terbaik Dunia” majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.
Dalam kalangan jiran, Singapura di ranking ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam rating itu, meliputi 100 negara, Finland di ranking pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.
Dalam keluaran khas pertama ‘Negara-negara Terbaik’ Newsweek, diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju.
Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.
Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.
Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba. - Bernama
sumber : sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment