widgeo.net

KURSUS KONTRAKTOR MARA 2011

Wednesday, September 8, 2010

Polis buru suspek lolos tahanan polis

MACAM MANA BOLEH LOLOS NIE??
KOTA BHARU – Polis Kelantan melancarkan gerakan memburu dan mengesan seorang suspek yang berjaya meloloskan diri dari tahanan polis semasa diiring untuk dibawa ke lokap selepas perbicaraan kesnya selesai.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek yang berjaya melarikan diri itu dikenali sebagai Kamaruzuhan Rodzi, 26, berasal dari Jalan Sultanah Zainab dekat sini.

“Polis kini giat memburu suspek yang dipercayai berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna hijau.

“Polis turut memburu abang suspek yang dikenali sebagai Azmi Rodzi, 28, kerana dipercayai membantu melarikan suspek dengan memandu kereta berkenaan,” katanya.

Mazlan berkata, kedua beradik itu sebelum ini dipercayai terlibat dengan kes dadah dan curi kenderaan.

Sinar Harian kelmarin, melaporkan, seorang tertuduh berhubung kes dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 meloloskan diri dari tahanan polis apabila berjaya merentap tangan anggota polis yang mengiringi untuk dibawa ke lokap selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen 3, dekat sini tamat kira-kira jam 1 petang.

Suspek dipercayai sudah merancang untuk melarikan diri kerana sejurus selepas dia berjaya merentap tangan anggota polis berkenaan, dia terus berlari ke arah sebuah kereta yang sedang menunggunya di luar pagar mahkamah.

Anggota polis tersebut bagaimanapun cuba mengejar suspek sebelum berjaya memegang suspek, namun terpaksa melepaskan semula suspek selepas kereta berkenaan meluncur laju.

Mazlan berkata, bagaimanapun polis menemui kereta berkenaan yang ditinggalkan suspek di Kawasan Telaga Nibong, Tanjung Chat dekat sini malam kelmarin.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, kita mendapati bahawa kereta tersebut adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di luar pagar kawasan kilang Ain Medicare, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2 dekat sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek dan abangnya itu diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Bharu, Deputi Superintendan Goh Lee Fook menerusi 019-5341182,” katanya.

sumber : sinar harian

Kerapkali kita dengan penjenayah terlepaskan....biasanya dalam cerita di TV..
sekarang nie betoi pula terjadi...
macam cerita mat salleh la pulak rasa...
biasanya yang bolos dari polis cerita mat saller dipanggil HERO...
dalam kes nie penjenayah tu patut dipanggil HERO atau tak????
TAK KAN...hehehe saja nak tanya..
tapi malaysia..penjenayah..tetap penjenayah..lepas ke tak,tetap penjenayah....
PANDAI2 TUPAI MELOMPAT, JATUH JUGA KE TANAH...
betoi tak???


No comments:

Name:
Email Address:
Nombor Telefon :
Pertanyaan & Soalan

Get your own free form like this one.