widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Tuesday, September 7, 2010

ROMPAKAN BERSENJATA

HARUS HUKUM YANG SALAH
KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini semalam menyaksikan seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Hakim Zainal L. Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fariff Abd Rahman, 24, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan yang dihadapi.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Fariff secara bersama rakan-rakannya didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas Abdul Halim Mulyadi, 21 dengan mengambil empat buah komputer riba pelbagai jenis, enam buah telefon bimbit pelbagai jenis dan wang tunai RM20 yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM9,000.

Mohd Fariff juga didakwa pada masa rompakan itu dilakukan, dia bersenjatakan sebilah pedang panjang dan parang.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Desa Petaling, Kok Lanas dekat sini kira-kira jam 8.45 malam.

Atas kesalahan itu, Mohd Fariff didapati bersalah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mohd Fariff yang tidak diwakili mana-mana peguam kemudiannya memohon kepada mahkamah mengenakan hukuman yang paling minimum terhadapnya.

“Saya mohon hukuman terhadap saya diringankan kerana saya merupakan abang dan bapa kepada keluarga saya selepas kematian ayah.

“Saya juga telah sedar dan insaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan seperti itu lagi,” katanya.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman pula memohon mahkamah memandang kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu kesalahan serius kerana melibatkan penggunaan senjata.

“Walaupun tertuduh pada hari ini mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapi sekali gus menjimatkan masa dan kos mahkamah, namun kepentingan awam hendaklah mengatasi kepentingan tertuduh.

“Saya juga percaya bahawa kes-kes seperti ini banyak dilaporkan media dan semakin berleluasa akhir-akhir ini,” katanya.

Menurutnya, satu hukuman yang setimpal wajar dikenakan bagi memberi pengajaran pada tertuduh dan masyarakat di luar sana agar tidak melakukan kesalahan seperti itu.

Zainal semasa membacakan keputusan penghakimannya pula berkata, peruntukan hukuman di bawah undang-undang ini jelas menggambarkan kesalahan yang tertuduh lakukan adalah kesalahan serius.

“Hukuman yang dijatuhkan diharap dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat di luar sana agar tidak mengulangi kesalahan seperti ini.

“Lagipun, kesalahan menggunakan senjata adalah satu kesalahan berat,” Katanya.

Zainal berkata, beliau berharap agar tertuduh berubah dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat apabila keluar penjara nanti.

“Dengan ini, saya jatuhkan hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh kamu ditangkap iaitu pada 23 April lalu dan dikenakan satu sebatan rotan,” katanya.

sumber : Sinar harian

KALU ORANG MACAM NIE PATUT HUKUM LEBIH BERAT..
sbb skrang nie banyak sangat kes2 rompakan bersenjata, rogol ,buang anak dan lain2.
pasal rompakan bersenjata dan pecah rumah nie aku ada satu cerita BENAR..iaitu kawan aku sendiri kenapecah rumah & kena rompakan pada bualn puasa nie..dalam pertengahan puasa baru-baru nie..berlaku di kok lanas kelate..
perompak tu masuk melalui tingkat rumah dia..tingkat dengan adanya besi boleh SYAITAN
tu bengkokkan ...dia bengkokkan dengan menggunakan jet kereta..perompak masuk dalam kul 2 pagi..masa best tidur tu (dia cakap la)..dalam tinggal orang masuk rumah dia..siap bawa parang,pisau di dapur dan pedang panjang...keluarga dia kena ikat dengan dawai
hand ger baju...lesap habis barang kemas,hfon,laptop,beg duit,dinar mas kelate dan lain lagi..anggaran dia cakap dalam RM55K..orang kaya kan..hussss...aku cakap dahsyat..nasib baik kluarga dia x cedera..cuma dia cakap HATI TERBAKAR ada la...anak ada 2 je, 2 tahun lebih sorang 6 bulan sorang..
nak keluar dari ikatan tu tggu jiran sebelah rumah bangun sahur dulu..hussss 2 jam kena ikat..
itula kisah sebanar yang kawan aku cerita..panjang lagi sebenar nya..tapi malas nak menaip....

No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.