widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, August 21, 2010

DADAH..DADAH...DURJANA

IPOH - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, berjaya merampas dadah jenis pil Eramin 5 berjumlah 1,015,500 biji dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, kejayaan itu hasil maklumat serta siasatan berikutan kejayaan menewaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Air Hitam, Johor, 12 Ogos lalu.

Menurutnya, nilai rampasan dadah itu berjumlah RM15.2 juta dan dipercayai berjaya menyekat pengaliran hampir dua juta pil Eramin di pasaran.

“Semua pil Eramin 5 ini disorokkan dalam gulungan kain dan setiap gulungan ini mengandungi tiga bungkusan pil Eramin 5.

“Semua dadah ini dipercayai datang daripada satu sindiket antarabangsa dan bertujuan memasarkan dadah ini di pasaran tempatan serta negara jiran.

“Nilai rampasan bagi semua pil Eramin berkenaan adalah bernilai RM15.2 juta,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Zul Hasnan berkata, serbuan polis juga menahan 17 suspek berusia antara 24 hingga 74 tahun, membabitkan sembilan warga tempatan, Taiwan (4), Singapura (3) dan Indonesia (1).

Katanya, semua suspek direman dan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Zul Hasnan berkata polis turut menyita harta milik sindiket seperti kereta, jam, barang kemas dan lain-lain, yang bernilai RM4.2 juta.

Katanya, dalam tempoh seminggu, polis menyita harta milik sindiket berjumlah RM4.2 juta

“Kami ada kerjasama baik dengan polis Taiwan, Thailand, Indonesia dan Singapura,” katanya.

sumber : Sinar harian

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.