widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, August 18, 2010

KEMPEN ANTI-ZINA


SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.

“Kita minta remaja yang 'termengandung' ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.

“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.

“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.

“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos.

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.