widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Saturday, September 18, 2010

PEMBUNUH KEJAM DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR – “Don’t do this. I’m not involved! (Jangan buat begini. Saya tidak terlibat!)” jerit adik kepada suspek utama, peguam kononnya bergelar ‘Datuk’ yang disyaki terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga yang lain di Ladang Gadong, Banting.

Suspek berusia 38 tahun, yang juga seorang peguam, mengeluarkan kata-kata itu kepada sekumpulan jurugambar yang merakamkan wajahnya ketika anggota polis membawanya bersama seorang lagi suspek berusia 45 tahun ke dalam bilik mahkamah di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil, semalam untuk mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman.

Kata-kata suspek yang memakai baju reman berwarna oren dan menutup mukanya dengan baju yang dipakainya, bagaimanapun tidak mengurangkan keazaman kumpulan jurugambar dan wartawan, yang berkampung di pekarangan pusat tahanan itu sejak awal pagi, untuk menjalankan tugas.

Suspek utama kes itu dibawa masuk ke bilik mahkamah tertutup, kira-kira jam 10.35 pagi dengan dikawal empat anggota polis.

Dua lagi suspek, termasuk adik suspek utama itu, dibawa masuk bilik yang sama kira-kira setengah jam kemudian.

Suspek utama yang berusia 41 tahun itu memakai baju reman berwarna ungu dan hanya menundukkan kepala ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah pada jam 11.45 pagi, manakala dua lagi, kira-kira lima minit selepas itu.

:Majistret Mohd Azeli Ibrahim membenarkan reman ke atas ketiga-tiga mereka dilanjutkan selama seminggu sehingga 25 September ini, selepas reman terdahulu berakhir semalam.

Perintah reman itu disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, difahamkan, terdapat dua individu lelaki hadir ke pusat tahanan itu pada awal pagi dan seorang daripadanya yang memakai kot, mendakwa diri sebagai rakan serta peguam kepada suspek utama.

:Kedua-duanya bagaimanapun beredar dari pekarangan pusat tahanan sebelum ketiga-tiga suspek dibawa masuk ke bilik mah�kamah.

:Kelmarin, lima suspek lain disyaki terlibat dalam pembunuhan sama, turut disambung reman sehingga 23 September ini untuk siasatan lanjut.:

sumber : sinar harian

AL-FATIHAH BAGI KELUARGA SOSILAWATI..
untuk pengetahuan kawan2..berita mengenai kematian sosilawati sentiasa aku ikuti di TV ..
ini kerana pembunuhan yang kejam dilakukan di MALAYSIA....kematian dan pembunuhan ini berkaitan dengan peguam dan datuk la pula..lagi memburukan nama & imej MAJLIS PEGUAM MALAYSIA dan GELARAN STATUS DATUK...
Pembunuhan ini dilakukan atas dasar WANG , DUIT & PITIS sahaja...
inilah manusia, mahukan kekaya yang cepat. sanggup membunuh seberapa ramai manusia bagi memdapat apa yang diinginkan...JANJI DIA MAHU KAYA..
ZALIM TAHAP DEWA NAGA SI PEMBUNUH NIE...
tapi yang paling dashyat iaitu BAKAR MAYAT SAMPAI JADI ABU ...konon nya nak hapuskan BUKTI..mana boleh dengan POLIS MALAYSIA...SYABAS saya ucapkan pada POLIS MALAYSIA..dapat juga tangkap penjenayah & pembunuh yang kejam nie...
yang aku pelik, mcm mn PDRM dapat mengesan lokasi dan pembunuhan ini dengan cepat ye?...bagi aku polis memang hebat kan...

oklah...banyak dah aku melalut nie dalam blog nie...aku nak stop dah...TAPI AKU MASIH GERAM DENGAN SYAITAN PEMBUNUH TU...aku harap dia dihukum BUNUH SAMPAI MATI JUGA..kalu boleh BAKAR HIDUP2...

sekian terima kasih...

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.