widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Sunday, September 5, 2010

ADAKAH INI DALANGNYA????


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam mendakwa terdapat kemungkinan siri ‘Demonstrasi Jakarta’ didalangi pihak tertentu yang ingin meraih keuntungan politik.

Ketua Penerangan pertubuhan itu, Roslan Kassim berkata, demonstrasi berkenaan pasti mempunyai penaja yang terselindung dan ia berlaku melalui perancangan teliti oleh pihak tertentu.

“Perkasa mengambil insiden Demonstrasi Jakarta dengan begitu serius dan tidak menolak kemungkinan ada tali barut negara asing terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Segelintir kumpulan di Indonesia menganjurkan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini bagi membantah penahanan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu.

Sumber : sinar Harian

1 comment:

sabree hussin said...

Teori tu macam logik jugak. Tengok warga indonesia dkat Malaysia ni, hidup aman je.. tak ada pun sampai nak gaduh2 dengan orang malaysia.

kalau salah faham sikit2 tu tak boleh nak elak la

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.