Wednesday, August 25, 2010
DUIT RAYA TAHUN 2010
KUALA LUMPUR - Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan semalam, mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam kenyataan semalam, bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan, terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya, yang juga Menteri Kewangan.
Najib berkata, bayaran itu melibatkan perbelanjaan RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - Bernama
sumber : sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment