widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, August 21, 2010

HUDUD : Peluang Persalah Insaf

KOTA BHARU - Hukuman Hudud yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disokong Exco Kerajaan Kelantan, Wan Ubadiah Omar.

Beliau berkata, pelaksanaan hukum Hudud merupakan jalan penyelesaian terbaik dan paling berkesan bagi mengelak gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

“Dengan pelaksanaan hukum Hudud ini, kita (Kerajaan Negeri) bukan mahu memalukan pesalah, sebaliknya jika rasa malu berkenaan timbul, ia dapat memberi peluang kepada pesalah dengan serik, insaf, bertaubat dan tidak akan mengulangi perkara buruk yang dilakukan.

“Selain itu, pesalah juga boleh memilih jalan yang benar setelah apa yang menimpanya dan kaedah hukuman hudud dapat menyelamatkan masyarakat, bukan menghukum mereka semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, banyak kesan lebih baik apabila hukuman tersebut dilaksanakan, termasuk masyarakat dapat mengenali wajah pesalah dan lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak terjebak dengannya.

“Dari sudut lain, kerajaan juga lebih jimat yang mana pesalah tidak perlu masuk penjara, keluarga pesalah juga tidak perlu menjaminnya dan masyarakat pula boleh mengenali pesalah ini semasa menjalani hukuman hudud,” katanya.

Menurutnya, apa yang merumitkan keadaan dengan mengekang Kerajaan Negeri bertindak melakukan Hudud dan berharap cadangan yang ditimbulkan Menteri Besar Kelantan itu diterima ramai.

“Jangan memandang pada satu sudut sahaja iaitu hukuman Hudud nampak kejam sedangkan kita perlu juga fikir, hukuman ini dapat menyelamatkan pesalah dan mereka juga boleh berubah ke arah perilaku lebih baik,” katanya.

Sumber : Sinar harian Kelate

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.