widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, August 24, 2010

MANUSIA BERTOPENG HAIWAN - Sembelih anak


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun maut apabila lehernya dipercayai hampir putus disembelih bapanya yang disyaki kurang siuman dalam satu kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Budur dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, anak kedua daripada tiga beradik, Muhammad Adam Muszaffar dipercayai berada di dalam rumahnya bersama ibu dan bapanya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di dapur bersama bapanya manakala ibunya di ruang tamu dan bergegas ke dapur selepas mendengar jeritan mangsa dan mendapati anaknya itu sudah rebah di lantai.

Ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, melihat anaknya yang sudah tersungkur itu, beliau kemudiannya menjerit sebelum melihat suaminya turut berlumuran darah sambil memegang sebilah pisau.

“Saya kemudiannya berlari ke rumah ibu bapa saya kira-kira 50 meter dari rumah untuk memberitahu kejadian yang menimpa keluarga kami dan meminta mereka menghubungi pihak polis.

“Selepas itu, saya kembali semula ke rumah bersama ayah dan emak untuk melihat keadaan anak saya,” katanya dengan nada sayu ketika ditemui pemberita.

Suspek yang dipercayai turut mengelar lehernya selepas menyembelih anaknya mengalami cedera parah di leher dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk menerima rawatan.:

Sementara itu, bapa mentua suspek, Nik Hashim Nik Abdullah, 65, pula berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas diberitahu anaknya yang juga ibu kepada mangsa.

“Ketika kejadian, saya sedang berehat di rumah sambil menjaga anak bongsu kepada suspek, Siti Aishah, 2, yang sedang tidur di rumah saya.

“Saya terkejut selepas didatangi anak perempuan yang menangis memberitahu kejadian menimpa cucu,” katanya.

Menurutnya, beliau kemudian menghubungi polis sebelum ke tempat kejadian bersama beberapa ahli keluarga yang lain.

“Menantu saya tidak pernah memarahi anaknya sebelum ini, jauh sekali untuk memukul anaknya.

“Namun, kami reda dengan kejadian malang yang menimpa ini,” katanya.

Nik Hashim berkata, menantunya itu dipercayai sudah lama tidak makan ubat bagi merawat penyakit mentalnya selepas mendakwa jika makan ubat dia akan mengalami sakit kepala.

“Dia (suspek) dipercayai sudah lama menghidap penyakit itu dan sering mendapatkan rawatan susulan di HRPZ,” katanya

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek yang kini sedang menerima rawatan di HRPZ II akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar harian kelante

2 comments:

Peguam Bisaya said...

agak kurang berstuju dengan title berita ni...manusia bertopeng haiwan..sebenarnya dalam kanun keseksaan sendiri ada memperuntukkan mengenai dalihan membunuh orang dengan cara salah bagi kes2 okt yang mempunyai masalah mental.okt ni bertindak di luar kawalan dia...bukan ats niat sendiri.kes ni tergolong dalam kes insanity jd okt dapat pembelaan penuh..cthnya epilepsy,arterioslerosis n diabetes.........golongan2 ni bertindak d luar kawalan bila sakit diorang mnyerang...

Mohd Sham said...

ye ke...sham x tahu mn tentang penyakit dia n x tahu mn tentang undang2 mengenai pembunuh ini..cuma saya tahu,dia bunuh anak dia je..maaf

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.