widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Monday, September 20, 2010

KES PEMBUNUHAN YANG MERUMITKAN DNA



Jabatan Kimia perlu masa
KUALA LUMPUR - Penggunaan analisis DNA dalam mengenal pasti mangsa dalam sesuatu kes jenayah kadangkala menghadapi kesukaran dari segi pengesahan identiti mangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan berkata, ini termasuk pengesahan menggunakan DNA dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya, baru-baru ini.

Katanya, antara kesukaran yang dihadapi adalah tempoh masa yang diperlukan untuk menjalankan profiling DNA ke atas bukti-bukti yang ditemui, termasuk cebisan tulang dan sampel rambut yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kita menjangkakan profil DNA (kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya) itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, kita tidak boleh meletakkan tempoh tertentu untuk menyerahkan profil DNA terbabit kepada polis.

“Jangka masa profil (DNA) untuk disiapkan bergantung kepada berapa banyak bahan bukti dan penemuan yang ditemui dilokasi kejadian,” katanya di sini, semalam.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.:

Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting dekat sini.

Berikutan itu, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek, termasuk serpihan tulang dan sampel rambut yang dipercayai bahan bukti dalam kes pembunuhan itu, dan polis menghantar sampel berkenaan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis pada minggu lalu.

Hithaya Jeevan berkata, jabatan itu sebelum ini, pernah mengendalikan kes yang rumit dan mengambil masa lama untuk memperoleh keputusan profil DNA bagi kes berkenaan iaitu kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu dan kes pembunuhan penganalisis teknologi maklumat Canny Ong.

“Kes Altantuya dan Canny Ong juga mempunyai kerumitan untuk mendapatkan keputusan DNA yang tepat (bagi setiap kes). Kami perlu mengikut protokol antarabangsa yang digariskan,” katanya.

Menurutnya, dengan kekuatan enam tenaga pakar forensik yang terlatih di jabatan itu, beliau berharap ia dapat mempercepatkan perolehan keputusan profil DNA kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, dan sekali gus dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu.

“Jika keputusan ini sudah diperoleh kita akan rujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama

sumber : sinar harian

JAHANAM PUNYA MAT HITAM...
BUAT SUSAHKAN KERJA JE MAT HITAM LEGAM NIE...
HARAP CEPAT MAMPUS LA MAT HITAM LEGAM NIE..

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.